Mini Apam Balik a.k.a. Terang Bulan

10:13 PG

Assalamualaikum.



Hari ini ada 3 undangan rumah terbuka. Sebelum melangkah keluar rumah, kami alas perut dulu dengan Mini Apam Balik. Orang di sebelah sini memanggilnya kuih Terang Bulan, tapi memandangkan cara dan bahannya yang sama, rasanya namanya saja yang berbeza. Ini percubaan kali ketiga Amie menghasilkan Mini Apam Balik. Kali pertama memang tak jadi, tu yang merajuk panjang tak mahu buat lagi. Tapi sebab tiba-tiba teringin nak makan, malam tadi cuba buat lagi. Alhamdulillah menjadi! Anak-anak kata rasanya lebih sedap dari yang biasa dibeli, cuma Encik Suami kata dia lebih suka yang tebal. Amie pula suka yang agak nipis, lebih garing gitu!


Oleh kerana malam tadi anak-anak berebut-rebut makan (ada 17 keping semuanya), jadi pagi ini Amie teruja untuk menghasilkannya sekali lagi untuk sarapan pagi. Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Kalau ada yang terkurang atau ada yang tidak betul, bolehlah beri cadangan dan komen untuk penambahbaikan pada masa akan datang.


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 biji telur
setitik pewarna kuning telur - jika suka
4 sudu makan gula
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 tin jagung krim
1 cawan kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
marjerin
gula pasir - untuk tabur atas masakan

Cara:
1. Buat satu adunan daripada campuran tepung gandum, air, telur, soda bikarbonat, baking powder, secubit garam, gula dan setitik pewarna kuning telur. Jika inginkan adunan lebih cair untuk mendapatkan hasil yang lebih nipis dan rangup, bolehlah tambah sedikit air lagi.
2. Panaskan sedikit marjerin di atas kuali non-stik.
3. Masukkan dua sudu makan adunan tepung ke dalam kuali dan ratakan sehingga memenuhi kuali tersebut.
4. Taburkan satu sudu makan kacang tanah tumbuk ke atasnya disusuli dengan satu sudu makan jagung krim.
5. Taburkan secubit gula pasir.
6. Apabila telah masak, bolehlah lipat di dalam kuali dan angkat.
7. Sedap dinikmati ketika masih panas.



Alhamdulillah, walaupun pada kali pertama rasa kecewa kerana tidak menjadi, tetapi berkat usaha dan keinginan yang mendalam, akhirnya berjaya juga Amie menghasilkannya! Jom sarapan.

15 comments

  1. Salam Amie,

    Saya pun suka yg nipis dan crispy. Tapi sesekali sedap juga yg tebal tu.

    BalasPadam
  2. dah terang matahari baru ummi datang nak makan terang bulan, ummi nak yang nipis n crispy, mesti dah abih kan Amie..hehe

    BalasPadam
  3. bestnye. sy pun suka yg nipis2... rangup... krup krap3x

    BalasPadam
  4. Liza pun pernah frust jugak masa pestime buat apam balik ni...rasa serik pun ada, tp berkat nk cuba jugak, akhirnya beranikan diri dan alhamdulillah menjadi...

    BalasPadam
  5. assalam amie, ank suka mkn apam blk ni, tapi mamanya tak rajin, dulu2 ada juga buat, ok juga rasanya, saya amik resipi dari myresipi. lama masa membuay tu yg mls hehe

    BalasPadam
  6. salam Amie....sedapnya apam...ros pun suka yang garing....pernah buat juga ni &msk dlm favourite list kami

    BalasPadam
  7. Belum pernah buat lagi,selalu beli aje kat pasar malam.Suka yang nipis...rangup bila dimakan.

    BalasPadam
  8. ini kalau di Indonesia khususnya di Jawa Barat,namanya "Martabak Manis "kalau di Jawa Timur namanya " Terang Bulan "
    cocok di nikmati dengan Kopi susu panas,,,,,salam bloger dari Jauh

    BalasPadam
  9. sedapnya...tapi tak rajin utk buat...selalu beli di pasar mlm jer...

    BalasPadam
  10. wahhhh best ni. boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  11. Assallamualaikum Amie..
    Selamat hari raya ye. Maaf zahir dan batin. Suka tgk apam balik ni. Dapat makan masa panas2 mmg best..masih rangup..

    BalasPadam
  12. Hazila,
    Amie suka yang nipis, rangup tapi hubby suka yang tebal pula... di sini tak jual yang nipis, pernah sekali jumpa di Tawau.. jauhnya!

    Ummiross,
    dah habis Ummi... nanti Amie buat lagi ye, datang awal sikit tau sebelum matahari terbit ha ha hahah..

    FnF,
    sedap betul kan FnF, tapi lagi sedap kalau dah sedia terhidang, apa nak buat sebab tak ada ..kenalah merajinkan diri buat sendiri... he he hehh

    BalasPadam
  13. laaa... maaf2... terpakai akaun anak pulak di atas tu!

    BalasPadam
  14. NAMPAK RESEPI APAM BALIK NIIII....! SEMUANYA SERUPA JE....BANYAK DAH TEMAN TENGOK TAK ADE BEZA, MUNKIN BETUL KUT...TEMAN NAK TRY...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe