ADSENSE

Jumaat, 8 Februari 2013

Daging Goreng Kicap

Assalamualaikum.
Selamat bercuti sempena Chinese New Year 2013. Bagi yang hendak pulang ke kampung, diucapkan selamat jalan, berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa tinggalkan pesanan kepada jiran tetanggan untuk melihat-lihat rumah yang ditinggalkan buat sementara. Moga selama pergi dan selamat kembali. Okey... cerita resepi kali ini Amie kongsi menu Daging Goreng Kicap. Amie suka sangat resepi begini, dan untuk pertama kalinya Amie pernah buat hampir semasa cuti penggal ketika, semasa belajar di tingkatan empat entah berapa puluh tahun lalu! Amie masih ingat lagi pada Kak Asmah yang menurunkan masakan yang mudah dan ringkas ini kepada Amie semasa Amie tinggal bersamanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.


Resepi : Daging Kicap Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu bahagian peha - hiris nipis  dan goreng hingga masak
3 biji kentang - kupas, potong dadu, goreng dan toskan minyaknya
2 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 sudu lada putih - tumbuk
secubit garam (jika perlu) dan gula
minyak

Bahan tumisan:
1 inci halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris 
3 biji bawang merah - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau dan layu.
2. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
4. Tambahkan kicap pekat. Gaul rata.
5. Taburkan lada putih, garam dan gula.
6. Kacau sekali lagi dan tutup api.

12 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

Mcm style cina msak gini kak...sedap ni...:-)

azieazah berkata...

Yang hijau tu apa? Asparagus ker kucai?

Aju Mohit berkata...

emmm saya mmg suke giler daging kicap ni kak, nyum2

Totie@Tomy berkata...

dulu suka makan daging tp sekarang saya gemar ayam dengan ikan..tp tengok akak masak buat saya terliur nak makan...

ummiross berkata...

Makan dengan nasi panas2 ni Amie, sedap!!!

Liza berkata...

Perggh, bestnyaa...

Amie berkata...

Asyifa,
style cina ye Sifa.

Azie,
bukan asparagus & bukan kucai tapi dari keluarga bawang juga tu.

Aju,
sedapkan Aju...ringkas je.

Amie berkata...

Totie,
tukar2 selera ye Totie.

Ummiross,
betul tu Ummi..makan dengan nasi panas, merasalah kicap dan lada putihnya!

Liza,
alhamdulillah...

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Nuwairani Ismail berkata...

salam kak amie. dh lama tak menyinggah ke sini..kalau lauk macam ni dimakan dengan nasi putih panas2, memang terangkat

shahliza81 berkata...

tgk gmbar pun dah tau sedapnyer tu

Puteri Manja berkata...

wah nampak sedap laa...salam perkenalan dari putri