Alhamdulillah... Dengan izin-Nya dan izin Encik Suami, petang tadi kita dapat berbuka puasa dengan rakan-rakan di Restoran Saujana Putra. Terima kasih buat Mimie, Bell dan rakan-rakan lain yang mencadangkan tempat berbuka puasa yang paling murah (setakat ini), di Lahad Datu! Restoran yang mempunyai keluasan ruang makan yang agak besar ini terletak bersebelahan dengan Bakery Shop di Singapoint. Klik RESTORAN SAUJANA PUTRA Surau yang luas...
Entri yang tertinggal... Banyak menu yang tawarkan di Sushi King selain sushi. Kali ini kita cuba Nabeyaki Udon pula. Udon ni... sejenis mi Jepun yang lebar dan tebal. Rasa kuahnya manis-manis masin. Atasnya dipenuhi dengan pelbagai jenis aksesori termasuk udang goreng. Semangkuk berharga RM14.90. Ini Tori Karaage Don... Fuad punya. RM13.90. Anis pilih Tako Wakame. RM7.90. Sementara menunggu hidangan tiba, kami makan dulu...
Cerita minggu lepas...... Selepas menghantar Fuad di Kolej Matrikulasi Labuan, kami segera pulang. Buka puasa di dalam perjalanan, sempat makan kurma dan minum air mineral. Pukul 7.50 malam sampai di Kundasang. Singgah di Restoran Puteri Nabalu untuk isi perut. Malam itu di Kundasang .... sangat sejuk! Kami order yang panas-panas semua. Sirap bandung cincau pun minta yang panas ( air sirap datang sekali...
Cadangnya, nak ikut Encik Suami ambil Farid di airport Lahad Datu. Tapi perancangan tak menjadi sebab tiba-tiba ada taklimat merangkap mesyuarat di sekolah. Terpaksa batalkan hasrat.... dan sempat pesan dengan Encik Suami : Tolong tempah meja untuk kita berbuka puasa petang nanti di Aman Santai Corner. Ambil Set A. Kalau dah balik lewat ke rumah, rasanya dah tak larat nak masak. Kesian Abang...