Bonda, kalau hendak makan, 'jemput' satu persatu anak-anak yang tidak ada di depan mata. Bonda sebut namanya. Entah kenapa. Sampai sekarang Amie tidak pernah tanya. Cuma, cuba fahamkan untuk diri sendiri sahaja. Mungkin Bonda rindu. Mungkin Bonda mahu merasakan anak-anak sentiasa ada bersama terutama sewaktu makan. Barangkali sekarang Bonda tidak lagi seru nama anak-anak seperti suatu waktu dahulu.
Memang seronok, memang meriah dapat makan bersama seisi keluarga. Tengahari tadi kami makan berempat, termasuk Fairuz. Tidaklah pula Amie sebut nama Abang Farid dan Fuad seperti yang Bonda lakukan dahulu. Zaman sekarang, segalanya di hujung jari. Setiap hari boleh telefon atau berhubung dengan keluarga sekerap mana yang kita mahu.
Encik Suami minta Amie panggang sayap ayam gunakan air fryer. Firdaus pula tidak ada apa-apa permintaan. Fairuz hanya bertanya: Mommy masak apa?
| Sayam Ayam Panggang Air Fryer. |
- Nasi Putih
- Sayap Ayam Panggang Air Fryer
- Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
- Ikan Siakap Goreng
- Acar Peria & Mangga Muda
- Cili Kicap Bawang Putih
- Limau Sunkist
| Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. |
| Ikan Siakap Goreng |
| Acar Peria & Mangga Muda. |
| Cili Kicap Bawang Putih |
| Limau Sunkist |
| Sayap Ayam Panggang Air Fryer |
- 6 ketul bahagian sayap ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil gula perang
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk kari daging / ayam
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- Gaul sayap ayam bersama kesemua bahan di atas.
- Biarkan selama 15 minit.
- Panggang di dalam air fryer selama 24 minit di bawah suhu 180'C..











