Lempeng Nangka Cicah Serawa Nangka
9:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin Amie beli sebekas nangka madu, manis dan harum! Pagi tadi Amie lihat ada 10 ulas yang belum dimakan. Tiba-tiba timbul idea untuk melempeng dengan menggunakan nangka. Eh, pernahkah dibuat orang? Kita cuba sajalah.
Lima ulas Amie kisar bersama tepung, telur dan santan untuk dibuat lempeng, Lima ulas lagi Amie kisar bersama gula dan santan untuk dijadikan serawa.
Amie fikir sudah tentulah Amie seorang yang akan menjamahnya. Salah sangkaan itu! Encik Suami dan Firdaus makan penuh selera!
Sedapnya lempeng nangka ini bukan sekadar pada lempengnya. Bila dicicah ke dalam serawa nangka yang lemak manis, terus terasa satu gabungan rasa yang cukup sempurna. Lempeng yang lembut dan berpori menyerap sedikit kuah serawa, lalu setiap suapan membawa rasa santan yang berlemak, manis nangka yang harum dan sedikit tekstur isi nangka yang dikunyah.
Sungguh, ini bukan sekadar lempeng kerana membawa aroma kampung dalam setiap suapan. Panas-panas, lembut dan harum nangka, kemudian dicicah pula ke dalam serawa nangka yang lemak manis. Apabila kuah serawa meresap ke celah-celah pori lempeng, setiap suapan terasa begitu sempurna. Ada manisnya, ada lemak santannya, ada harum nangkanya dan mampu mengembalikan kenangan kepada sarapan dan minum petang di dapur kampung.
| Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka |
Amie tidak gunakan sukatan tertentu dan hanya campak-campak sahaja bahan untuk melempeng dan membuat serawa. ChatGPT bantu siapkan infografik resipi Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka. Ada sedikit kesilapan sampai dua kali ditulis garam tapi malas pula hendak edit.
| Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka yang enak, harum dan wangi! |
30 comments
Lepas ni bolehlah buat lempeng cempedak pulak.
BalasPadamIn syaa Allah Wak kalau ada cempedak.
PadamEloknya kejadian lempeng kak Amie. Plating macam ala-ala di cafe dan hotel pun ada. Nampak sungguh menyelerakan. 😋
BalasPadamTerima kasih Nur.
Padamsedap ni...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTahun ni belum makan cempedak atau nangka lagi. Nanti nak cari la..
BalasPadamKalau cempedak mungkin ikut musim kan?
PadamWahhhh dapat di bayankan harum nangka tu kak
BalasPadamNangka madu, sudahlah harum, manis pula.
PadamNampak lembut dan wangi betul.
BalasPadamYa, betul.
Padamcantik kejadiannya cicah serawa tambah sedapnya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamNew Menu ni...x pernah nampak...
BalasPadamBoleh cuba.
PadamTak pernah makan dan nampak lagi Lempeng Nangka. Uniknya ia dicicah pulak dengan Serawa Nangka. Tentu sedap makan panas² sampai Firdaus dan suami Kak Amie makan penuh selera
BalasPadamSedap tu, saya pun tak dapat makan banyak.
PadamPertama kali dengar lempeng kelapa.
BalasPadamSalah baca ni, bukan kelapa.
PadamNangka madu peberet walaupun org kata angin. Kalau saya tak sempat jadi lempeng dah habis makan mentah. Hehe he unik ya resepi amie lempeng nangka Dan serawa nangka
BalasPadamWanginya tu yang tahan godaan.
PadamSerasa tercium aroma nangka nya sampai sini kak 😍😍😍. Pasti sedaaaap. Tak heran daus dan suami kakak juga sukaaa makannya..pasti kurang lah yaa masak segitu 😅
BalasPadamAromanya memang harum sungguh. Rasa hendak beli lagi.
PadamNampak pun sedap. New innovation ni.. boleh ditiruvasi bila ada nangka lebih..
BalasPadamSilakan.
PadamTerasa sedapnya di tekak n8 Kak Amie
BalasPadamMemang sedap!
PadamWah menu rare ni Kak Amie. Tak sangka mereka pun suka lempeng nangka Kak Amie buat. Terbayangkan bau nangka yang wangi dan rasa manis tu.
BalasPadamUnik sungguh resipi Kak Amie kali ini! Kreatif betul idea olah nangka madu jadi lempeng dan serawa serentak. Sangat membuka selera bila lempeng yang lembut meresap kuah serawa yang lemak manis tu. Boleh dijadikan inspirasIi buat semua
BalasPadam