ADSENSE

Isnin, 10 Oktober 2011

Sehari di Hutan Rekreasi Taliwas

Salam hari Isnin. Hari ini Amie berkesempatan untuk berkongsi pengalaman berada di Hutan Rekreasi Taliwas pada hari Sabtu lepas, 8 Oktober 2011. Taman Hutan Rekreasi Taliwas ini letaknya di Daerah Lahad Datu,berhampiran dengan Estet Danum. Unit Kokurikulum sekolah kami mengadakan perkhemahan tahunan selama 3 hari. Bagaimanapun Amie bersama beberapa orang rakan yang lain datang sekadar untuk melawat guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti ini.



Ini merupakan kali pertama kami sampai ke tempat rekreasi di dalam hutan simpanan. Amie diamanahkan oleh beberapa orang teman untuk menyediakan makanan. Persiapan pun dibuat seadanya saja. Jadi sesampainya di tempat tersebut kami pun terus memilih tempat yang difikirkan sesuai untuk aktiviti bersantai.


Kami sampai di sini pada pukul 11 pagi. Suasana lengang kerana semua peserta perkhemahan bersama guru unit masing-masing sedang mengikuti aktiviti jungle treking.


Antara bahan yang sempat disediakan untuk BBQ.



Rupanya arang sudah diharamkan. Puas suami mencari di merata kedai di Lahad Datu. Syukurlah, di tempat ini sudah tersedia kayu untuk dijadikan bahan bakar.



 Kuih lepat pisang ini dibuat oleh Zana....orangnya di bawah ni....



Rajin Zana buat kerja. Dari memotong timun, mengupas telur sehinggalah menyucuk sossej dan sayap.... haaa..sayap tu Amie yang perap.


.....sehinggalah aktiviti memanggang..... terima kasih Zana. Lain kali nak angkut Cikgu Zana lagi kalau ada aktiviti begini.



Menjelang pukul 1 tengahari, peserta perkhemahan pulang dari aktiviti jungle treking.


menjamu selera dengan hidangan....


antaranya termasuklah nasi lemak....


mee goreng....


santai di tepi sungai.....


  .......guru-guru bujang yang keletihan.... baru keluar dari hutan Taliwas


 

 pertandingan makan jagung ke ni.....



Terleka melayan selera sehingga terlupa mengambil gambar pemandangan alam sekitar.



Cikgu Dian.....enaknya makan di sini....


...apalah anak Amie  ni buat..... ooohh rupanya melihat ikan di dalam air.


Macam suasana raya pun ada...


......suasana perkelahan keluarga ...... harap semua kenyang dan gembira!

11 ulasan:

ummiross berkata...

Seronoknya Amie, rasa nak join sama, lepas jungle treking tu mesti lapar kan, mesti berselera sangat!

Amie berkata...

memang mereka lapar Ummi, tapi kami rasa seronoklah tengok mereka berselera makan...

~ Mummy Gee ~ berkata...

mesti anak2 saya suka kalau dapat mandi kat anak sungai tu...

che mid berkata...

Cantik ya tempat tu.. makan pulak taim tengah penat..marbeles!

Pen Biru berkata...

mee goreng akak amat menggiurkan...huhuhuhu

Acik Erna berkata...

Amie..seronoknya dapat beriadah macam tu kan..tempatnya pun nampak cantik dalam gambar..makanan pun banyak..

ajumohit berkata...

meriahnya mknan tu kak, kalau saya pi sana mesti kenyang sgt2 hhehehe

nuwairani ismail berkata...

dekat dengan lembah danum ye? orang kata kawasan situ sejukkkk...teringin sangat nak ke sana...

quinnie berkata...

wah seronoknya kak amie..berkelah..dah lamanya saya tak pegi berkelah..sob..sob..part makan paling best...lepas tu berendam dlm air..bila naik je perut mesti lapar..kekekke..waktu tu mkan apa pun rasa best..hehehhe

Amie berkata...

Mummy Gee,
memang anak-anak suka tempat begini.... sejuk & nyaman...

Che Mid,
memang cantik tapi sebab sibuk urus makan-makan, terlepas pandang suasana sekita yang indah...

Pen Biru,
itu mee goreng sempoi dik...

Amie berkata...

Acik Erna,
memang sesuai sangatlah untuk aktiviti perkhemahan di sini...

Ajumohit,
alhamdulillah.... sebenarnya Kak Amie diamanahkan sediakan makanan untuk mereka, jadi buatlah mana yang termampu...

Nani,
simpang sebelah ke Lembah Danum dekat berhampiran Estet Danum.... memang airnya sejuk nani, tapi Kak Amie tak sempat mandi di situ....

Quiinie,
seronokkan dapat berkelah di tempat begini... jauh dalam hutan, jauh dari hiruk-pikuk bandar...