ADSENSE

Ahad, 2 Jun 2013

Kisah Seribu Empat Hari!

Huh! Baru boleh tarik nafas panjang setelah mengharungi perjalanan menyelesaikan dan mencari sesuatu selama empat hari!
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua yang masih setia mengunjungi dapur maya Amie walau pun sudah 5 hari tidak berasap. Oleh kerana Bonda meminta Amie pulang ke kampung dengan segera, jadi Amie pun tak banyak fikir apalagi membuat persiapan seperti kebiasaannya. Oleh-oleh Amie kali ini untuk Bonda dan keluarga hanyalah ikan kering dan buah mangga udang yang kebetulan sudah tua di pokok. Ikan kering dan mangga udang saja sudah mencecah 19 kilogram! Jadi, Amie hanya pulang dengan satu beg ikan kering dan pakaian sehelai sepinggang!

Banyak sangat ceritanya selama 4 hari balik kampung, jadi Amie pun tak tahu nak mula cerita yang mana satu. Okey, buat style karanganlah pulak kali ini ye.... ha... ada sesiapa kenal wajah manis menawan di sebelah Amie di bawah ini? Inilah rezeki namanya. Amie dapat bertemu dengan taukeh kek di Meru UCU BAKERY!


Di pertengahan jalan dari KLCC ke Bukit Hijau, kami berhenti di TESCO Shah Alam untuk bertemu dengan  Ucu Faridah buat pertama kalinya sepanjang kami berkawan di alam maya. Dipendekkan cerita sebagaimana singkatnya pertemuan itu, kami sempat sembang-sembang di KFC, tapi tak sempat borak panjang sebab banyak sangat yang nak dicerita sampai tak tahu mana satu hendak diperkatakan sedangkan masanya pula sangat singkat! 
Dipendekkan cerita lagi sewaktu sedang rancak sembang dengan Ucu Faridah, tiba-tiba telefon berbunyi. Panggilan dari seseorang yang meminta Amie hadir di majlis penyampaian hadiah eBook Competition 2013 di Menara Maxis pada hari Khamis (esoknya) pukul 2.30 petang. Waktu ini barulah bengang sebab tiba-tiba terfikir nak pakai baju apa? Bukankah Amie hanya ada baju yang dipakai sehelai sepinggang sebab beg penuh dengan ikan kering? 
Dan... tujuan Amie balik kampung sebenarnya untuk menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka, dan bukannya untuk ke Kuala Lumpur!
Satu lagi, sebab dah telanjur balik kampung, Amie berhasrat untuk membeli produk MyChef... kononnya nak masuk pertandingan masak! Malangnya tak satu pun produk MyChef yang kami temui di TESCO Shah Alam ini walaupun bertanya berkali-kali dengan pekerja di situ.



Apa yang akan terjadi akhirnya pun terjadilah pada keesokan harinya! Selesai urusan menandatangani borang hak milik harta di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Amie pun terus berangkat ke Kuala Lumpur dengan kakak dan anak buah. Tengok di atas tu... nampak over actinglah pulak mak bujang satu  yang berbaju pink ala-ala purple tu! Sebenarnya majlis penyampaian hadiah itu untuk penulis remaja yang menyertai peraduan menulis novel. Bujang sulung Amie, Faridzuan dapat tempat kedua dengan tajuk novelnya Oh My Cupcakes! Minta maaf... tak boleh nak ulas panjang sebab Amie pun tidak tahu menahu tentang hal ini... entah bila masanya bujang kami tu menulis! Tiba-tiba dapat hadiah pulak! Memandangkan si bujang baru mendaftar matrikulasi di Labuan, jadi tak dapatlah menghadirkan diri untuk menerima hadiah. Kun fayakun... akhirnya Mummynya yang tampil sebagai wakil untuk menerima IPAD MINI. 


Semua pemenangnya perempuan kecuali bujang kami, tapi disebabkan Mummynya yang ambil hadiah, jadi bersusunlah penulis - penulis perawan yang menerima IPAD MINI.



Rindu nak menghidu asap dapur dan kebetulan pula dari pagi belum makan, akhirnya kami mengisi perut di TESCO Setia Alam. Amie hanya ingat perkataan MANHATTAN dan FISH saja tempat kami makan tu! Sebab sibuk nak memborong itu ini sampai terlupa di mana kami makan, tapi sempat tangkap gambar! Maklum... jiwa blogger masakan!


Dah selesai makan, kami mencari pula produk MyChef. Kakak Amie siap lagi mencari nama pasaraya yang menjual produk tersebut dalam internet termasuk TESCO Setia Alam. Sayang seribu kali sayang, kami masuk dengan bakul besar konon nak isi barangan MyChef tapi keluar dengan bakul kosong! Pekerja di situ kata mereka tak pernah nampak barangan MyChef di situ! Aneh... pelik bin ajaib!
Okeylah... lupakan sajalah produk MyChef dan pertandingan memasak tu! Kalau tak ada barangan MyChef memang tak boleh masuk pertandingan huk huk hukkk..... Lusa dah nak balik Sabah. Jadinya, sepanjang pagi Jumaat Amie masak di rumah sebab keluarga dan anak-anak buah akan berkumpul untuk makan tengahari bersama.


Antara hidangan yang sempat Amie masak seperti di atas termasuklah ikan kering kerapu yang Amie bawa dari Lahad Datu masak lemak dengan nenas. 
Petang itu sekali lagi Amie ikut adik merayap di sekitar Kapar, Meru dan Shah Alam. Macam-macamlah yang Amie sambar kalau terjumpa yang berkenan di hati! Kami singgah di GIANT Batu 13 Shah Alam dan untuk kali terakhir Amie bertanya kepada pekerja yang sedang menyusun botol-botol sos. Katanya ada produk itu di bahagian barangan MAGGI! Syukur alhamdulillah... akhirnya dapat juga! Tapi bukan di tempat barangan MAGGI. MyChef yang kami jumpa ada di belakang tempat kami berdiri di bahagian sejukbeku! Masya-Allah... patutlah tak jumpa-jumpa! Rupanya selama dua hari berputar di pasaraya kami cari di bahagian produk kering, sedangkan MyChef elok-elok duduk di tempat sejuk! Memang jakun!!!!!! Jakun 200%!



Alahai Bondaku.... inilah saat yang paling aku tidak suka! Tapi apakan daya..... pergi dulu ya Bonda, ada rezeki kita jumpa lagi. Sempat posing dengan Bonda pukul 8 pagi sebelum bertolak ke KLCC.


Merenung payment receipt di dalam kapal terbang. Kena bayar RM105 sebab terlebih berat 3kg! Sampai Lahad Datu nanti tak mahu cerita dengan Encik Suami... malas nak dengar pong peng pangnya!



Dua biji ubi keladi hasil tanaman Bonda dengan 4 biji pisang helang seberat 3kg! Inilah oleh-oleh Bonda... yang sebenarnya keikhlasan dan kasih sayang Bonda jauh lebih mahal harganya berbanding RM105 itu! Dan ubi keladi serta pisang jugalah yang Bonda sering hidangkan untuk sarapan kami waktu kami kecil dulu.... oh Bondaku! Modah-mudahan Allah sentiasa memberkatimu, memberi kesihatan dan kekuatan kepadamu serta memanjangkan usiamu agar kita selalu dapat bertemu!



Perancangan asal, hanya pulang ke kampung untuk urusan menandatangani hak milik harta pusaka di mahkamah, tapi seribu satu cerita pula yang Amie lalui! Produk MyChef yang dicari selama 3 hari di 3 buah pasaraya sudah bersusun di dalam peti sejuk tapi tak tahu bila boleh mengolahnya. Mampu atau pun tidak untuk menghasilkan video selama 2 minit itu? Alahai... banyak betul angan-angan Amie... pandainya tidak!



Firdaus sedang mengoceh... woooo panjang ceritanya tu selama 4 hari Mummy tinggalkan dia. Ucu... Firdaus dah pakai baju tu... Mummynya yang pakaikan! Hi hi hihiii....
Wokey.... sekian, celoteh yang tak tentu hujung pangkalnya dari dapur Amie... buat haus tekak je dengar Amie membebel ye he he ehhh....


16 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam amie..masa balik 4 hari tu tak bawak Firdaus ye

Amie berkata...

Acik,
waalaikumussalam... kalau naik MAS saya berani bawa macam anak2 yang lain, tapi naik AirAsia tak beranilah Acik... takut delay ke apa ke...

Cheq Sue berkata...

sama la macam saya kak amie, tak tahu nak cerita yang mana dulu... ^^

Sury Abil berkata...

banyak ole2 nya ya..seronok dapat blik kpg kan,walaupun sekejap..mychef byk gak jual tesco ampang ni,tapi sury x pernah beli lagi..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...Tahniah utk anak bujang sulung tu..berbakat dlm penulisan rupanya.....
N3 ni lar yg byk gambar Amie...sfuka tgk trutama gambar ngan Ucu tu.bertuahnya jumpa Ucu ya.Atie ni dah 3 tahun ulangalik ke Meru,tak pernah jumpa Ucu pon :)
Biasa la mak2 kita..klu anak2 blk...mmg bekal tuk anak2 ttp disediakn walupon hanya pisang & keladi jer.sedap tu...klu buat msk :)

hazila berkata...

Amie ke GIANT Seksyen 13 kan, berdekatan dgn stadium Shah Alam. Kalau saya tak balik kg boleh jumpa sebab rumah saya cuma 10 minit drive.

Amie berkata...

Cheq Sue,
betul tu... terpaksalah buat plot macam cerpen.

Sury,
apa tak banyaknya Sury... menyambar sana sini hihihii..

Azatie,
pertemuan tu rezekikan Azatie... tak pe, nanti ada jodoh jumpa juga tu...

Hazila,
ooo Seksyen 13 ye bukannya Batu 13 hihihii... in shaa Allah, lain kali boleh ketemu ye Hazila.

ZalinZalina berkata...

Dekat dah tesco shah alam dgn rumah saya tu.. kalau buat jumpa geng blogger kat shah alam inform saya yek..he he.. teringin gak nak jumpa amie :)

Chik Mimi berkata...

Tahniah untuk anak bujang kak Amie ,ooo baby kena tinggal ye kak

Norzila Zakaria berkata...

ohh kak amie dah jumpa ucu ye..bestnye dpt jmpa kenkawan..tu mana nk dpt produk tu kak..

kasihredha berkata...

Jumpa ucu ye

Amie berkata...

Zalin Zalina,
satu hari nanti kita atur pertemuan dengan kawan2 blogger yang dekat2 situ...nak tak?

Chik Min,
terima kasih, memang baby kena tinggal, tak berani ambil risiko terbang berdua...

Norzila,
seronok dapat jumpa Ucu... boleh cari kat mana2 pasaraya TESCO, GIANT, MYDIN DLL..cuba cari dalam internet.

Kasih,
nanti nak jumpa Kasih pula...

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum k Amie..

Huhuu..cian Firdaus kena tinggal 4 hari..
Ooo kak Amie..konon2 x nk bg tau en suami yer kena bayar lebihan muatan. Cik suami x buka ke blog ni?? Kantoi nanti...hihiii...

Tihara berkata...

comelnya firdaus pakai baju baru yer..wow caj kapal tobang tu leh tahan kak mie

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie,
4hari yg pnjangg..seribu satu cerita..
Walau apa pun halangan dan dugaan,segalanya berjalan lancar.Urusn tnda tgn harta pusaka selesai,memborong produk mychef tercapai.Boleh lak jumpa ngan Ucu Faridah.Yg best pi amek adiah on behalf si bujang lak tu..segalanya selesai.
Tp 4 hari jgk la dak tecik tu kena tinggal,sian lak rasanya

Amie berkata...

Nadz,
rasanya dia tak terbuka entri ni sebab jarang online... tak tahulah kalau ada suku sakat kawannya ke yang terbaca & beritahu dia... hihihiii.

Tihara,
ni yang malasnya naik AirAsia ni... he he ehh padahal salah sendiri bawang lebih2 berat!

Lina,
semuanya selesai... alhamdulillah, walaupun 4 hari ditinggal dak tecik tu nampak makin bolat pulak!