Akhirnya Jadilah.... Karipap Anak Gergasi!

8:28 PTG

Malam tadi cadangnya nak buat karipap. Duduklah sorang-sorang di dapur sediakan inti. Dah inti dah siap masak, malaslah pulak nak uli tepung. Rasa sunyi sangat tak ada kawan di dapur. Bila ke ruang tamu, Encik Suami tengah tengok perlawanan bola... Vietnam lawan Filipina kot... entahlah Amie tak berapa minat dengan bola, jadi tak ambil tahu sangat mana lawan mana. Tengok Encik Suami dengan Fuad yang bising tak puas hati  waktu menonton mana-mana perlawanan bola, tambah stress pulak kita....

Encik Suami tanya... masak apa di dapur tu? Macam sedap baunya. Fuad dan Fairuz pun ingin tahu juga. Amie kata: buat inti karipap tapi esok pagilah uli kulitnya. Dah... Encik Suami pun tak kata apa-apa. Cuma Fairuz dan Fuad saja yang tanya: Bolehkah kami makan inti karipap? Tak boleh... nanti tak cukup nak buat intinya esok, Amie terangkan. Jadi, sebelum tidur malamnya Amie pun angkat inti tadi dan simpan dalam peti sejuk. Nak dibiarkan dalam kuali sampai ke pagi, takut basi pula... atau mana tahu ada cik siti atau abang lee masuk dapur!
Menjelang pagi....
Tak sempat nak buat karipap. Rasa macam berat je kepala sebab malamnya tidur lewat. Fairuz pergi beli nasi kuning, nasi lemak & kuih untuk sarapan.
Menjelang tengahari....
Pun tak terbuat juga... eloklah buat karipap untuk minum petang!
Pukul 2 petang: Bila tengok inti karipap dalam peti sejuk.... aikkkk! Dah hilang separuh!
Ini mesti kerja budak Fuad dengan Fairuz! Tapi dua-duanya tak mengaku makan inti karipap... sebaliknya saling tuduh-menuduh pulak! Sahlah tu... dua-duanya yang makan!
Inilah masalah Amie kalau nak buat karipap!
Biasanya karipap belum siap dikelim, inti sudah hilang separuh! Kali ini pula, kulit belum diuli, inti sudah hilang separuh ..... !
Samalah kesnya kalau nak buat sambal kerang. Bila kopek kerang rebus, sebiji masuk mangkuk sebiji masuk mulut... akhirnya seco'et aje yang dapat dijadikan sambal!

Amie pun sebenarnya ada satu perangai jugak... kalau makan karipap, suka makan intinya saja. Kulitnya tinggal atas piring! Kalau makan dengan Farid, memang dia suka kulitnya, jadi taklah membazir kulit karipap tu!
Agaknya anak-anak ikut perangai kita kot.... suka makan inti karipap!
Ini lagi satu masalah.... selalunya anak-anak kalau nampak inti karipap berebut nak makan, tapi bila karipap dah siap sebiji je yang dimakan! Terbiarlah karipap-karipap atas meja, dan rasa tak berbaloi pulak berpeluh-peluh menguli tepung!

Jom kita tengok resepi karipap ini. Amie buat kulit karipap style kampung. Cara yang biasa kami buat, mudah dan penggunaan bahan yang  minimum tapi dijamin sedap. Sebab apa Amie kata sedap... sebab kulitnya tak keras, tapi lembut! Amie gunakan tepung gandum, uli dengan minyak panas dan sedikit air. Memandangkan intinya yang tinggal separuh, terpaksalah Amie gunakan kebijaksanaan untuk menyukat jumlah tepung. 
Mulanya nak batalkan hasrat buat karipap, tapi bila teringat Encik Suami Amie teruskan jugalah buat karipap tu. Kesian Encik Suami... nanti pulang kerja tentulah dia tertanya-tanya... dah siap buat karipap?
Tak elokkan buat kerja separuh jalan. Wokeeehhh.... tiba-tiba Amie terfikir nak buat karipap yang bersaiz besar, biar cepat siap!

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan minyak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan gaul dengan secubit garam.
2. Panaskan minyak dan tuang secara menyeluruh ke atas tepung.
3. Dengan berhati-hati gaulkan tepung bersama minyak tadi hingga sebati.
4. Tambahkan air dan uli sehingga adunan menjadi doh yang licin dan tidak melekat. Jika melekat, tambahkan sedikit tepung.
5. Bahagikan doh kepada 2, dan setiap bahagian dibahagi pula kepada 2 dan bahgi lagi setiap bahagian kepada 2 sehingga menjadi 8 biji doh sebesar telur ayam gred C.

Intinya pula seperti di bawah ini ya.

Bahan-bahan:
1 kg kentang - potong kecil bentuk dadu
1 cawan hirisan dadu dada ayam
3 sudu makan serbuk kari
1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1 pokok daun sup - cincang halus
4 cawan air
4 sudu makan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan diikuti dengan daging ayam dan masak hingga daging layu.
3. Masukkan kentang dan gaul rata.
4. Tambahkan air dan seterusnya tutup kuali dan gunakan api panas sederhana sehingga kentang empuk dan kuah mengering.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan akhir sekali masukan hirisan daun sup.
6. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Sebelum meneruskan pekerjaan ini, Amie kupas tiga biji telur ayam rebus dan potong wedges. Saja nak tambah inti... mana tahu inti kentang tak cukup untuk isi 8 kantung karipap! Wokeh... lihat cara seterusnya:
1. Ambil sebiji doh dan leperkan dengan menggunakan kayu penggelek (geleklah kalau nak cantik dan rata sekata). Amie tak gunakan kayu penggelek sebab doh dan cukup lembut dan mudah dicanai dengan tangan. 
2. Canaikan doh dalam bentuk bujur dan tidak bulat tepat, sebab nanti bila ditangkup dan kelim tepinya, bentuknya jadi herot melengkung ke dalam... he hehheeh.
3. Masukkan inti dimulakan dengan  dua hiris telur rebus dan kemudian timbus dengan 3 sudu makan inti kentang. Lepas tu bubuh lagi  dua hiris telur rebus. 
4. Lipat kulit karipap dan kelim kemas-kemas. 
5. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam. 
6. Gunakan api sederhana panas. Goreng karipap sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Fuad & Fairuz terkejut badak melihat karipap bersaiz besar! 8 biji karipap ala gergasi atau lebih sesuai saiz anak gergasi ini Amie bahagi 4. 2 biji untuk setiap seorang. Fairuz dan Fuad ambil sebiji seorang dan bila Amie suruh makan lagi sebiji, katanya dah kenyang! Betul tu.... Amie makan sebiji pun dah rasa kenyang! Tapi sebab tak mahu makan malam, Amie makan 2 biji supaya benar-benar kenyang!
Bila Encik Suami pulang... pun makan sebiji saja. Ada tiga biji lagi di bawah tudung saji. Lepas solat Maghrib, lepas mengaji al-Quran...
Encik Suami tanya: Mana pergi karipap bawah tudung saji?
Amie : Ada... 
Encik Suami : Tak ada sebiji pun....
Amie : Fairuz & Fuad.... kamu habiskan karipap kah?
Fuad : Saya tak makan, Fairuz yang makan.
Fairuz : Fuad yang habiskan. Saya tak makan.
Amie : Heiii budak-budak ni....selalu tak pandai makan karipap!   Tahu makan inti karipap saja...
Encik Suami : Biarlah kalau dah habis....
Amie : (Dalam hati: Inilah kali pertama aku buat karipap habis anak-anak makan!)

Hurrmmmm.... inilah kisahnya tentang Karipap Anak Gergasi!
Anak-anak... nanti Mummy dah tua, Mummy dah tak ada... korang bacalah sendiri gelagat korang yang comel tu yea... ha hahaha... mencuit hati!

P/S: Ketika entri ini ditulis Encik Suami, Fuad & Fairuz sedang berteriak... bersorak gembira Malaysia 3 : 1 dengan Vietnam!

7 comments

  1. Wana pun suka makan karipap..sedap..apalg panas2..fuh layan..:)

    BalasPadam
  2. lucu pulak bila dengar celoteh Amie...budak lelaki memang semangat makan, tambah2 lag kalau sedap macam ni..Kalau Amie suka intinya, Cik Wan pula suka kulitnya, krup krap krup krap..alamak dah kecur air liur ni hahahaha

    BalasPadam
  3. comel plak karipap saiz anak gergasi kak amie hehee..dh lama yana xbt karipap..males bebenor nk menguli dan mengelim ^__^

    BalasPadam
  4. Kalau di rumah saya, anak akan makan kulit karipap dan saya pulak makan intinya hehe.

    BalasPadam
  5. namanya karipap gergasi ye,baru semalam makan kat cafe di hospital,baru pertama kali nampak telur rebus dalam karipap,daratnya..

    BalasPadam
  6. Bbwana,
    Kak Amie suka makan karipap kampung.

    Cik Wan,
    ha haha eloklah tu Cik Wan... nanti kalau makan karipap panggil saya... saya makan intinya, Cik Wan makan kulitnya.

    Yana,
    saiz anak gergasi ni pun nak mengelimnya tak cukup lebar tapak tangan Yana ha hahaha....

    BalasPadam
  7. Bearcat,
    baguslah kalo gitu kan... tak membazir he hehe.

    Suzana,
    selalu juga saya makan karipap ada inti telur rebus terutama karipap panggang, ni bubuh telur rebus sebab takut inti tak cukup kaha kahahh... anak-anak dah habiskan intinya separuh1

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe