Sesungguhnya Hanya Allah Sebaik-baik Perancang!

8:27 PTG

Kita selalu sangka, panas sampai ke petang.... tapi tiba-tiba hujan di tengah hari. Kadang-kadang kita rasa cuaca mendung tak akan ada cerahnya sepanjang hari, tapi tiba-tiba muncul sang mentari!
Setelah Fuad mendaftar masuk ke Tingkatan 6, sangatlah senang hati kami. Sekolahnya depan rumah kami. Tak sampai 300 meter! Keluar dari pintu pagar rumah, berjalan sedikit ke jalan besar, lintas jalan... dah sampai pagar sekolah! Memandangkan sekolahnya yang sangat dekat itu, setiap pagi ketika kami sibuk-sibuk nak keluar rumah, dialah juga yang sibuk buka dan kunci pagar. Dialah yang mengangkat Firdaus yang sedang lena masuk ke dalam kereta sebelum Encik Suami hantar ke kampung. Dialah yang tukang angkat sampah buang masuk dalam tong besar di depan pagar. Selalunya Encik Suami yang terlebih dahulu meninggalkan rumah, diikuti oleh kita dengan Fairuz. Ketika itu barulah Fuad bersiap untuk ke sekolah.
Tiba-tiba pada pagi Sabtu 18 Jun, selepas bersahur... Encik Suami tanya kita.
Ada Fuad bagi tahu dia dapat panggilan masuk kolej?
Tidak. Oh...dia dapat masuk kolej ke?
Biarlah dia terus di tingkatan 6, balas Encik Suami.
Kita pun panggil Fuad.
Adik dapat masuk kolej ke? Kenapa tak bagi tahu Mommy?
Baba kata tak payah pergi, jadi taklah saya bagi tahu Mommy.
Adik memang nak masuk kolej ke?
Memanglah.... itulah doa saya.
Oh... mari sini sayang Mommy! Tahniah!
Dia cium tangan kita. Kita peluk dia, cium pipinya kiri dan kanan.
Kalau dah niat nak sambung ke sana, pergi sajalah....
Kita pun pelan-pelan cakap dengan Encik Suami:
Budak tu berminat nak masuk kolej. Panggilan pertama tak dapat, tapi dia terus mengharap. Dah dapat panggilan kedua... kenapa tak benarkan budak tu pergi. Bla bla blaa..... Kita ni, sebagai orang tua, selagi budak tu berminat nak sambung belajar ke sana, kita bagi sokonganlah.
Sebenarnya kita rasa nak menitik air mata bila Fuad kata: Memanglah.... itulah doa saya. Kita sedar...kita tahu...dia sudah cukup berusaha, berikhtiar...dan akhirnya bertawakkal.

Kalau dulu, semasa Farid menerima tawaran masuk ke kolej itu...ada tempoh yang agak panjang untuk kami buat persiapan. Tiba giliran Fuad, hanya beberapa hari sahaja...18/6 dapat tawaran... 23/6 daftar! Oh! Rupanya panggilan kedua begini keadaannya....
Memang kelam kabut dibuatnya! Mana nak buat itu mana nak buat ini! Apa yang penting sekali, kebetulan hari Sabtu 18/6 kita sekolah ganti, jadi kita terus isi borang CRK, cuti selama 2 hari untuk hantar Fuad lapor diri. Seharian Fuad meneliti segala borang yang perlu diisi. Esok, in shaa Allah akan bank in yuran, nak buatkan akaun Bank Rakyat untuknya, dan beberapa perkara lagi.... 22/6 bersamaan hari Rabu kita akan berangkat ke Kota Kinabalu, Keesokannya pula akan menaiki feri ke Labuan, hantar Fuad ke Kolej Matrikulasi Labuan.
Doakan ye...
Doakan semuanya akan berjalan lancar.
Rezeki Ramadhan 2016.

16 comments

  1. Assalam Amie,
    Tahniah buat Fuad kerana dapat masuk Kolej..
    alhamdullilah shukur doanya makbul..
    semuga Fuad berjaya hingga kemenara gading ya..:)

    BalasPadam
  2. Tahniah Fuad dan kak amie jugak

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...
    Tahniah juga buat anakanda Fuad
    Semoga impian menjulang kejayaan dpt diraih

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah tahniah Fuad dan Amie sekeluarga. selamat meneruskan pengajian...

    BalasPadam
  5. Salam Amie..
    Alhamdulillah...
    Tahniah juga buat anakanda Fuad. Moga berjaya menuju impian

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..tercapai imoian Fuad..Tahniah Amie sekeluarga. Sayu baca catatan Amie..hati ibu..

    BalasPadam
  7. Sedih pula baca n3 kak amie ni... semoga berjaya fuad

    BalasPadam
  8. Alhamdullillah. Jauh tak Jauh Di labuan sana. Belajar sungguh sunghuh.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Tahniah fuad. Wah dah besar ye anak akak, tinggi dari mamanya hehe. Moga kejayaan sentiasa menngiringi fuad

    BalasPadam
  10. selamat ya kak , selamat buat Fuad dan masa depan dia . Insya Allah ini yang terbaik buat anak hensem kakak itu . sekali lagi selamat . salam dari Bandung .

    BalasPadam
  11. Tahniah Fuad. Semoga sentiasa cemerlang dlm pelajaran...

    BalasPadam
  12. Ya..memang itulah doa saya...Amie ni!tersentuh hati,pagi2 mata dah masuk abuk baca ungkapan itu.Saya juga mengalaminya hari tu,masa abang Amzar kata dia berharap sangat nak masuk IPG tapi tak dapat.Boleh saya bayangkan sedih anak kalau kita tak bagi apa yang di ingininya.Tahniah Fuad.Abang Amzar pun sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Kelantan.sama lah kita.

    BalasPadam
  13. Ayu,
    waalaikumussalam... Alhamdulillah, kita hanya mampu beri sokongan untuk dia terus belajar.

    Lina,
    terima kasih banyak... alhamdulillah.

    Kak Zakie,
    terima kasih banyak kak... syukur kepada-Nya.

    BalasPadam
  14. Mamasya,
    terima kasih banyak...

    Faudziyah,
    terima kasih...mudah-mudahan, aamiin...

    Cik Wan,
    syukurlah... di sebalik kelemahan yang ada pada seorang ibu, terselit naluri keibuan yang rupanya mampu menyelami jiwa anak kita.

    BalasPadam
  15. Cheq Sue,
    terima kasih... itulah realitinya, dari hati kecil kita...

    Nor,
    ya...tak jauh, dekat tapi jauh juga he heeee...

    Puan Hazel,
    terima kasih.. he he hee kita nak tengok mukanya pun kena dongak2 tu...

    BalasPadam
  16. Yeni,
    terima kasihnya mengirim doanya dari jauh...mudah-mudahan sukses semuanya.

    Zanita,
    terima kasih banyak.... in sya Allah.

    Suzana,
    Alhamdulillah... walaupun jauh disudut hati sedih nak berjauhan, tapi kena redha dengan perjuangan anak-anak untuk menimba ilmu. Moga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan-Nya. Aamiin...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe