Nasi Kuning Sambal Ikan Alu-Alu
6:40 PTGIni bukan nasi kuning dari pulut ye. Ini memang namanya nasi kuning. Pertama kali Amie makan nasi kuning begini pada Mei 1992, tak ingat tarikh. Kawan Amie beli dengan harga RM1. Nasi kuning tu dibungkus dalam daun pisang, lauknya seekor ikan basung masak sambal. Oleh kerana mungkin 'nasi kuning' ini merupakan makanan tradisi di sini (Sabah), memang di mana dan ke mana kita pergi, pasti akan bertemu dengannya. Agaknya kira 'nasi lemak' kitalah kalau di sini. Banyaklah rasa dan jenis-jenis lauk yang Amie sudah temui berkaitan dengan nasi kuning ini. Ada yang berlauk telur rebus dengan sambal, ada lauk ayam masak sambal. Apa pun yang paling terkenal lauk nasi kuning ialah sambal ikan, dan biasanya ikan kayu tapi ada juga digunakan ikan tuna, tenggiri, kembung dan macam-macam jenis ikan. Yang pasti, ikannya dimasak sambal. Biasanya Amie lihat di restoran atau di gerai makan, ikan dan sambal dipisahkan. Apabila nasi kuning hendak dibungkus, barulah ikan goreng tadi dimasukkan dalam bekas sambal, dan ada juga Amie terlihat ikan goreng diletak di atas nasi dan kemudian dituang sambal. Rasanya nasi kuning pula, ada macam-macam. Kadang-kadang Amie dapat makan nasi kuning yang sangat lazat.... nasinya gurih, lemak dan sambal ikan yang cukup rasa, tapi kadang-kadang terbeli yang kurang 'nasib baik'.... macam nasi biasa saja dicampurdengan serbuk kunyit.... he he... kalau cerewet sangat, buatlah sendiri... barulah puas hati. Nasi kuning yang Amie hasilkan ini sebenarnya Amie sendiri tidak tahu untuk menerangkan dari mana asal-usul resepinya. Kadang-kadang Amie rasa nasi kuning yang dimakan ada rasa serai, kadang-kadang terjumpa kulit kayu manis, dan banyak kali tidak terjumpa apa-apa bahan selain nasi kuning itu sendiri... dan sebelum terlupa Amie nak beritahu, biasanya nasi kuning dimakan waktu pagi sebagai sarapan.....
Tak perlulah Amie tuliskan resepi dan cara memasaknya sebab sama saja caranya dengan buat nasi lemak, cuma tambah serbuk kunyit saja. Lauknya pula, kalau dah sambal ikan tu... rasanya semua dah tau cara memasaknya.... he he he....saja je nak share rupa nasi kuning tu macamana.... sesiapa ingin mencuba, dipersilakan....
0 comments