ADSENSE

Sabtu, 30 Jun 2012

Pineapple & Papaya Smoothies

Apa agaknya rasa Pineapple & Papaya Smmothies? Amie kongsikan bersama kombinasi buah nenas dengan buah betik, yogurt perisa oren, susu segar dan madu. Nampaknya selepas ini, di dapur Amie perlu ada bekalan betik sepanjang masa kerana setelah mencubanya, rasa selesa sekali ketika menyempurnakan qada' hajat.


Resepi : Pineapple & Papaya Smoothies
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
300 gram hirisan nenas
300 gram hirisan betik 
200 ml susu segar
150ml yogurt perisa oren
2 sudu madu lebah

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Sedia dinikmati.

Biasanya Amie sejukbekukan terlebih dahulu buah-buahan untuk smoothie, tetapi kali ini Amie tidak lakukan begitu. Namun begitu rasa dingin masih teras kerana yogurt dan susu segar memang sedia sejuk.



7 ulasan:

Delima Zamrud berkata...

Ermmmmm yummy yummy...Sungguh menyegarkan di pg sabtu nie ;D

Tihara berkata...

betul kak kalo makan betik, mmg smooth jer masa nak memerut..tihehhehe :)

tapi kalau buat air mcm ni lagi sedap ni ..nice pic kak :)

Amie berkata...

Delima,
memang pilihan terbaik!

Tihara,
alhamdulillah....

khairiah khaizu berkata...

Amie....nk cuba tp takut dgn nenas n betik....nt kang 'qada-hajat' x berhenti.....haha

rahel berkata...

Sedap dan menyegarkan minum smoothies ni...demi untuk kesihatan dalaman..

Amie berkata...

Khairiah,
kalau tak biasa memang begitu.... tapi kalau biasa diamalkan, jadi biasalah..

Rahel,
betul tu Rahel, selesa sepanjang hari setelah bersih...

myda_ahmad berkata...

sejuk anak tekak bila dpt minum campuran 2 buah ini...