Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika kaki melangkah masuk ke Home Steak Home, hujan turun dengan lebatnya! Apabila memandang ke arah luar dari pintu kaca restoran, hanya terlihat suasana gelap.
Kita beritahu Encik Suami, kita hendak makan kambing. Harap-harap datanglah hidangan kambing yang lembut!
![]() |
| Grill Lamb |
![]() |
| Green Tea Panas. |
Oleh kerana rasa sejuk dan di luar hujan selebat-lebatnya, jadi kami memesan minuman panas, green tea.
![]() |
| Sup Cendawan. |
Kami memesan sup cendawan. Encik Suami kata, kalau ada roti memang sedap betul cecah sup cendawan ini.
Dua hidangan utama sudah sampai ke meja.
Set Chicken & Fish ini pilihan Encikk Suami.
![]() |
| Grill Lamb. |
Inilah pilihan kita, Grill Lamb & the Gang.
![]() |
| Chicken & Fish & the Gang. |
Oleh kerana tajuk entri Jalan-Jalan Cari Kambing Dalam Hujan Lebat, jadi banyaklah paparan kambingnya. Kambinglah watak utamanya.
![]() |
| Grill Lamb |
Alhamdulillah. Rasa lembut daging kambingnya. Puaslah makan walaupun kunyah perlahan-lahan tapi hancur juga daging kambing sebelum melintasi tekak.
Hujan tidak juga mahu berhenti! Dapatlah kami berlama-lama di sini sambil sembang-sembang tentang anak-anak. Tanpa disedari, habis licin segala kambing, ayam dan ikan serta saladnya dan juga sup cendawannya!
Terakhir, kami makan puding yang kurang manis. Habis licin juga.
![]() |
| Green Tea. |
Eh, belum habis lagi.
Kami akhirinya dengan menghirup green tea.
Setelah habis minuman dihirup, kami redah hujan menuju ke kereta!
Tamatlah kisah memburu kambing dalam hujan lebat. Sekarang kambing ikut pulang ke rumah, duduk dalam perut elok-elok ya! Jangan cari pasal.










































