Bismillahirrahmanirrahim.
Entri jalan-jalan di Morocco yang seterusnya ini memang Amie tak puas hati. Amie sudah kehilangan catatan, dan juga ingatan dalam setiap persinggahan dan lawatan. Maklumlah memori sudah usang, tak dapat menampung segala maklumat dan peristiwa.
Sebaik keluar dari kawasan masjid dan University of al-Qarawiyyin, kami menghala ke pintu gerbang pasar. Entah mana satu nama pasar yang kami masuk! Apabila tanya Pak Google, katanya nama-nama pasar di Medina of Fez termasuklah:
- Souk el Henna
- Souk al-Attarine
- Souk Serrajine
- Souk Tillisse
- Souk Haik
- Souk Jeld
Apabila dilihat dengan mata kasar, dari pandangan luar bangunan kelihatan usang dimakan usia. Namun ketika melangkah ke bahagian dalam, terlihat pula keindahannya. Kali ini bumbung pasar lebih moden dengan lampu hiasan yang cantik dan seni bina yang menarik. Ia agak berbeza berbanding pasar yang kami kunjungi sebeluk ini seperti di Marrakesh.
Kita lihat-lihat sahajalah gambar yang sempat dirakam.
Banyak pakaian siap ada di sini tetapi Amie tak dapat kongsikan kerana gambar kabur.
Terjumpa lagi kelibat busker berbaju merah yang menghiburkan kami di hadapan pintu Masjid al-Qarawiyyin.
Banyak manisan yang sedap-sedap dijual di sini.
| Boleh singgah beli untuk dijadikan oleh-oleh. |
Mata tidak puas memandang ukiran indah bersulam kalimah suci di sini.
| Kepingan manisan bersaiz besar! |
| Pelbagai bentuk fridge magnet yang menarik. |
Asyik memandang ke hadapan, rupanya di atas kepala banyak bergantungan barangan kraf tangan yang unik dan menarik!
| Takut pula hendak memandang mata itu lama-lama! |
Paling lega apabila keluar dari lorong sempit di dalam pasar dan dapat hirup udara di ruang terbuka serta berjumpa matahari.
Sekian, perkongsian di Medina of Fez untuk kali ini.
Jumpa lagi.








