ADSENSE

Sabtu, 17 Mei 2014

Aneka Pilihan Resepi Nasi Lemak di Amie's Little Kitchen

Nasi lemak dikatakan berasal  dari utara semenanjung. Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur, sambal dan hirisan timun. Namun begitu, pada masa kini lauk pauk nasi lemak telah dipelbagaikan dan hidangan ini semakin diterima masyarakat umum. Nasi lemak juga pernah dijadikan isu penyebab obesiti dalam kalangan pelajar sehingga kantin sekolah diarahkan mengehadkan jualan nasi lemak. Pada masa dahulu nasi lemak dijadikan bekalan untuk para petani ke kebun. Jadi, tidak pernah timbul isu nasi lemak menjadi penyebab kepada masalah kegemukan. Ini kerana, selepas menikmati nasi lemak, para petani akan menggunakan tulang empat keratnya untuk membanting tulang. Sekaligus akan membakar kalori dan tidak sempat mengumpul lemak dan kolesterol dalam tubuh! Bezanya masyarakat hari ini tidak menggunakan tenaga yang maksima untuk membakar lemak selepas menikmati nasi lemak sebagai alas perut! Walaupun bekerja, mereka tidak sempat mengeluarkan peluh kerana berada di dalam bilik berpenghawa dingin serta tidak banyak melakukan pergerakan!
Wokeeeyyy... kepada penggemar nasi lemak, pastikan anda tidak menjadikannya sebagai makanan harian sekiranya anda bukan dalam kategori 'petani' seperti yang Amie nyatakan di atas. Bagaimana pun tidak salah sekali-sekala masak nasi lemak untuk hidangan seisi keluarga. Kalau Amie... biasanya masak nasi lemak pada hari cuti sekolah. Encik Suami & anak-anak berkumpul dan pada masa itu mereka akan melakukan gotong royong perdana membersihkan segala sudut di dalam dan di luar rumah! Jadi mereka memang memerlukan tenaga untuk melakukan semua itu. Jadi, nasi lemak merupakan salah satu menu istimewa yang Amie hidangkan untuk mereka.
Banyak juga rupanya koleksi nasi lemak yang Amie olah di dapur maya ini. Setakat ini Amie 'terjumpa' 21 resepi. Mungkin ada yang tertinggal, dan tak sempat Amie nak jejak semula. Apa pun kepada yang tersesat dan sedang tercari-cari resepi nasi lemak, bolehlah klik nama nasi lemak di bawah ini untuk mendapatkan resepinya.



























































1 ulasan:

Cheq Sue berkata...

Amboiiii. Byk tol resepinya kak amie. Kalo saya buat pesen sama je