Ayam Goreng Madu Dengan Sambal Halia
2:37 PTGSiapa tak suka makan ayam goreng? Semua orang sukakannya.... dan memang negara kita ni kaya dengan pelbagai resepi ayam goreng. Macam-macam boleh dicuba. Ayam goreng yang Amie buat ni patutnya makan dengan nasi ayam, tapi lupakanlah nasi ayam tu...., ratah aje....cecah dengan sambal halia & ulam-ulaman. Macam orang tak pernah makan ayam aje ni....tak caya cuba tengok gambar di bawah ni, tak sempat potong@cincang, letak je begitu ...he he...
Bahan-bahan:
2 keping ayam (bahagian peha)
minyak
nanas
timun
tomato
Bahan perap:
3 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm halia (tumbuk)
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu kicap pekat
2 sudu madu
1 sudu lada putih (tumbuk)
garam
Bahan sambal:
2 biji lada merah
1/2 biji tomato (buang kulit)
1.5cm halia muda
3 biji bawang putih
2 biji limau kasturi
garam & gula
Cara:
1. Perap ayam dengan bahan pemerap selama 1/2 jam dan kemudian goreng hingga masak dengan api perlahan.
2. Tumbuk kesemua bahan sambal. Perahkan air limau kasturi .
3. Hiris halus sedikit kulit limau kasturi dan campurkan ke dalam sambal halia supaya wangi.
4. Susun ayam goreng madu di dalam pinggan dan hias bersama nanas, timun dan tomato.
5. Hidangkan bersama sambal halia. Boleh diratah begitu sahaja atau makan bersama nasi.
2 comments
sedap nyew.. lapo! :')
BalasPadamcuba masak dik...mmg jilat jari
BalasPadam