Menambah Ilmu di Hujung Minggu : Beautiful Cake Roll & Delicious Teatime Selections
7:47 PTG
Sebagai kenang-kenangan hasil menimba ilmu pada hari ini, Amie abadikan gambar-gambar yang sempat diambil di kelas masakan yang Amie hadiri sehari suntuk. Resepinya akan Amie kongsi kemudian setelah Amie praktikkan sendiri di dapur. Kalau berhasil Amie kongsi, kalau tak menjadi Amie tak paparkan ye....
Memang terasa letihnya, tapi memikirkan bukannya selalu berpeluang untuk menambah ilmu serta kemahiran daripada pakar, Amie berusaha mencari & mencuri masa untuk bersama Chef Khoo serta rakan-rakan yang lain yang mempunyai minat yang sama. Syukurlah tidak ada sebarang aktiviti di sekolah pada hari ini, jadi dapatlah Amie meluangkan masa di kelas masakan. Hasilnya memang berbaloi-baloi.... pelbagai jenis kek dapat Amie pelajari.
Antara resepi kek yang dikongsi bersama Chef Khoo termasuklah Rainbow Drop Cream Roll seperti di atas, dan bila dipotong kelihatanlah rupa parasnya yang cantik seperti di bawah.
Kami didedahkan teknik untuk menghasilkan Tiger Skin Roll untuk dan kemudian digulung bersama Aloha Tiger Roll seperti di bawah ini.
Di bawah ini ialah Tiger Skin Roll... bakar dalam ketuhar dengan api panas selama 4 hingga minit saja supaya kelihatan berkedut belang harimau!
Tapi... alahai... bila dah sampai rumah tak tahu nak mulakan mana satu sebab semuanya menarik dan sedap-sedap belaka. Apa pun, Amie sangat tertarik dengan Paprika Roll di bawah ini.
Nampak tak di bahagian luarnya... warna hijau dan merah itu ialah hirisan cili merah dan cili hijau dan bintik-bintik di sekelilingnya pula ialah serbuk paprika!
Tak sabar nak lihat isinya..... nak tahu apa intinya? Mmmm... bayangkan anda sedang menikmati Paprika Roll berinti tuna bercampur black pepper, dan mayonis!
Tak cukup tau makan sepotong Paprika Roll! Rasanya kannn... kalau diberi pilihan memang Amie nak buat Paprika Roll terlebih dahulu berbanding cake roll yang lain!
Gambar di atas ialah Honey and Creamy Nut Roll.
Cantik tak?
Sedap pula tu... haa yang di depan tu Aloha Tiger Roll. Ada rupa kulit harimau tak?
Oh yaaa...! Baru perasan rasanya Amie terlepas pandang satu lagi cake roll iaitu Zebra Tiger Roll! Amie tak terkejar dah zebra & tiger hi hihiiiii....
Sebelah petangnya pula kami belajar cara-cara membuat Mango Cotton Cheese Cake.
Tidak ketinggalan.... Crunchy Lemon Slice Cheese Cake yang harum.
Dan.... daaaaannnnn Cheesy Cheese Cake pun ada tau!
Satu lagi.... Caramel Custard Cake.
4 comments
salam kak amie..
BalasPadamsuka la tengok macam2 roll cake..
Salam kak amie.. seronoknya tgk org join kelas masakan nih.. tun terasa mcm nk join kelas deco2 tp xtau kat mana.
BalasPadamAssalam k amie
BalasPadamBestkan ikut kelas cheff pakar ni byk info dpt
Tp nk praktic tu he hee sy dulu rajin ikut kelas tp blk umah x buat terus lupa
Cantik2 belaka, mcm2 gaya menarik
ดูหนังออนไลน์ฟรี หนังออนไลน์ที่คมชัดเต็มระบบ ทั้ง 4K HD สนุกง่ายๆ กับ Parasite ชนชั้นปรสิต (2019)
BalasPadam