Assalamualaikum. Sekalung penghargaan buat semua pengunjung budiman yang setia bertandang ke Amie's Little Kitchen. Jom jamu mata dengan resepi Sambal Udang Dengan Petai.Amie gunakan resepi yang agak berbeza dengan sambal udang yang biasa kita buat. Kelmarin Amie cuba resepi Sambal Ayam Penyet DI SINI dan diterima baik oleh seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan mungkin disebabkan kesemua bahan digoreng terlebih dahulu menyebabkan aromanya...
Assalamualaikum. Amie kongsikan sekali lagi resepi yang Amie timba daripada MAMAK HAJI. Kali ini Amie cuba masak berdasarkan Resepi Indonesia iaitu Ayam Penyet. Menurut Mamak Haji, sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Untuk lebih mudah, boleh juga digoreng menggunakan kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan mengurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti...
Assalamualaikum. Amie kongsikan resepi Ayam Panggang Sos Yogurt yang Amie ubahsuai dari resepi asalnya iaitu Ayam Masak Yogurt dari Majalah SEDAP. Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam (ambil bahagian peha) - potong 10 1 sudu makan jus lemon 1/2 sudu makan lada putih - tumbuk 2cm halia - kisar 3 ulas bawang putih - kisar 1 sudu makan sos tiram Bahan Sos Yogurt: 3 sudu...
Assalamualaikum. Amie kongsikan menu ringkas yang Amie warisi daripada MIL. Keluarga sebelah Encik Suami memanggilnya BELACAN. Kalau kesuntukan masa atau kurang selera makan biasanya MIL akan mengolah hidangan ini. Dan sebenarnya BELACAN ini bukan hanya dihidangkan untuk keluarga, malahan di tempat kenduri juga adakalanya disediakan. Mungkin ada sesuatu yang istimewa disebalik nama BELACAN itu yang memang terkenal dalam masyarakat Melayu Cocos Lahad Datu....
Assalamualaikum. Jom nikmati Asam Laksa. Sebenarnya ini menu hari Ahad, dan disebabkan 'kematian' talian internet terpaksalah ditunda satu demi satu resepi untuk dikongsi bersama. Bila disebut Asam Laksa, memang ramai yang suka menikmatinya dan cara penyediaan serta bahan-bahannya pun mudah diperolehi. Cuma, kali ini Amie tidak menemui walau sehelai daun pudina untuk hiasannya. Apa pun, tanpa daun pudina, tidaklah mencacatkan keenakan Asam Laksa...
Assalamualaikum. Agak lama juga Amie tidak kongsi smoothies bersama teman-teman pengunjung. Bagi sesiapa yang singgah di tengahari nan panas ini, bolehlah teguk barang segelas buat penghilang dahaga sekaligus menyegarkan tekak dan mengisi perut sebab hidangan sebegini boleh mengenyangkan! Resepi : Mango & Pineapple Smoothies Olahan : Amie's Little Kitchen 500 gram isi mangga - potong-potong kecil dan sejukbekukan selama 2 jam 500 gram...
Assalamualaikum. Selamat pagi buat teman-teman pengunjung yang dihargai. Pagi ini dingin, hujan turun dan sudah semestinya matahari terlindung oleh awan kelabu. Namun suasana suram bertukar menjadi terang kerana rasa gembira mendapat titipan Award Persahabatan daripada seorang rakan yang turut memeriahkan dunia masakan dengan pelbagai hasil resepi yang enak-enak belaka. Untuk teman-teman pengunjung, Amie perkenalkan PAK DEDE THEA, empunya blog TENTANG MAKANAN. Pak Dede Thea sentiasa...
Assalamualaikum. Selamat petang semua. Sejak minggu lepas (Khamis) talian internet terus mogok! Mati! Tak bergerak langsung! Tak dapatlah Amie nak masukkan hasil air tangan Amie sepanjang 5 hari! Hari ini talian berfungsi semula. Hasrat di hati memanglah ingin kongsi menu yang berderet-deret menunggu giliran tapi tiba-tiba terbaca pula satu post daripada MIEZA di FB bahawa Amie menang pertandingan memasak anjuran MAGGI yang diadakan sepanjang...
Assalamualaikum. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pengunjung budiman. Bagi sesiapa yang menyambut ulang tahun pada hari ini, sudah tentulah tarikh ini begitu istimewa sekali kerana bersamaan dengan tarikh 12 Rabiulawal yang membawa cahaya kepada seluruh umat manusia di dunia ini. Hari ini Amie kongsikan hidangan sarapan pagi yang mengenyangkan buat kami sekeluarga hingga ke tengahari. Amie sediakan Roti Paratha (Pratha) dengan 3...
Assalamualaikum. Terima kasih atas kunjungan anda semua ke Amie's Little Kitchen. Memandangkan ramai rakan facebook dan juga ahli kumpulan masakan yang ternanti-nanti resepi donut lembut selembut donut Big Apple, jadi Amie putuskan untuk memaparkan resepi tersebut. Sebenarnya Amie ingin mencuba untuk kali kedua di dapur sendiri tetapi Amie fikir Amie tidak mampu melakukannya disebabkan kekangan masa dan jika Amie simpan lebih lama resepi...