Terima kasih buat empunya resepi Kek Lumut yang sangat sedap ini : DAYANG JACK, dari Dapurku Sayang. Ini merupakan kali pertama Amie cuba resepi Kek Lumut dari dapur beliau, dan entah kali keberapa Amie cuba pelbagai resepi kek yang lain dari dapurnya. Terima kasih banyak-banyak DJ! Moga DJ kembali aktif berkongsi resepi dengan kami ye.... Mmmmm.... rasa tak sabar nak makan Kek Lumut...
Anak puyuh terlari-lari,Sampai ke kolam mendabik dada,Apa menu hidangan tengahari, Masak Ayam Goreng Berlada. Jemput makan... Sepinggan nasi putih panas dengan lauk Ayam Goreng Berlada... sampai terlupa nak masak sayur sebab tak sabar nak rasa masakan ayam tu! Bukan apa... dah lama sangat tak masak begini. Mudah, cepat tapi sodaaappp! Kalau nak cuba, dipersilakan dengan segala senang hati. Jangan risau, tak banyak bahan...
Sebenarnya ... entah berapa lama nak buat kek ini, tapi asyik tertunda-tunda. Sehinggalah berlaku peristiwa peti sejuk tak berfungsi dua hari lepas.... menyebabkan Encik Suami terpaksa pindahkan bahan makanan sejukbeku ke tempat kakaknya. Takkanlah nak bawa semua isi perut peti sejuk dan menumpang... penuh sesaklah peti sejuk orang! Sementara menunggu peti sejuk baru tiba (Encik Suami yang rajin membandingkan harga, kualiti dan entah...
Harumnya! Tak tahan saya hidu baunya! Bolehkah saya minta seekor, Mummy? Itulah Fuad! Balik sekolah dengan perut lapar. Mummy pun lapar juga tapi sempat terlelap depan televisyen. Bila Fuad sampai rumah, terus bergegas ke dapur. Masaklah apa yang ada, dan yang penting cepat siap! Inilah hasilnya Udang Goreng Tom Yam yang menggoda selera Fuad. Peti sejuk rupa-rupanya meragam dari malam tadi! Bahagian sejukbeku...
Di sebalik hidangan lauk pauk untuk santapan keluarga, Amie pastikan dalam seminggu sekurang-kurang 3 kali sediakan sup. Bagaimana pun lebih kerap, adalah lebih baik.... kalau rajin selang dua hari sekali, dan bila terlebih rajin memang tiap-tiap hari! Bukannya setiap kali waktu makan nasi, tapi memadailah kalau sekali dalam sehari... yang dikira sudah terlebih bagus! Sup yang Amie sediakan tidaklah sama setiap kali Amie...
Mummy masak sotong bubuh kicap maniskah? Ya. Oh! Patutlah sedap! Itulah Fuad.... kalau masakan bersos memang itulah yang digemarinya. Dan jujur... kalau sedap dia akan akan sedap, tapi kalau kurang menepati seleranya walaupun dia makan banyak, dia akan kata.... lapar! Sebab kalau lapar, sedap tak sedap, menepati selera atu sebaliknya, yang penting perutnya terisi! Bahan-bahan: 500 gram sotong - bersihkan dan potong ikut...
Setengah hari berada di sekolah kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum.... Keluar dari perkarangan sekolah, perut rasa sangat lapar! Nak singgah makan di kedai, malaslah pulak bila fikirkan tempat parking kereta yang selalu sesak. Akhirnya singgah pasar beli ayam segar seekor. Terbayang di ruang mata... anak-anak sedang menunggu d rumah dengan perut lapar.... sama macam kita juga! Dalam perjalanan pulang, terfikir nak buat nasi...
Teringin nak makan ikan sumbat sambal kelapa! Biasanya kita gunakan ikan cencaru, tapi sayangnya semasa ke pasar bila Encik Suami tunjuk ikan cencaru, Amie geleng kepala. Nampak ikan selar besar-besar, baiklah beli ikan selar. Dah sampai rumah tiba-tiba teringin pulak nak buat ikan sumbat sambal kelapa! Jadinya, gunakan sajalah ikan selar.... asalkan ada ruang perut ikan untuk dimuatkan dengan sambal kelapa! Selalunya kalau...
Rakan-rakan pengunjung dapur Amie yang disayangi, Jemput makan Nasi Tomato berlauk Opor Ayam sama acar timun..... Selalunya Amie tambahkan sos tomato untuk warna yang lebih menyerlah, dan juga yogurt asli tapi kali ini Amie tidak gunakan. Amie masak ringkas-ringkas saja. Bahan A: 3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 10 minit 3 sudu makan minyak sapi 200 gram puri tomato 200ml ...
Hari ini Amie masak Sup Kambing. Masak cara yang sangat ringkas, tapi tetap sedap. Kalau bubuh bawang goreng lagi sedap, tapi entah ke mana perginya tupperware berisi bawang goreng! Makan sajalah mana yang ada. Perut pun dah lapar! Kalau nak masakan sihat, biasanya orang akan rebus dulu daging kambing, lepas tu sejukkan dulu atau masukkan peti sejuk dan kemudian buang bahagian lemaknya yang...
Farid bercuti selama 5 minggu. Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, tak habis-habis dia menyatakan rasa rindunya..... lamanya saya tinggalkan LD katanya. Saya nak duduk selama-lamanya di LD dan macam-macam lagi. Sepanjang cuti ini katanya akan dihabiskan dengan membaca, sebab selama empat bulan lebih di kampus, dia tidak berkesempatan membaca. Membaca apa tu sampai tak ada kesempatan? Oh! Rupa-rupanya membaca novel! Untuk kami...
Bertemu kembali.... Kali ini Amie nak kongsikan resepi Acar Pucuk Paku. Ada sesiapa yang pernah makan Acar Pucuk Paku? Idea resepi ini Amie perolehi dari kakak ipar, tapi Amie tak pernah lihat dan makan Acar Pucuk Paku sebelum ini. Amie hanya mampu berimaginasi bila kakak ipar bercerita tentang keenakannya. Katanya, gunakan pucuk paku yang masih melingkar. Buat macam kita buat acar timun, dan...
Alhamdulillah. Farid selamat mendarat di airport LD tepat pukul 3.40 petang kelmarin setelah seharian letih dalam perjalanan dari KLIA-KK-LDU. Katanya seawal 6.30 seawal pagi bertolak dari Bangi. Iyolaaa.... dah naik kapal terbang pun pukul 9 pagi, takkan keluar asrama pukul 8 pagi kot he hehehee.... Kami menunggu di airport LD, tak jauh dari rumah, hanya sekitar 6 atau 7 km saja. Hari ini...