Sayur Campur Udang
4:29 PTGMasak sayur campur.... campur apa yang ada dan tambah beberapa ekor udang. Mudah, ringkas dan menarik... sedap? Mestilah sedap sebab terdapat pelbagai jenis sayur di dalamnya seperti di bawah ini dan ...makan panas-panas terutama sekali ketika perut kosong berkeroncong minta diisi... Sebenarnya Amie nak masak sayur lodeh, dah siap sediakan tempe dengan santan sekali. Tengah nak masak, suami pulang bawa siput.....minta Amie masak siput! Terpaksalah cancel sayur lodeh.... jadilah sayur campur aje...
Bahan-bahan:
10 ekor udang kertas
5 batang babycorn (belah 2)
1/2 biji lobak merah (belah 2 dan hiris nipis)
5 batang kacang buncis (hiris nipis)
1 biji lada merah (hiris)
1 biji lada hijau (hiris)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dengan 3 sudu air)
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan udang dan goreng lagi hingga udang kemerah-merahan.
3. Masukkan lada hijau,lada merah dan lobak merah dan gaul rata.
4. Masukkan kacang buncis dan babycorn.
5. Tuangkan sos tiram dan taburkan serbuk pati ikan bilis. Kaau seketika.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan bolehlah angkat apabila kuah mula kelihatan pekat.
0 comments