Masak Nasi Arab Mandy Wadi Qudait Sempena Ulang Tahun Encik Suami di Awal Muharram 1448H
9:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 17 Jun 2026, hari ulang tahun Encik Suami bersamaan dengan 01 Muharram 1448H.. Semoga Encik Suami sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Amie masakkan Nasi Arab Mandy Wadi Qudait untuk Encik Suami. Menu ini Amie pernah makan di Bir Ali sewaktu umrah pada tahun 2014. Pada mulanya rasa hairan melihat seekor ikan goreng dan sepotong ayam panggang di atas dulang nasi Arab. Maklumlah, selama ini kalau makan nasi Arab mesti berlauk ayam atau kambing. Tak pernah nampak hidangan lauk ikan goreng!
Sedap sungguh makan nasi Atab dengan ikan goreng. Amie pernah beberapa kali kongsikan nasi Arab lauk ikan goreng. Entri lama berkaitan resipi Nasi Arab ada di sini:
- Juadah Berbuka Puasa Hari ke-8 : Nasi Arab Wadi Qudait
- Nasi Arab : Mandy Lamb Rice
- lNasi Arab Air Tangan Abang Farid
- Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya!
- Berbuka Puasa dengan Hidangan Nasi Ayam Mandy
| Nasi Arab Mandy Wadi Qudait |
| Air tangan Nasi Arab Mandy Wadi Qudait untuk Encik Suami. |
Sewaktu makan Nasi Arab di Bir Ali, hidangannya tidaklah selengkap ini. Amie tambahkan sahaja telur rebis, sup kosong, salata hara dan sos sambal campuran cili merah, bawang, tomato dan daun ketumbar. Nasi Arab ini sebenarnya ada pelbagai versi. Mudah-mudahan Amie dapat tambah ilmu masakan Arab pada masa akan datang sebab Amie sukakannya. Selain Nasi Arab lauk ikan dan ayam, sudah tentu Amie tidak dapat lupakan Nasi Arab Unta da juga Hati Unta. Di mana hendak jumpa? Sudah tentulah di Tanah Arab terutamanya di Mekah atau Madinah.
| Salata Hara |
| Sos Sambal + Daun Ketumbar |
| Sup Kosong |
Sewaktu Amie masak di dapur, Encik Suami sedang bersihkan tanam-tanamannya di luar pagar. Katanya aroma Nasi Arab terhodu hingga ke luar pagar!
Sekian.
Cerita dari dapur sempena Awal Muharram 1448H.
0 comments