Sebab apa sampai buat dua hari berturut-turut? Tak lain tak bukan sebab sedaplah...... kan! Kali pertama buat dapat 20 keping. Disebabkan murtabak segera ini kecil comel, jadi cepatlah masuk ke perut! Ditambah pula dengan inti burger daging kesukaan anak-anak, lagilah dideranya kita supaya buat lagi! Terima kasih EMBUN ROSALIZA kerana sudi berkongsi resepi yang sangat mudah tapi enaknya tak terkata! Mula-mula Amie buat murtabak segera...
Berkat sabar menanti dan mencari akhirnya Amie temui resepi Nasi Ayam Penyet idaman! Terima kasih daun keladi buat Cikgu Warite Laeda yang sudi berkongsi resepi Nasi Ayam Penyet ini. Ketika sedang menyampuk-nyampuk cerita tentang resepi ini tiba-tiba ada seorang ibu ingin berurusan dengan Amie tentang masalah kehadiran anaknya. Jadi Amie pun tergesa-gesa meninggalkan meja Cikgu Warite, tetapi dapat juga mencatat beberapa bahan yang...
Akhirnya Amie temui jua resepi Biskut Tart Nenas yang dapat memenuhi citarasa Amie selama ini! Terima kasih Raihanna dari SWEET V@NiLL@ kerana sudi berkongsi resepi yang diperolehi daripada mamanya yang belajar buat resepi ini daripada seorang peniaga kuih tart. Jemput ke dapur Raihanna untuk tutorial selanjutnya, dan anda pasti teruja untuk mencuba resepi ini sendiri. Alhamdulillah, Amie sangat berpuas hati dengan penerangan panjang lebar daripada...
Tentu ada sesuatu yang istimewa ketika menikmati Mango Casablanca sehingga ingin mengulang makan berkali-kali! Teman-teman yang menempah Mango Casablanca nampaknya sangat berpuas hati dan kesemuanya menyatakan hasrat untuk menampah lagi. Semua tau.... bukan sebahagian daripada mereka, dan 2/3 daripadanya telah 2 kali menempah dari Amie! Nak tahu keistimewaannya? Cubalah sendiri resepi di bawah ini. Harga mangga di Sabah tersangatlah mahal sehingga Amie sendiri...
Jom jamu mata dengan Puding Yogurt Belahan Jiwa.... hasil sentuhan jari jemariku yang berjumlah 5 di tangan kiri dan 5 di tangan kanan! Menyiapkannya tidaklah serumit mana. Tapi nak menerangkan cara penyediaannya tu yang rumit. Idea mengolahnya datang secara spontan, ada bahan yang terpandang di depan mata terus masuk dalam periuk lebur dengan agar-agar! Terasa lucu pula bila melihat hasilnya..... Entah apa-apa Amie...
Amie copy paste dari entri Amie yang lalu di MALAM KETUPAT. Pernah dengar istilah malam ketupat? Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos menyambut malam ke 15 sempena berpuasa di bulan Ramadhan. Pada malam tersebut, biasanya mereka akan membawa ketupat ke masjid dan akan bertukar-tukar ketupat selepas solat terawih sesama mereka. Isi ketupat terdiri daripada beras pulut, dan adakalanya diisi dengan kacang tanah, atau...
Jom nikmati secawan teh 'O' panas kurang manis dengan Puff Pastry Inti Kari Ayam & Kentang. Ada sesiapa nak ikut kami 'dating' di bawah sinar bulan Ramadhan yang kelam ditutup awan, dan tidak pula kelihatan walau sebutir bintang yang berkerlipan di langit malam! Alahai... tak puitis langsung gambaran alam kali ini iye.... Ada waktu-waktunya Firdaus 'keluarkan tingkah' atau 'jual tingkah'... istilah Melayu Cocos...
...
Ini lagi satu hasil akibat sering menerima tempahan Mango Casablanca. Akhirnya terciptalah satu resepi Puding Mango Casablanca pula! Walaupun Mango Casablanca di dalamnya tampak kurang kemas, tapi abaikan saja sebab ini versi percubaan... he hehh kali pertama buatlah kononnya! Lain kali boleh buat penambahbaikan supaya lebih sedap mata memandang selain sedap ketika dinikmati. Memang rasanya sedap sekali, sebab antara bahan pudingnya Amie tambahkan...
Petang kelmarin, sambil melapis kek (tak habis-habis cerita kek lapis), Amie sempat telefon Bonda. Amie: Kepiye arek nggawe bubur suro yo mak? Bonda : Arek nggawe bubur suro? Jikok beras sitik vaey. Pesusi resik-resik. Banyunya seng akeh. Leboni bunga lawang karo kayu manis. Angger wes kembang berasey, lebokkey santan. Amie : Nganggo merico porak mak? Bonda : Nganggo. Lebokkey seng ireng, tapi angger...