Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas
2:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas tapi baru sempat dijadikan entri. Kisahnya tentang resipi Ikan Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.
Apa yang hendak Amie kongsikan sudah tentulah rasa kuah lemak cili padi yang sungguh enak! Gabungan rasa manis nanas, asam keping dan lemak santan kelapa yang menjadikan pedas cili padi menjadi seimbang membuatkan kita menambah-nambah kuah sehingga banjir dalam pinggan nasi!
Amie gunakan nanas masak. Kisar separuh bersama cili padi hijau, bawang putih dan bawang merah serta sedikit kunyit hidup. Masukkan juga dua helai daun kunyit yang disiat-siat ke dalam periuk . Aduhai... aroma daun kunyit memang menggoda!
| Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. |
Infografik ChatGPT memang cantik tapi kadang-kadang perlu diedit agar resipi yang dimaksudkan tidak lari. Dalam resipi ini, Amie hendak betulkan sedikit. Amie kisar separuh nanas dengan cili padi hijau, kunyit, bawang merah dan bawang putih. Kemudian Amie didihkan bersama santan cair dan serai yang diketuk. Apabila sudah mendidih, Amie masukkan asam keping untuk rasa masam sebab nanas masak keluarkan rasa manis. Selepas itu bolehlah masukkan kepala ikan, daun kunyit dan lebihan hirisan nanas
Jadi apabila ditambah garam atau perasa, rasanya seimbang dan cukup sempurna. Pedas, masam, manis serta cukup rasa garamnya. Amie keluarkan asam keping yang sudah kembang dari periuk.
11 comments
oh separuh nenas dikisar dgn bahan2 yg lain ya. unik betul resipi ni :D
BalasPadamFuhhhh ini pun sedap ni, walau jarang masak sendiri, tapi kalau makan di kedai pernahh.. dapnyaaaaa
BalasPadamsaya sgt suka ikan salmon tapi cuma pandai masak pan fried saja, tengok resepi amie ni terus tertarik tuk try, ok weekend if rajin saya buat 😁
BalasPadamSedapnya. Lama betul tak makan ikan salmon 🤤
BalasPadamAdeh, kena cari kepala ikan salmon la nampak gayanya ni :)
BalasPadamseingat sy penah mkn ikan salmon ni sekali
BalasPadamsebab tu sy dah lupa mcm mana rasanya
sesekali buat msk mcm ni pun nampak sedap
Betuuuul. Kalau buat infografik di AI, memang hrs cek ulang. Kadang tetap salah step yg dia bagi.
BalasPadamKalau kepala ikan, pasti suami saya yg suka. Saya lebih suka ekor daripada bagian kepala 😄. Tapi masak lemak, favorit sangaat
Sedap nya masak lemak nenas kepala ikan ni Kak Amie. Thanks for sharing.
BalasPadamBaru beli kepala salmon semalam... ingat nak masak kari.. nampak Kak Amie buat MLCA pulak..
BalasPadamWow..boleh ye msak lemak cili api kepala salmon..biasa dengar masak kari atau asam pedas..eh nak cuba la nanti...
BalasPadamMasak lemak ni sedap betul kalau campur nanas. Letak daun kunyit tu lagi sedap aromanya kan. Saya suka juga macam tu. Bolehlah cuba masak cara kak Amie. Ikan salmon kalau ada pun asik dipanggang je. hihi...
BalasPadam