Kundasang : Syurga Sayuran Segar & Pelbagai Buah-Buahan Tempatan

1:34 PTG

Pekan Kundasang.
Tempat wajib disinggahi.
Biasanya kami berhenti di sini untuk tujuan solat (ada masjid di belakang restoran), mengisi perut dan membeli sayur-sayuran segar sebagai oleh-oleh untuk keluarga.
Kata Encik Suami: Tak sah kalau tak beli sayur di sini. Katanya lagi, bukti orang balik dari Kota Kinabalu mesti bawa pulang sayur dari Kundasang! Ha haaa... begitukah?
Kalau dari Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu, atau dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, kami singgah seketika untuk alas perut di restoran bawah rumah tu... Intan Restaurant & Cafe. Kalau makan di sini kita suka order sup saja. Sup tulang ada. Sup perut ada. Sup urat ada. Sup campur ada... bla bla blaa.... Yang paling kita suka walaupun tak dibubuh daun sup tapi daun bayam manis dengan batangnya yang lembut dan rangup itu, dipotong kecil-kecil sebagai pengganti daun sup dan daun bawang itulah yang kita cari-cari! Sedap!
Jika suka, boleh order sayap ayam panggang atau tongkeng ayam yang sentiasa beroperasi bersebelahan dengan restoran tersebut.
Oh! Lupa nak share tentang jarak perjalanan...kalau anda dari arah Kota Kinabalu, jarak pemanduan anda sekitar 100 km begitu. Sekiranya tidak ada sebarang aral melintang di tengah jalan seperti hujan atau kabus tebal, bolehlah sampai ke Kundasang dalam lebih kurang 2 jam.Banyak selekoh tajam perlu dilalui sebelum sampai ke sini. Jadi, pastikan anda memandu dengan berhati-hati. Pekan Kundasang ni letaknya selepas Kinabalu Park ye... (kalau dari arah Kota Kinabalu). Kalau dari arah Lahad Datu, kita akan temui Sungai Moroli Fish Massage di Kampung Luanti, bersebelahan dengannya Sabah Teh Garden, dan kemudian anda akan melewati Kolam Air Panas Poring sebelum sampai ke Pekan Ranau.

Banyak pilihan sayuran segar di sini. Kadang-kadang dek terlalu banyak tu, sampai rambang mata dibuatnya hingga tak tahu nak pilih mana satu. Semuanya segar dari ladang....
Sawi, brokoli, kubis bunga, leek,  pucuk labu siam, salad, baby kailan dan macam-macam lagi. Harganya pun taklah mahal mana... harga mampu beli. 3 bungkus sayuran berharga RM10.00. Boleh pilih pelbagai jenis.

Puas tengok sayuran hijau kita tengok yang warna warni pulak....
Tomato ceri merah, kuning pun ada. Cendawan tiram, cili hijau merah, lobak merah, capsicum, kacang manis, kentang.... cili padi putih!

Kita memang sentiasa mencari cili padi putih di sini sebab di LD jarang jumpa.

Inilah dia cili padi putih kegemaran kita!
Sedap ni kalau potong-potong, campak dalam kuali goreng dengan bawang dan campur atas ikan bilis goreng atau ikan kering goreng!
Makan dengan nasi panas!

Yang ini jeruk tuhau (tepus kesing atau umbut tepus). Sejenis makanan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun. Pertama kali kita kenal pokok tuhau melalui Wanihim, yang memperkenalkan ulam tuhau dan juga tembaruak semasa mengunjungi Tamu Besar Ranau lebih kurang 20 tahun yang lalu! 
Baunya kuat seperti bau serangga yang bernama kesing he he heee... Kadang-kadang kita rasa bau tuhau lebih kurang sama dengan bau pokok bisuq (gambar di bawah). 

Sejak berkawan dengan Wanihim (rakan keturunan Dusun dari Ranau) dan Rosneh (rakan keturunan Murut dari Pensiangan), kita pandai makan makanan tradisi Sabah. Pokok bisuq itu pun Rosneh yang perkenalkan. Pokok bisuq (maaf kalau salah eja) barangkali spesies yang sama dengan pokok ketumbar jawa.
Kepada yang tak biasa dengan bau tuhau tentu akan teragak-agak untuk mencicipinya. Apa pun sebenarnya inilah kebesaran Allah, diberinya kita pelbagai macam ciptaan-Nya yang unik! Bagi kita, tidak ada istilah sedap atau tidak sedap dalam setiap makanan yang kita jumpa. Semuanya ada rasa dan keunikannya yang tersendiri. 

Selain bekas saiz besar dengan harga RM15.00, jeruk tuhau juga disediakan dalam bekas saiz kecil seperti di atas tu. Kita beli bekas besar. Teringin nak buat sendiri jeruk tuhau ni tapi tak ada bekalan umbut tuhau di LD. Dulu, Ummu pernah belikan kita batang tuhau dari Kota Kinabalu...aduhai Ummu! Sanggup Ummu bawa batang tuhau ke LD! Umbut tuhau yang lembut dipotong kecil dan direndam bersama garam, cili dan cuka. Boleh juga gunakan perahan limau kasturi. Biasanya kami makan tuhau dengan nasi panas, ikan bakar atau ikan goreng.....

Dah cerita pasal tuhau, kita cerita pasal sayur-sayuran yang lain pulak... Cendawan pun banyak dijual di sini. Sama saja harganya: 3 bungkus RM10.00. Kalau beli sebungkus RM4.00. Sedapnya... goreng dengan tepung jew!


Antara jenis cendawan segar yang terdapat di sini termasuklah cendawan shiitake, cendawan tiram dan cendawan telinga kera.



 Asyik tengok sayur saja...


Sesekali tu dongaklah atas pulak... ada macam-macam makanan kering! Ada keropok amplang, kuih cincin dan entah apa lagi hihihiii... kita pun tak tahu namany!


Kerepek (keropok) daun bayam pun ada. Kerepek pisang, ubi dan segala macam jenis kerepek yang lain.



Buah strawberi yang dijual di sini ... ada yang tempatan punya, ada yang dari luar seperti di bawah ini. Ada strawberi kering juga... halwa strawberi!





Beras kampung (padi huma) juga banyak jenis yang dijual tetapi harganya pun cantik juga! Kali ini kita tak beli beras kampung. Dulu selalu beli pelbagai jenis. Antaranya beras bario seperti di bawah ini:

Dulu harganya RM10.00 untuk 1 kg. Sekarang tak tahu pula... lupa nak tanya sebab tak beli he he heee... Bagi peminat sushi, kalau rajin buat sushi di rumah, beras bario ni bolehlah gantikan beras Jepun sebab setelah dimasak dengan sukatan air yang sempurna, beras ini berkanji dan melekit sedikit. Mudah untuk dibuat kepalan sushi.

 Bunga pun ada. Kali ini tak banyak bunga ros yang dijual.
Tak jadilah nak beli bunga...

 Madu pun banyak!
Tak tahulah asli atau pun ....


Di atas tadi kita cerita pasal jeruk tuhau. Yang ini pulak kita nak cerita pasal serunding bunga kantan pulak. Entahlah... ni keliru sikit antara bunga kantan dengan bunga tuhau!

Inilah rupa serunding tuhau yang pernah kita beli dan makan. Dulu... sewaktu kita beli, kata peniaga di situ inilah serunding tuhau!

Sama saja harganya. RM4.00 satu bekas  tetapi dapat diskaun kalau beli 3 bekas menjadi RM10.00 sahaja.

Yang ini pula serunding bunga kantan!
Entah mana satu yang betul...serunding bunga kantan atau serunding bunga tuhau!
Apa pun... serunding ini selalunya jadi penyelamat kalau tak banyak masa nak masak lauk! Ada ikan bilis dan kacang tanah dalam campuran serunding itu.

Jom tengok buah-buahan pulak. 
Ada buah lemak manis yang rasanya macam buah tanjung. Buah salah pun pelbagai jenis juga.
Dan.... Nampak tak buah bambangan yang coklat tu?
Mahal pulak harganya untuk 1 kg... RM12.00. Kata peniaga di situ, memang mahal sebab sekarang bukan musimnya! Kita belanja sambal bambangan yang dicampur dengan cencaluk di bawah ni....

Makan dengan ikan panggang dan nasi panas ye... nyummm nyuummm!

Hooo... pendek kata bukan saja syurga sayur tapi syurga buah juga!
Lihat sajalah buah-buahan yang siap dikupas dan dibungkus di hujung sana tu!

 Harganya 3 bungkus RM5.00, boleh beli campur-campur!


 Ini buah mentega @ velvet apple.
Buahnya berbulu. Tak ingat berapa harga untuk 1kg.

Peniaga buah mentega tolong kupaskan buah ini sebab kami nak beli dan rasa di situ. Sebiji buah mentega ini berharga RM4.00. Rasanya lemak manis, ada aroma mentega dan epal!

Sebelum ini kita pernah lihat pokok buah mentega dan buahnya sekali di rumah Rosneh di Ranau, tapi tak pernah merasa isinya walaupun Rosneh kata buah itu boleh dimakan. Harap Rosneh tak tebang pokok mentega tu... mana tahu ada rezeki kami datang dapat berkunjung ziarah ke rumah Rosneh lagi.

 Nak tahu masak ataupun tidak, picit sikit buah ni, kalau lembut lembik masaklah tu.

Jom menyeberang jalan.
Encik Suami teruja bila tengok bunga-bunga!



Kita beli pokok pudina... 
Adeehhh... tak tahu berapa puluh kali tanam pokok pudina!
Asyik mati dan mati!
Tapi tak pernah taubat... nampak pokok pudina, tetap nak beli!




 Ada lagi...
Beli pokok lavender....
Pokok rosemary juga!
Jangan putus asa... walaupun beli di LD beberapa kali, mati juga bila ditanam! Bawa dari KL pun sama... 3 kali bawa, 3 kali mati!
Kali ini cuba nasib bawa balik rosemary dari Kundasang!
 Harap-harap hiduplah kau pokok rosemary!

 Ros..
Maaf... tak mahu beli dah!
Sampai LD semua kojol!
Tanah & cuaca tak sesuai... tak sedingin dan senyaman di Kundasang!


Wokey...
Baliklah...
Sedar-sedar dah pukul 3 petang!
Makin lama di sini, makin tak muat kereta kena isi dengan macam-macam!


Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

3 comments

  1. kundasang is the best! semua ada kat sana. dari makanan sampailah ke pemandangan yg indah. ibu sy dah jatuh cinta dgn kundasang. awal tahun lepas dah pegi. next year nak pegi lagi. memang menarik!

    BalasPadam
  2. Athirah,
    Datang ...jangan tak datang he he heee....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe