ADSENSE

Rabu, 9 Mac 2011

Cucur Udang Segera

Tiba2 teringin makan cucur udang tapi malas nak buat. Bukan apa, malas nak berdiri menyukat adunan ke dalam acuan. Ada cara lain yang boleh Amie gunakan untuk buat cucur udang, macam cekodok tu.... campur itu campur ini terus goreng, takayah susah-susah nak goyang2kan acuan supaya cucur udang tanggal... hmmm untuk minum petang, buat sajalah.


Bahan-bahan:
2 cawan tepun gandum
10 ekor udang kertas (bersihkan)
5 batang daun kucai (potong 4cm panjang)
1 cawan taugeh
1 labu bawang besar (cincang)
2 biji lada merah (hiris nipis)
sedikit serbuk kunyit
garam
175ml air
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung bersama garam dan kunyit serta adun hingga sebati dengan air.
2. Masukkan kesemua bahan seperti kucai, bawang besar, taugeh, lada merah dan udang. Gaul mesra.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan seperti menggoreng cekodok tetapi jangan terlalu tebal supaya hasilnya rangup.
4. Apabila sudah selesai menggoreng, cucur udang bolehlah dipotong-potong dan makan bersama sos cili dan sebarang pencecah lain yang ada dalam stok anda.

Tiada ulasan: