ADSENSE

Selasa, 16 Julai 2013

Ayam Goreng Kampung : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KUALA LUMPUR / SELANGOR MONTH)

Sebut tentang ayam goreng, macam-macam versi ayam goreng yang timbul. Bila sebut tentang versi Ayam Goreng Kampung, ada yang keliru sedikit tentang nama resepi ini. Pernah sekali Amie bahaskan makna Ayam Goreng Kampung dalam entri yang lepas setelah Amie paparkan beberapa kali Ayam Goreng Kampung. Antara komen yang diberi termasuklah... saya tak makan ayam kampung! Ikut sukalah sama ada selera nak makan ayam kampung atau pun sebaliknya, tapi siapa yang paparkan ayam kampung? Amie kongsikan Ayam Goreng Kampung dan bukannya Ayam Kampung Goreng ye sayangggg! 


Resepi Ayam Goreng Kampung ini sangat mudah dan ringkas. Ketumbar dan sedikit jintan ditumbuk tapi jangan terlalu lumat, dan Amie masih ingat lagi bila makan ayam goreng ini tergigit serpihan biji ketumbar, dan merasa harumnya jintan putih dan jintan manis! Tapi Bonda sentiasa ingatkan, bubuh rempah sikit saja... untuk rasa, dan bukannya untuk dimakan... yang faham Amie seoranglah bahasa Bonda ni. Biasanya orang kampung kami akan goreng cara begini untuk dijadikan lauk dalam hidangan makan tengahari, akan tetapi terlebih istimewa bila dijadikan lauk utama dalam Sego Berkat atau Sego Ambeng. Ayam Goreng Kampung untuk Sego Berkat biasanya ayam bulat yang dibelah dua. Waalllaaaa... cerita tentang Sego Berkat atau Sego Ambeng buat Amie jadi kepingin benar untuk makan dan tiba-tiba rindu pada kampung halamanku di Bukit Hijau sanun!


Resepi : Ayam Goreng Kampung
Olahan : Amie's Little Kitchen (merujuk Bonda &  resepi tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Selangor)

Bahan-bahan:
8 ketul daging ayam
garam / perasa pilihan
2 batang serai - dititik
minyak

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
3 cm halia
3m kunyit hidup

Cara:
1. Perap daging ayam bersama semua bahan di atas kecuali minyak selama 1/2 jam.
2. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak.
3. Angkat dan toskan.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest ( Kuala Lumpur Selangor Month hosted by Shannon of Just As Delish"



7 ulasan:

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie

ayam goreng kg.....kat rumah baru masak ayam kampung kari.tp rasanya ayam kg Msia lagi cepat empuk.

Liza berkata...

bestnya ayam grg kampung ni walaupun simple kan...

Kerull Nazeem berkata...

Assalam...
kak amie apa khabar..salam ramadhan..lama kita tak bw umah akak..hu hu windunya wink wink..sedap ayam goreng kampung tu..nanti nak try sebab hubby suka asalkan ayam...

JaSSNaNi berkata...

wow.. sedap nampak ayam goreng tu.. kalau haikal nak makan ayam drumstik je.. sebab dia tengok citer upin ipin.. ayam upin ipin terus di panggilnya..

rahel berkata...

Sedapnya ayam goreng...my hubby paling suka la yg goreng2 mcm ni....len kali masak lebih2 yak kak....senang jak pos ke tawau....

Zaitun berkata...

Kalau dah namanya ayam goreng semua pun sedap.

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. hihi.. tun pun mula2 ingat guna ayam kampung.. hihi.. dulu2 nenek tun pun goreng ayam letak halia bawang bagai.. kalau goreng garam kunyit ni dia ckp pemalas.. hihi