Rebung & Daging Masak Lemak Cili Padi
3:05 PTG
Dah makan tengahari? Kalau belum... bawalah sepinggan nasi putih hangat ke dapur Amie. Ada lauk Rebung & Daging Masak Lemak Cili Padi terhidang di sini. Terima kasih buat Puan Nur Fadhillah Abdullah yang sentiasa ingat pada Amie kalau rebung buluhnya bertunas. Memang Amie akan dapat habuannya! Maklumlah... rebung manis mengalahkan keenakan umbut kelapa siapa nak tolak? Dagingnya pula, Amie gunakan sedikit daging manis yang Encik Suami bawa pulang dari kampung sempena Hari Raya Korban tempohari. Amie hiris kecil-kecil dan nipis-nipis. Cili padinya pula Amie bubuh segenggam dan sudah tentulah keenakannya berganda-ganda dengan kombinasi kunyit hidup dan aroma serai!
Resepi : Rabung & Daging Masak Lemak Cili Padi
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan hirisan rebung
2 cawan hirisan daging manis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 batang serai - diketuk
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan tumbuk :
1 genggam cili padi
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
\1 sudu teh putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai dan daging. Tumis sehingga daging empuk,
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan rebung dan masak lagi sehingga rebung empuk.
5. Masukkan santan pekat, garam /gula / perasa pilihan.
6. Apabila santan kelihatan mula mendidih, kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.
2 comments
Saya tak reti nak mkn rebung ☺☺
BalasPadamsedapnya..dah lama tak makan rebung....
BalasPadam