Petang tadi sempat turun ke dapur menyiapkan hidangan ringan .... hasil angkut resepi dari dapur Rostina nun di Brunei sana. Terima kasih banyak-banyak ye Ros sebab sudi kongsi Creamy Crabstick Rolls yang sungguh enak ini. Betullah apa Ros kata... tak payah cicah apa-apa sos, makan je gitu pun dah cukup sedap! Resepi : Popia Isi Ketam Berkeju ( Creamy Crabstick Rolls) Sumber : Rostina - Wind...
Sebenarnya gambar-gambar di bawah ini sudah 2 minggu tersimpan dalam folder tetapi baru hari ini sempat Amie paparkan. Sayang pula rasanya kalau tersimpan tanpa tatapan, sekurang-kurangnya adalah kenang-kenangan Amie ketika menghadiri kelas masakan. Ini Mayonnaise Sausage Bun. Kalau Amie rajin buat di dapur sendiri.... nampaknya anak-anak tak akan beli lagi di kedai. He he heh... kenalah berangan-angan dulu, barulah ada semangat nak mencuba...
Kalau boleh Amie nak sediakan hidangan yang seringkas mungkin. Mudah dan sudah semestinya berkhasiat. Akhirnya.... terhidanglah menu yang ringkas dan mudah. Untuk tengahari ini .... Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut. Balik dari menghadiri kursus PBS tengahri tadi, Amie singgah di pasar dan terpikat pula dengan seekor ikan gerut-gerut seberat 1.2kg. Amie beli yang sudah siap dibuang sisik dan dikerat 6 bahagian. Sepanjang perjalanan ke...
Macam dah tak ada kerja lain dah di hujung minggu begini..... nak menternak lemak pulak! Jomla.... sekali-sekala apa salahnya mengadap Mango Casablanca. Kalau nak tengok resepi yang lepas boleh klik DI SINI. Tergoda ke? Cari je bahan yang diperlukan. Tak banyak pun.... 5 jenis je. Tak perlu nak masak-masak lagi. Resepi: Mango Casablanca Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 27 keping...
Bertemu lagi di pagi minggu yang nyaman dan mendamaikan! Dah sarapan ke belum? Kalau belum mari datang ramai-ramai ke dapur Amie.... kita sarapan dengan nasi kuning. Lama tak buat nasi kuning ni. Boleh rujuk DI SINI juga kalau ingin tahu cerita lama Amie tentang nasi kuning. Tuan punya dapur akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai urusan.... dan sudah tentunya dalam banyak-banyak urusan tu satu...
Dah makan tengahari? Kalau belum... bawalah sepinggan nasi putih hangat ke dapur Amie. Ada lauk Rebung & Daging Masak Lemak Cili Padi terhidang di sini. Terima kasih buat Puan Nur Fadhillah Abdullah yang sentiasa ingat pada Amie kalau rebung buluhnya bertunas. Memang Amie akan dapat habuannya! Maklumlah... rebung manis mengalahkan keenakan umbut kelapa siapa nak tolak? Dagingnya pula, Amie gunakan sedikit daging manis...
Fuad & The Gang! ...
Jumpa lagi.... Nampaknya minggu ini Amie cukup sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi, dan dalam kesibukan itu Amie sempat juga menghabiskan 'cuti' hujung minggu dengan menyambung aktiviti menimba ilmu di kelas masakan. Gambar-gambar di bawah ini merupakan hasil air tangan Amie dalam kelas masakan bersama Chef Khoo pada hari Ahad (kelmarin). Tentu ramai yang sudah biasa mendengar puff pastry dan membuat sendiri di rumah....
Pada mulanya Amie ingin penuhi permintaan anak buah Amie untuk sambutan ulangtahunnya yang jatuh pada 17 Oktober. Anak buah kesayangan Amie minta Amie buatkan kek yang mengandungi reflika motosikal ninja kawasaki... maklumlah itulah motosikal kesayangannya! Memandangkan Amie kesuntukkan masa dengan pelbagai urusan, jadi tak dapatlah Amie penuhi permintaannya. Sebaliknya Amie cuba buatkan kek yang lebih mudah tetapi sedap! Jadi... muncullah idea untuk membuat...