Selamat berhujung minggu. Rasa kurang bersemangat pula untuk update dapur maya setelah berehat tak menulis sehari dua ini. Ikutkan hati memang tak bersapulah sawangnya nanti.... ahaks! Kalau sehari, dua hari akan membawa kepada hari ketiga, seterusnya seminggu dan boleh berbulan juga malas nak menulis. Tulislah apa sahaja buat kenangan untuk diri serta keluarga yang boleh dijadikan bacaan atau rujukan akan datang.
Petang Jumaat, dua hari lepas kami sempat bertemu Gang XPDC di Pondok Sate, tempat makan sate yang letaknya di Kampung Khamis. Pondok Sate ini letaknya bersebelahan dengan Masjid Kampung Khamis, dekat dengan Sekolah Agama Kampung Khamis, tempat Firdaus bersekolah agama di sebelah pagi sebelum PKP & PKPB.
Sebelum ini Amie pernah paparkan Pondok Sate ini di sini: Jalan-Jalan Cari Sate di Musim PKPB
![]() |
| Sebahagian daripada Gang XPDC Daki Gunung Kinabalu 2015. |
Kemudian Kemi & Jus pula sampai dari Palm Height. Diikuti dengan Nano dari PGA.
![]() |
| Sate ayam dengan nasi himpit. |
![]() |
| Sayap ayam panggang. |
![]() |
| Sayap ayam panggang dengan kicap lada. |





























