ADSENSE

Rabu, 6 Februari 2013

Ikan Dori Panggang, Sambal Cencaluk Goreng Cili Hijau Ibundo & Sayur Lemak

Assalamualaikum.
Amie kongsikan hidangan Ikan Dori Panggang dengan Sambal Cencaluk Goreng Cili Hijau dengan Sayur Lemak Campur sebagai pelengkap lauk-pauk. Sambal Cencaluk Goreng Cili Hijau Amie ambil dari Majalah AROMA Edisi Februari 2013, hasil resepi IBUNDO. Resepi sambal ini mudah sangat, dan rasanya pun memang dijamin sedap!


Seperti biasa, kalau dah disebut Sayur Lemak Campur tu maknanya apa-apa sahajalah sayur-sayuran yang tinggal saki-baki dalam peti sejuk! Masak sekali harung...senang cerita!


Oleh sebab kurang berhati-hati semasa membalik-balikkan isi ikan dori yang sangat lembut, jadi terkopek-kopeklah sedikit! Ditambah pula anak-anak sudah menunggu di meja makan! Apa pun, kalau dah namanya ikan dori, digaul dengan pelbagai bahan, rasanya bertambahlah sedap!

Resepi : Ikan Dori Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg isi ikan dori 
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1/2 sudu makan lada putih tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit minyak bijan
sedikit garam

Cara:
1. Perap isi ikan dori dengan semua bahan di atas kecuali minyak bijan.
2. Panggang di atas kuali non stik atau di dalam oven - Amie panggang menggunakan kuali.
3. Gunakan api perlahan, dan terbalikkan dengan hati-hati jika telah masak di bahagian bawahnya.
4. Setelah masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
5. Jika suka, renjiskan minyak bijan di atas ikan panggang tadi.


Inilah dia Sambal Cencaluk Goreng Cili Hijau. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Bahan-bahannya pun memang biasa ada dalam simpanan di dapur. Jom kita lihat resepinya.

Resepi : Sambal Cencaluk Goreng Cili Hijau
Sumber : Majalah AROMA Edisi Februari 2013 (IBUNDO)

Bahan-bahan:
8 biji cili hijau
15 biji cili api hijau
1 biji bawang besar bersaiz kecil dipotong kasar
3 sudu besar cencaluk
1/2 biji lemon diambil jusnya

Cara penyediaan:
1. Kisar kasar cili dan bawang.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan kisar hingga masak.
3. Masukkan cencaluk dan perahan lemon.
4. Gaul rata sehingga benar-benar masak.
Jika suka pedas, boleh tambah cili api. Amie tambah sedikit gula dan serbuk pati ikan bilis.


Dan Sayur Lemak Campur ini..... masak sajalah apa yang ada, lebur sekali dalam periuk he he hehh... antaranya termasuklah tempe, tauhu, sawi pahit, brokoli, petai, lobak merah, suhun dan berperencahkan udang kering serta bawang putih dan bawang merah.  Jangan lupa santan untuk kuahnya!




9 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

Sedapnya lauk2 akak...paling best sayur mask lemak tu....mmg sy suka masak gitu kak...rasa manis sayur lemak smua ckup lah.....:-)

faa.rosli berkata...

amboi sedapnya kak....nyumnyum

Acik Erna berkata...

Assalam amie.resepi ibundo bila amie yang masak jadi bertambah sedap amie

ady berkata...

as-salam
sedapnye sambal Cencaluk Goreng tu kak amie..berselera ady tgk..

hazila berkata...

Lama tak makan cencalok.

ummiross berkata...

Tentu berselera Amie sekeluarga menjamu selera hari ni, sambal cencalok tu kalau dapat, sah2 nak nasi tambah.

Rohah berkata...

kemecer kak..telan air liur kejap..bisa nanduk sego nak koyo ngeyney

lina_pg berkata...

Assalam kak amie,tertarik ngan rcp ikan dori.Lenkali kalau terbeli ikn dori bleh try rcp ni.Anak2 mkn sonot sket nk main msk2

Puan Hazel berkata...

kak amie ni kalau masak ada aura lah.. masak apa saje mesti menjadi & menyelerakan.. keep it up..