ADSENSE

Selasa, 26 Jun 2012

Vegetable Smoothies

Selamat memulakan pagi Selasa ini dengan senyum ceria dan semoga akan terus cerialah sepanjang hari hendaknya. Awal pagi ini Amie paparkan resepi tertunggak yang sedang menunggu dalam barisan hidangan. Amie kongsikan Vegetable Smoothies. Sebelum ini menu smoothie Amie sama saja bahannya tetapi kali ini Amie ubah berdasarkan hasil pembacaan Amie tentang menu yang menyihatkan ini. Amie ambil idea dari Culinary Notebooks Smoothies & Juices oleh Carla Baldi yang Amie beli di One Borneo semasa bercuti ke Kota Kinabalu tempohari.


Amie  meminumnya di awal pagi... sambil memejam-mejamkan mata di tepi jendela dapur, dan pada masa yang sama menikmati sinaran matahari pagi yang tembus dari celah-celah pohon di tepi dapur.


Oh! Tentu ada yang bertanya, apa rasanya? Amie tidak dapat menjawab pertanyaan itu tetapi hanya dapat memberi bayangan sahaja berdasarkan bahan yang digunakan.


Bahan yang digunakan termasuklah lobak merah, timun, tomato dan juga batang saderi. Amie lihat saderi yang digunakan jenis yang kecil yang kita gunakan untuk hidangan sup. Tanpa bahan tambahan seperti madu, yogurt dan sebagainya!


Apa pun, ini percubaan pertama Amie menghasilkan smoothie berasaskan sayur-sayuran. Jadi... rasanya? 

5 ulasan:

Tina Othman berkata...

salam

wow,bagus tu minum ni pagi2, untuk cuci perut, kulit pun cantik

tapi saya entahlah tertelan ke tak hehe

FnF Simple Life berkata...

kat nihon ada jual jus sayur2an dlm kotak ala2 orange juice kt msia..mcm2 sayur ada dlm jus tu...sgt sedap....dia lebihkan carrot n pineapple kalau tak salah... manis carrot ngn pineapple balancekan rasa sayur2 hijau tu.

Izan Ishak berkata...

bagusnya smoothie sayur2an ni kak amie... tapi kalau izan pun agaknya minum sambil pejam mata kot...

ummiross berkata...

Ummi rasa sikit Amie, sambil pejam2 mata gak,hik!

Amie berkata...

Tina Othman,
Pengetua kami selalu sarankan saya mencubanya, sebab dia amalkan...

FnF,
ooo terima kasih atas info yang sangat berguna tu FnF, lepas ni Amie nak borong nenas pula... nenas memang bagus untuk membantu melancarkan percernaan.

Izan,
he he hehh walaupun terpejam2 mata, tapi masuk juga ke tekak... tak fikir lain ni, fikir untuk khasiatnya aje waktu menelannya.

Ummiross,
he he hehh Ummi.. awet muda gitu, untuk bertsihkan perut & haluskan kulit...