Singgang Ikan Tuna Warna-Warni
7:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami masak sendiri menu dietnya. Kalau masak ikan atau ayam, Encik Suami hanya tambahkan sayur sawi sahaja. Konsisten betul amalan pemakanan sihatnya. Kadang-kadang Amie masakkan untuknya, tambahkan beberapa bahan supaya lebih bervariasi. Dengan ini kita sendiri pun rasa berselera untuk makan sama.
Petang tadi Amie masak Singgang Ikan Tuna. Selain kacang bendi, Amie tambahkan putik jagung. Setelah tutup api dapur, Amie masukkan sweet pepper dan tomato ceri. Sweet pepper dan tomato ceri memang sedap dijadikan ulam. Jadi tak perlu 'masak' sangat dalam masakan singgang.
Hasilnya, terhidang semangkuk Singgang Ikan Tuna Warna-Warni.
0 comments