Salam petang Sabtu, hari ini hari terakhir tahun 2011. Sewaktu pulang dari mesyuarat petang tadi, hujan turun renyai-renyai dan kemudian bertambah lebat. Terlelap seketika melepas lelah di ruang tamu. Bila terjaga rupanya keseorangan di rumah. Yang lain ke kampung, mengait rambutan lagi! Biasanya malam terakhir penghujung tahun, semua akan berkumpul di kampung, di rumah FIL. Masing-masing akan membawa hasil masakan dari rumah dan...
Biarpun waktu amat terbatas, namun Amie tetap berusaha menyediakan hidangan untuk tengahari ini. Kalau diikutkan rasa letih, memanglah semua orang letih. Kalau asyik difikirkan tentang kesibukan, orang lain pun sibuk. Baiklah kita fikirkan hari ini, dan selesaikan tugasan untuk hari ini sebelum memikirkan hari esok yang bakal menjelma dengan tugas baru. Tengahari tadi puaslah menghirup kuah tom yam yang kurang pedas tapi akan...
Salam Jumaat. Amie baru selesai mesyuarat di Tawau. Nampaknya Amie's Little Kitchen sunyi dan sepi.... tak berasap! Sementara menyiapkan hidangan untuk tengahari ini, apa kata kita makan buah salak dulu. Kalau tak pandai makan buah salak, bolehlah cari buah lain di bawah ini. Wokey... layan diri dulu ah...., Amie nak ke dapur! ...
Oh.... macam lama sangat tak masuk dapur. Sebaik sahaja memulakan perjalanan ke Sandakan untuk mengikuti Seminar Mengenali Potensi Diri, kaki ini terus melangkah tanpa henti. Oleh kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan, suasana siang dan malam terasa sama sahaja. Letih! Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Rindu sangat nak masak tapi keadaan tidak mengizinkan. Marilah kita masuk dapur di sebelah Hotel Heritage,...
Salam Jumaat. Sebentar lagi Amie dan Encik Suami akan berangkat ke Sandakan untuk menyertai Seminar Potensi Diri yang akan di adakan pada pukul 7.30 malam ini di Kompleks Sukan Sandakan. Oleh kerana Encik Suami belum pulang dari menunaikan solat Jumaat, Amie ambil kesempatan untuk kemas kini Amie's Little Kitchen. Hari ini Amie sediakan hidangan tengahari lebih awal memandangkan anak-anak semua dihantar ke kampung...
Petang ini cuaca mendung. Suasana redup. Hati Amie rasa pilu sangat..... pedih, terasa bagai disiat sembilu... tapi sebenarnya lebih daripada itu. Kenapa Amie? He he heh... anak-anak minta Amie buatkan mereka Mee Goreng Seafood. Amie buatkan untuk mereka. Nampak macam sedap tapi rasa tak berselera pula. Ikutkan rasa badan binasa. Kalau ikutkan hati nanti mati. Baiklah Amie buat Mee Sup Seafood. Mana tahu...
Terima kasih Ibundo kerana telah memberikan Amie idea untuk membuat Air Rambutan. Petang kelmarin Encik Suami membawa pulang lagi sebakul penuh rambutan. Amie teringat komen Ibundo dalam n3 Amie tentang Pisang Nangka & Rambutan. Menurut Ibundo, kupas rambutan dan hiris, masak dengan air gula dan simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak makan, masukan rambutan bersama airnya ke dalam cawan dan tambah ketulan ais....
Ada sesiapa yang sakit atau demam hari ini? Kalau kurang berselera untuk makan, apa kata Amie hidangkan Bubur Nasi Berlauk. Mak oiiiii! Anak-anak Amie yang sihat pun habis makan bermangkuk-mangkuk! Kena simpan sikit untuk Encik Suami yang belum pulang dari tempat kerja. Kalau tidak.... habis licin bubur seperiuk! Resepi: Bubur Nasi BerlaukSumber: Amie's Little Kitchen Bahan A- untuk bubur nasi:2 cawan beras 1 sudu...
Agak lama juga Amie tidak buat smoothie sebab kehabisan yogurt asli. beberapa kali ke pasaraya tapi nampaknya tiada bekalan yang dicari. Akhirnya Amie beli yogurt perisa strawberry. Tengahari ini, sebelum menikmati juadah yang sedang disediakan, apa kata kita makan dulu Smoothie Jambu Air Madu. Resepi: Smoothie Jambu Air MaduSumber : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan:500 gram jambu air madu - potong kecil-kecil200ml susu segar100ml...
Jom cuci mulut dengan Pengat Pisang & Keladi. Nampaknya pisang nangka yang Encik Suami bawa dari kampung sudah masak ranum tapi belum terusik. Jadi petang tadi Amie rasmikan dengan membuat pengat daripada 3 biji buah pisang nangka dan campur dengan keladi serta jagung. Hasilnya jadi satu periuk! Encik Suami hantar separuh ke kampung untuk FIL. Alhamdulillah! Resepi : Pengat Pisang & KeladiSumber :...
Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc
Spirals Hailam
Hari ini Amie tak masak nasi untuk hidangan tengahari. Amie sediakan Spirals Hailam untuk anak-anak. Jemput makan sama di Amie's Little Kitchen sementara stok masih ada... he he hehehhhh. Lama tak makan mee hailam, rasa teringin tapi tak ada simpanan mee kuning. Baiklah Amie cuba gunakan pasta kering yang pelbagai macam dalam kabinet tapi jarang disentuh. Amie gunakan spiral untuk bahan masakan Amie...
Setelah sepagi suntuk meninjau-ninjau buah epal bidara yang berbuah di luar pagar rumah Amie di SINI, jadi sebelah petang pula Amie sibuk di dapur. Kali ini resepi dari Amie's Little Kitchen ialah Nasi Asoka, dan bukannya filem Asoka yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dengan Kareena Kapoor tu! Nampak macam klasik saja nama hidangan Amie kali ini. Apa tunggu lagi! Jom kita makan. Lauk...
Jom makan rambutan kampung. Nak beli tempohari dua kali fikir sebab harganya RM8 sekilogram. Kenapalah mahal sangat harga buah-buahan tempatan sekarang ini. Baiklah tunggu rambutan masak atas pokok. Petang tadi Encik Suami bersama si bongsu sempat mengait rambutan di kampung walaupun belum masak ranum sepenuhnya. Dibawanya juga pulang sesikat pisang nangka yang hampir masak. Kata si bongsu, durian dengan langsat belum masak lagi....
Ada sesiapa yang belum makan tengahari? Marilah datang ke dapur Amie. Amie hidangkan resepi Ikan Merah Masak Sambal Cocos. Ingatkan hari ini gantung periuk saja sebab Encik Suami ada sedikit kerja di luar yang hendak diselesaikan dan katanya tidak makan di rumah. Memang dia makan di luar tetapi 2 anak bujang Amie teringinlah pula makan ikan masakan tradisi sebelah bapanya. (Bujang yang seorang...