Ikan Masak Cuka

6:48 PTG

Masak ikan lagi...hiks!
Hari ini olah ikan masak cuka. Masakan ini cukup digemari Fuad. Dia pun pandai masak resepi ini kalau dah terpaksa! Maknanya kalau di nak makan, kita malas masak...  dia pun berusaha sendiri untuk masak di dapur!
Amie terlupa nama ikan yang Amie masak ni! Ada rupa ikan tenggiri tapi bukan ikan tenggiri. Saiznya kecil sedikit tetapi isinya penuh, dan warna kulitnya lebih hijau dan bersinar berbanding ikan tenggiri. Mungkin berkelluarga dengan tenggiri juga tu.


Bahan-bahan:
8 kepingan ikan  - gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak dan ketepikan
1 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
300 ml air
1/2 cawan minyak
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan hiris:
1 biji timun - buang isinya - potong 3 cm memanjang
1 batang lobak merah - buang kulit - potong 3 cm memanjang
2 biji cili merah - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
10 ulas bawang putih - belah 2
10 biji bawang merah - belah 2
3 cm halia - hiris memanjang

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng biji sawi seketika.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah serta cili hijau. Gaul rata.
3. Tambahkan cuka, lobak merah dan timun. Masak seketika sehingga timun kulit timun bertukar warna.
4. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan masak selama 4 minit.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan lain jika suka.
7. Padamkan api dapur.

4 comments

  1. sedapnyaaa... saya hantu ikan sekarang ni since kulit sensitif dengan ayam. ikan la jadi faveret selama ni.

    BalasPadam
  2. fuhhh.. memang sedap menu ni, ni menu yg arwah mak nani suka.. biasa abah gi ke laut dapat ikan duri mesti mak request nak ikan duri masak cuka.. sampai terjangkit dengan anak dia ni, ikan duri, ikan gelama, ikan merah, mmg nani wat masak cuka.. :) menu resepi turun temurun, sekarang ni anak nani pun suka menu ni..

    BalasPadam
  3. Wah! Sedap ni. PH memang blur kalau topic ikan. Yang tahu ikan kembung, salmon, keli and cencaru. Yang lain langsung tak main.

    BalasPadam
  4. Faizah,
    memang lebih bagus makan ikan berbanding ayam.

    Nani,
    sedapkan Nani... lagilah kalau dibiarkian setengah hari atau sehari sebelum dimakan, waduh! mereseap segala masam masin manisnya...

    OH,
    memang sedap masak cuka ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe