Hasil Deko Pertama Untuk Tempahan : RVC
10:37 PG
Rasanya.... diri sendiri dan juga rakan-rakan pengunjung mungkin agak jemu dengan paparan gambar kek tempahan yang sama, kek lapis, American Brown Cheese Cake (ABCC), Mango Casablanca dan Ayam Panggang. Apa pun terima kasih buat penempah kek tegar seperti Mr. Leong, Mr Lee, Puan Ariani, Puan Hajjah Siti Jaliha dan lain-lain yang sentiasa memberi kepercayaan untuk Amie hasilkan kek seperti yang dipinta. Terima kasih juga buat Encik Gimson Abdan yang sudi menempah ABCC sempena ulang tahun cucunya. Terima kasih sekali lagi kerana berpuas hati dengan tempahannya itu. ABCC sedap katanya... memang sedap, tapi makan sikit-sikit saja tau!
Red Velvet Cake di atas ini merupakan RVC pertama yang Amie hasilkan untuk tempahan. Disebabkan masih dibayangi dengan rasa kurang yakin, Amie abaikan beberapa tempahan daripada rakan-rakan. Bukan apa... walaupun Amie telah cuba menghias kek untuk anak sendiri, tapi dari situ Amie sudah rasa tercabar! Rupanya bukan mudah dan Amie rasa menunggu 4 atau 5 jam di depan oven melapis kek itu jauh lebih mudah dari menghias kek! Walaupun hiasan yang ingin dihasilkan nampak ringkas, namun ketelitian serta kecekapan perlu diambil kira! Sebelum ini Amie gunakan buttercream untuk menghias RVC, dan sememangnya penggunaan buttercream lebih mudah berbanding penggunaan freshcream! Syukurlah, sekurang-kurangnya Amie dapat menimba sedikit pengalaman mendeko bersama Chef Eugene dengan menggunakan kedua-dua bahan ini.
Rakan sejawat Amie, Encik Piaee Junu sebenarnya sudah lama menempah kek daripada Amie, tetapi Amie senyum-senyum saja tanpa sebarang reaksi. Hampir sebulan lamanya... dan akhirnya minggu lepas keluarlah pertanyaan beliau : Mana kek yang saya tempah tu? He heheheh.... rupanya dia menunggu! Disebabkan orangnya yang tidak banyak songel, jadi Amie pun beranikan diri menyiapkan sebiji RVC. Maklumlah.... banyak perkara yang menyangkut di kepala... takut RVC tak sedaplah. Deko tak cantiklah! Akhirnya siap jugalah walaupun tangan terketar-ketar menyiapkan dari sapuan asas hinggalah ke sentuhan terakhir... ecewaaahhh! Sempat juga beberapa orang rakan yang lain melihat hasil Amie yang pertama ini, dan mereka juga ingin menempah, tapi Amie kata: Kita tunggu dulu apa komen Encik Piaee nanti.
Pagi-pagi lagi Encik Piaee sudah senyum-senyum.... he heheh macam ada cerita bagus je yang hendak disampaikan. Alhamdulillah.... RVC diterima baik dan memenuhi selera seisi keluarganya, anak dan isterinya! Dan katanya, nak tempah lagi untuk ulang tahun perkahwinannya bulan November nanti.... Nak tau apa jadi dengan diriku? Hoooohhooo ... terus cari bakul besar berlubang masuk dalamnya, dan angkat tangkainya!
P/S:
Terima kasih sudi baca pengalaman orang yang masih jakun dalam dunia deko kek ini! Orang lain dah ke bulan dengan pelbagai keknya, kita pula masih duduk atas rumput bermain dengan cream! Tapi bila pelanggan berpuas hati, siap kata sedap, cantik (rasanya taklah secantik mana dan masih boleh dicantikkan lagi), terasalah diri berada di awang-awangan .... nak juga sampai ke bulan! Padahal... baru sebiji RVC puuuuunnnn...
19 comments
Wah cantik lah kak amie
BalasPadamcantik tu amie..amie.ada bakat..jangan risau..yakin boleh je amie
BalasPadamAmie..tahniah, cantiknya Amie hias kek tu, RV, memang sedap!!!
BalasPadamCantik kek tu..walaupun tgn terketar2 katanya nak mendeko..kalau x ketar mesti lagi superb kan...kak amie share lah resipi buttercream tu kt blog,kalau x keberatan..selamat maju jaya..org yg rajin dan minat cam kak amie pasti akan pergi dgn lebih jaauuuuhhh lagi ;)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam kak amie..
BalasPadamwah sudah beralih ke RVC pulak...bagus2 kembangkan sayap hehe..
Biasalah kalau buat yg tempahan mesti macam2 feel..menggigil gak nk siapkan..nk sapu cream cis pun terketar2..kalau nk tulis bagai lagi nebes..bukan apa, tersilap tulis takleh nk padam dah uhuk
As salam.
BalasPadamTahniah. Dah cantiklah tu. guna frosting apa sebab nampk putih sangat
Wahhhh cantik nyer Amie.. D5 mmg suker tgk kek2 Amie yg cantik2 nie :D..
BalasPadamSalam Amie, cantik jer deko pertama pun, simple tp menarik.... ^__^
BalasPadamyeayyy murah rezeki peh ni kak mie..cantik keknye
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadamtahniah la berjaya juga hasilkan rvc cake..cantik!
salam amie... boleh share sikit tak caranya nak bagi senang deco fresh cream tu sbb biasanya too soft sampai tak keluar design nya... harap boleh buat entry special fasal ni ye.. :)
BalasPadamCantiknya K.Amie deko RVC ni..macam profesional.
BalasPadamdari yg sebiji bakal mengorak pengalaman yang yg seterusnya kak Amie...maju n terus maju...ameen..
BalasPadamCantik sgt tu kak..!!..teruskan lg kak..
BalasPadamtahniah..sgt cantik..
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadamcantikkknya rcv,nampak k.amie makin sukses dgn deco2 kek skrg
yg penting rasa sedap dan customer puashati
tak salah berperasaan begitu he hee sy pun mesti punya rasa camtu
Aslmkum Amie
BalasPadamwpun kek pertama, dah cantik jadinya. pujian pelanggan yg puas hati boleh jadi pembakar semangat Amie utk terus ambil order....moga terus maju.....
Kak Amie boleh buat sebenarnya. Dah elok tu, kalau biasa boleh jadik lebih elok drp Kak Ita Masam Manis. Sy pon tak pandai2 nak buat kek, lg menghias...hancur.
BalasPadam