Pucuk Ubi Masak Lemak Putih, Sambal Belacan Mangga & Ikan Belanak Goreng
7:05 PTGAssalamualaikum.
Bertemu lagi kali ini dengan hidangan kampung dari dapur Amie. Alhamdulillah, dapat juga Amie sediakan Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan gandingan Sambal Belacan Mangga dan dilengkapi dengan Ikan Belanak Goreng. Sebenarnya Amie rindu sangat dengan Ikan Belanak Goreng..... tapi ikan belanak saiz kecil yang bonda selalu hidangkan zaman kanak-kanak dulu! Sayangnya, saiz yang Amie maksudkan tidak dijual di sini.
Memang nostalgia zaman kanak-kanak kembali terimbau bila mengadap hidangan sebegini. Selalunya Ayahanda akan membeli beberapa kati (timbang sukat dulu-dulu) anak ikan belanak. Jenuhlah Bonda menyiang (teringat segala keturunan kucing berebut-rebut menerkam kepala anak belanak yang bonda potong dan lemparkan). Bonda akan goreng kesemua anak ikan belanak sehingga garing dan setelah mengasingkan bahagian yang akan dimakan ke dalam almari gerobok, bonda menyimpan sebahagian besar lagi ke dalam periuk besar bertutup rapat siap ditindih dengan lesung batu! Al-maklumlah ketika itu tidak ada peti sejuk dan adik-beradik pula ramai. Jadi, pandai-pandailah Bonda mencari tempat yang selamat untuk menyimpannya agar dapat dinikmati bersama pada waktu makan seterusnya. Rupanya, rasa ikan belanak yang disimpan lebih sebih sedap berbanding ikan belanak yang baru digoreng! Itu yang Amie tidak dapat lupakan hingga ke hari ini.
Ikan belanak di atas ini bersaiz agak besar, dan rasanya lebih tawar berbanding rasa anak belanak yang Bonda goreng dulu. Seringkali juga Amie pulang lewat ke rumah selepas sesi persekolahan (sekolah menengah rendah), kerana menunggu air pasang di Pantai Jeram. Pada ketika itu sebahagian air pasang terus mengalir hingga ke muara sungai dan pada masa yang sama terdapat anak-anak ikan belanak melompat tercungap-cungap mengikut arus air pasang ke pantai! Bayangkan... betapa seronoknya menangkap anak-anak ikan belanak dan kami kendung di dalam kain.....kain sekolah warna biru tu.... hmmmm seronoknya zaman itu! Kami bawa pulang anak ikan belanak yang masih segar dan bila digoreng, terasalah lemak manisnya anak-anak belanak tadi.
Tak apalah, tak dapat anak belanak yang lemak manis, dapat belanak yang tawar pun ... syukurlah! Tunggulah ada rezeki nanti, dapat balik kampung, bolehlah makan anak belanak puas-puas!
Ini Pucuk Ubi Masak Lemak Putih. Amie sukakan aroma santannya yang segar tanpa campuran serbuk kunyit untuk memberikannya warna kuning. Inilah hidangan turun-temurun kami sekeluarga yang Bonda selalu masak.
Resepi : Pucuk Ubi Masak Lemak Putih
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi - celur hingga lembut dan hiris ikut citarasa
500ml santan pekat
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
3 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 biji cili merah - hiris kasar
garam dan perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama kesemua bahan yang lain.
2. Panaskan periuk di atas api sederhana panas.
3. Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih agar tidak pecah santan.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Untuk menjimatkan masa, Amie kisar kesemua bahan Sambal Belacan Mangga! Rasanya? Sedap.... memang sedap! Apalagi kalau sudah bertemu dengan Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Belanak Goreng!
17 comments
Amie, sedapnya Kak Ros terliur ni..kami orang kelantan ni kalau ada budu lagi la...meletop
BalasPadamKak Ros,
BalasPadamiyaaa... ya budu... memang sedap tu kalau gandingkan dengan budu Kak Ros!
terliur betul tengok semua menu kt sini. best2!! naik selera makan camnie ...
BalasPadamsangatttttttttt terliur mampu habiskan nasi dua tiga pingan ni Amie kalau menu macam ni hari2 mau!!!
BalasPadamSalam Kak Amie.. waduhhh sudah meleleh air liur niii tgk semua menu tuu..confem bertambah2 nasi klu mkn menu mcm ni ^^
BalasPadamAmie..ummi rasa nak bersimpuh lama-lama kat dapur Amie ni, nak makan bersama Amie, makan2 sambil mendengar kisah2 zaman dulu2 Amie yang yang sangat best tu.
BalasPadamcukup lengkap menu hidangan tghhari kak amie...semua ada...tu yg best!.....ulam2 ada x/...hehehe..
BalasPadamsalam syg kak amie..
BalasPadammenu semuanya sedap2..ikan goreng tue mcm nk rasa jew :)
Salam kenal Amie...
BalasPadampucuk ubi lemak ngan smabal belacan bersama ikan goreng mmg lauk yang boleh membuat saya tambah 3x nasik...
http://my-mintroom.blogspot.com/
ni kalo letak sebelah makanan western food ni..x laku WF..mmg ngap masakan ni lg..hehe
BalasPadamTetiba lapar tengok hidangan kak amie ni...sedapnya.
BalasPadamassalam amie..tetiba teringin nak makan pucuk ubi lemak..lamanya tak makan makanan begini..hu2x..
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamFuhhh.... terliur tengok masakan ala kampung Amie, akak tak pernah makan lagi ikan belanak....nak tumpang bersila boleh...
Assalamualaikum Amie :D
BalasPadamKak Lin suka makan sayur-sayur kampung mcm ni...berselera gitu silap2 boleh sampai gear 5...hahahaha
Sedap3 Kak Lin suka...
Uwaaaa....sedapnya....kalau ku dapat ni memang ku makan habis...
BalasPadamsalam kak amie.. mmg menggiurkan lauk kampung camnih. nasib baik laa arini tun pun cicah ikan dlm sambal belacan jugak.. hihi.. tun bakar terubuk arini.. tp ikan goreng garing2 mmg terbaik.
BalasPadamsalam rindu amie..lama x mai sini..pekabo? waduh plg x tahan sambal belacan mangga tuh..perghh!!
BalasPadam