Bermalam & Sarapan Pagi di Sabah Tea Garden Cottage (II)
12:32 PTG
Malam itu semua tidur awal.
Barangkali letih setelah 3 hari perjalanan dari Lahad Datu-Kota Kinabalu lepas tu balik semula ke Kundasang-Ranau.
Sarapan pagi kami disediakan seawal pukul 7 pagi.
Ketika kita sedang bersiap-siap nak pakai tudung, Fuad berteriak memanggil:
"Mommy...Mommy...cepat tengok luar! Gunung Kinabalu dah boleh nampak! Cepat ambil gambar... nanti kabus tutup balik gunung tu!"
Kita pun cepat-cepat selak langsir dan buka tingkap!
Nampak tak?
Puncak Gunung Kinabalu nun jauh sayup mata memandang, yang sudah hilang sebelah telinganya akibat gempa bumi tahun lepas? Oh yaaa... kelmarin genap setahun peristiwa gempa bumi tersebut yang menyebabkan 18 pendaki gunung terkorban termasuk murid-murid sekolah rendah dari Singapura. Telinga Keldai atau Donkey's Ear runtuh akibat gegaran gempa bumi berukuran 6 skala Ritcher itu sehingga menjadikan puncak gunung nampak agak rata.
Hari masih pagi benar!
Namun begitu, pukul 7 pagi bukanlah waktu yang masih awal di Sabah kerana pada masa ini biasanya matahari sudah mula memancar dengan terang. Tetapi tidak kelihatan pada ketika ini.
Hujan semalaman meninggalkan kabus yang masih menutup pandangan mata untuk terus tembus ke puncak gunung.
Kabus....
Suasana masih kelam.
Matahari bersembunyi di balik awan kelabu.
Mendung...
Dalam masa tidak sampai berapa saat... kabus menyelimuti kembali puncak Gunung Kinabalu. Sejak hari pertama kami melewati Kundasang, pagi ini baru berkesempatan melihat puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.
Wokey...
Puncak gunung sudah mula menghilang dek kabus pagi...
Jom kita tengok apa berlaku di kotej.
He he hee... Firdaus sudah bersedia untuk keluar sarapan rupanya!
Selamat pagi Firdaus!
Tak lepas peluang tengok Gunung Kinabalu ye?
Ketika kami berjalan menuju ke restoran, kabus tebal kembali menipis. Dari celah-celah kotej, kita tangkap lagi gambar gunung tu.
Lihat!
Puncak Kinabalu nun... di belakang sana!
Hanya 2 orang sahaja yang dapat bersarapan pagi sebab kami hanya sewa satu bilik penginapan. Bila kami nak order sarapan pagi untuk 2 orang lagi, pelayan di restoran itu memberi tahu:
"Makan dulu apa yang kami hidangkan. Nanti kalau tidak cukup, boleh order untuk tambahan."
Kami berlima... pelayan tadi menyediakan 5 biji piring di atas meja kami.
Budak kecik Firdaus pun disediakan piring juga!
Sementara itu kami belek-belek menu yang akan dipesan...itu pun kalau perlu, sebagaimana kata pelayan restoran tadi.
Kami dihidangkan dengan dua jenis menu. Wantan basah (di atas) dan mee goreng (di bawah).
Mee goreng... tersangatlah sedapnya!
Kita kata kat Encik Suami... kalau lalu sini nak ke Kota Kinabalu, kita singgah makan mee goreng nak?
Semua setuju...anak beranak sepakat kata mee goreng yang dihidangkan itu sangat sedap!
Teh Sabah.
Nak tambah order?
Masing-masing kata, tak payah!
Maknanya...hidangan sarapan pagi untuk 2 orang itu memang cukuplah untuk kami berlima! Cuma kita sajalah yang hanya menjamah sedikit sebab sibuk tangkap gambar sana sini!
Dah selesai sarapan pagi.
Encik Suami yang sporting kata:
Mommy pergilah jalan-jalan ambil gambar.
Baba dengan anak-anak kemas-kemas barang bawa masuk kereta.
Terima kasih banyak-banyak sebab memahami hobi gila-gila kita!
Kita pun meneruskan aktiviti tembak-menembak di sekitar tempat penginapan kami. Nak tengok-tengok juga tempat penginapan yang lagi satu tu...longhouse atau rumah panjang.
Pagi ini sungguh mendamaikan.
Sejuk dan nyaman.
Dan... mata menjadi segar melihat teratai berkembang di tengah kolam!
Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU:
MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU
MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU
0 comments