ADSENSE

Rabu, 13 Februari 2013

Mee Hoon Goreng Putih

Assalamualaikum.
Tiba-tiba teringin nak sarapan pagi dengan mee hoon tanpa kicap atau sos lain. Teringat mee hoon goreng Singapura tapi tak sempat nak berguru dengan Encik Google. Masuk dapur, rendam mee hoon, cari bahan mana yang patut, dan goreng tanpa kicap! Jadilah resepi Mee Hoon Goreng Putih!


Tak sabar nak makan, sampai tak sempat nak buat kicap lada!



Memang agak lama juga Amie tak masak mee hoon. Apa tidaknya, kalau nak sarapan mee hoon, pergi saja ke kantin sekolah. Encik Suami pula rajin beli mee hoon sup! Akhirnya kurang sangatlah menu mee hoon dalam Amie's Little Kitchen. Jom kita lihat resepi Mee Hoon Goreng Putih di bawah ini.

Resepi : Mee Hoon Goreng Putih
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket mee hoon - rendam dalam air sejuk sehingga lembut
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga lembut dan hiris nipis
1 cawan udang kertas yang sudah dibersihkan
1 cawan hirisan daging lembu
1 cawan hirisan kubis
1/2 biji capsicum hijau - dihiris
4 keping tauhu - digoreng dan potong dadu
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - cincang 
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan goreng hingga masak.
3. Masukkan hirisan cendawan shiitake dan udang. Gaul sebati.
4. Setelah udang berubah warna, masukkan kubis dan capsicum hijau. 
5. Masukkan mee hoon. Gaul rata.
6. Taburkan lada putih dan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
7. Jika perlu boleh tambah secubit garam dan akhir sekali masukkan tauhu goreng.
8. Gaul rata dan tutup api dapur.


6 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam amie..
baru kelmarin anak bujang madihaa minta masakkan bihun... tp sayang sekali stok bihun kehabisan.. malas sgt nak ke kedai.. lagipun ada stok nasi sejuk & memang cadang nak goreng nasi.. jadi tak kesampaian la nak msk bihun utk dia... tgk bihun amie ni sarat dgn lauk pauk... pasti berselera suami & anak2 menjamahnya..

CT Delima berkata...

As'salam Amie

tau tak berapa lama dah ada orang request nak makan mee hoon goreng putih ni, tapi sampai ler ni tak masak2 hehehe nampak menyelerakan walaupun tiada lada jeruk..kecurrr! telan air liur dah hehehe

terima kasih Amie atas sokongan selama ini buat CT dan DDCT muahhh!

Shiela berkata...

My Peberetttt.. :)

faa.rosli berkata...

meriah mee hoon akak..faa pon bekpes mee hoon singapore tadi. tapi ummi yg masak..hhehe

Puteri Manja berkata...

kak sal mie ni cam mee goreng singapore laa hehee

cik chinta berkata...

sng jg, cme kn byk bahan la ek? nt r try. hihi