Solat di Masjid Qarawiyyin ( Mosquee al Quaraouiyine)
8:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung semula catatan perjalanan ke Afrika Utara pada Februari 2025 lalu. Sudah banyak cerita yang terlupa, dan kalau tidak dijadikan entri sekarang mungkin tidak akan siap sampai bila-bila. Barangkali, akan tertunda-tunda sekiranya ada lagi perjalanan yang lain selepas ini.
Entri terakhir terhenti di sini: Keluar Masuk Pasar di Medina of Fez. Lamanya! Terhenti pada 27 Mac 2025. Ketika itu kita sibuk hendak balik kampung beraya dengan keluarga di Selangor.
Wokey, kita sambung perjalanan dari Pasat di Medina of Fez menuju ke Masjid Qarawiyyin atau ejaan di sana Mosquee al Quaraouiyine. Di masjid ini kami solat jamak. Bagaimanapun Amie tak dapat hendak rakan suasana di masjid kerana jemaah terlalu ramai, ditambah pula masa yang diberi sangat singkat.
Jemaah wanita perlu naik di sebelah kanan untuk menunaikan solat. Kami perlu menyimpan kasut sendiri di dalam beg plastik yang disediakan. Seolah-olahnya seperti suasana di Masjid Nabawi atau di Masjidil Haram pula apabila kena simpan kasut dalam plastik!
Tak dapat tangkap gambar masjid, dapat rakam gambar di tepi masjid pun jadilah. Solat Jumaat di Masjid al-Qarawiyyin di Fes semalam. Masjid ini berusia lebih 1200 tahun dan merangkap sebagai universiti tertua di dunia, sekaligus menjadi pusat keilmuan dan kerohanian yang bersejarah.
Ditubuhkan pada tahun 859 M, Ǧāmiʿat al-Qarawiyyīn, sebuah universiti di dalam Masjid Al-Qarawiyin ini telah melahirkan cukup ramai para ulama dalam pelbagai bidang. Antaranya termasuklah Ibn Khaldun, Ibn Rushd, Ibn Bajah, Musa bin Maymun, Muhammad al-Ta'i al-Idrisi, Ibn Ghazi al-Miknasi, Ibn Ajurrum dan juga Pope Sylvester II.
Gami'at al-Qawiyyin diasaskan oleh Fatimah al-Fihri. Beliau berjalur keturunan tokoh tabiin terbilang, 'Uqbah bin Nafi' al-Fihri al-Qurashi, pembuka Tunis dan pengasas Kota Qayrawan.
Fatimah lahir sekitar tahun 800 Masihi dan berbapakan seorang pedagang yang kaya raya. Suaminya juga berharta. Setelah kedua-duanya meninggal dunia, beliau mewarisi kekayaan mereka. Namun lebih dari itu beliau sendiri telah mendapat pendidikan yang baik bersama-sama kakaknya, Maryam. Kesannya, ilmu mengawal harta mereka, lalu sebahagian harta digunakan untuk menubuhkan masjid dan universiti hebat yang menggegarkan dunia. Fatimah membina Masjid Qarawiyyin, manakala Maryam membina Masjid Andalus. Dikatakan bahawa selepas itu barulah Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir ditubuhkan pada tahun 959 Masehi.
Pintu masuk ke Masjid Qarawiyyin. |
Di bahagian dalam masjid inilah terletaknya University of al-Qarawiyyin.
Pinjam gambaran suasana universiti daripada Pak Google. |
Sumber : Google |
Kalau tidak silap hujan turun ketika kami solat di Masjid al Qarawiyyin. Bertambahlah sejuknya kami ketika itu!
Sebaik sahaja keluar dari pintu masjid, kelihatan beberapa orang pemuda dengan berpakaian serba merah sedang bermain alat muzik, menyanyi dan menari di hadapan kami. Kalau di tempat kita namanya pemuzik jalanan atau busker. Samalah panggilannya di sini. Bezanya mereka berada di lorong kecil. Melihat cara mereka berpakaian dan alat muzik yang dimainkan, barangkali mereka menggunakan alat muzik tradisional dan juga nyanyian lagu tradisi Morocco.
Selesai membuat persembahan, mereka hulurkan topi dan fahamlah kami pun kena hulur Moroccan Dirham seadanya.
Sempat rakam video busker sebelum meneruskan perjalanan.
3 comments
Ada university di dalam masjid ya. Cantik pintu masjidnya.
BalasPadamCantik seni bina masjidnya. Tengok ada ruang di tengahnya macam Masjid Wilayah Persekutuan KL. Kiranya mereka nyanyi, ada orang hulurkan duit jugalah ye sama konsep di sini.
BalasPadamPasti besar kawasan masjid sebab di dalamnya ada universiti.
BalasPadamuishh.. sana pun ada busker. Biasa pelancong murah hati hulurkan sumbangan.