Ulang Tahun Cucunda Hamzah 2 Tahun
11:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tok Baba teruja sangat menanti 12 Jun 2026. Maklumlah hari ini ulang tahun kedua cucunda Hamzah. Awal pagi tadi Abang Farid membuat panggilan video bersama Hamzah yang senyum tak berhenti! Fahamkah dia hari ini hari ulang tahunnya?
| Bersama Hamzah pada Aidil Fitri 2025 di kampung. Hamzah bersama Tok Baba - 25 Disember 2025 di Hotel Sama-Sama KLIA1. Ketika ini kami hendak terbang ke UAE - Palestin - Jordan keesokan harinya. |
| Hamzah dengan bantal durian. |
26 Mei 2026, sebelum terbang ke Italy, sempat jumpa Hamzah di Hotel Sama-Sama KLIA1. Amie bawa oleh-oleh bantal durian dari Airport Kota Kinabalu.
| Byngkusan berisi croissant, nasi kerabu dan nasi lemak dari Patit Cafe Chef Wan. |
Selepas sarapan di Petit Cafe Chef Wan barulah Abang Farid sampai bersama Aseeyah dan Hamzah. Jadi, beli sahajalah sarapan untuk mereka dan bawa ke Hotel Sama-Sama. Bolehlah main-main dengan hamzah sementara menanti waktu daftar keluar.
| Taco Bell |
Sebelum terbang ke Doha (transit sebelum ke Milan, Italy) kami makan di Taco Bell. Abang Farid ajak makan di Oriental Kopi tapi restoran penuh, dan banyak pelanggan sedang berbaris menunggu giliran.
| Oleh-oleh coklat dari Zurich, Switzerland. |
Sekali lagi direzekikan bertemu dengan cucunda Hamzah pada 04 Jun 2026 di KLIA1 sekembalinya dari Switzerland. Dapatlah Hamzah merasa pelbagai jenis coklat dari Lindt Home of Chocolate Museum Zurich.
| Sukanya dia dapat burung kenyalang. |
Kali ini Tok Mi sempat cari oleh-oleh di KLIA1 untuk cucunda Hamzah. Dapatlah seekor burung kenyalang hitam. Sama dengan warna baju Hamzah malam itu. Warna paruh burung kenyalang pun separuh merah, sama juga dengan warna seluar Hamzah!
Teringat Abang Farid hendak makan di Oriental Kopi, jadi malam itu kami singgah cari makan malam di situ. Abang Farid datang ke KLIA dengan baju kerjanya. Alhamdulillah, walaupun dapat berjumpa sekejap tapi hati rasa gembira dapat bertemu sekali lagi dengan cucunda tersayang. Sebelum pukul 10 malam, Abang Farid memandu kereta pulang ke rumaha sewanya di Batu Caves. Kami kembali ke Hotel Sama-Sama dan esoknya 05 Jun 2026 akan terbang ke Negeri di Bawah Bayu.
Sekejap jew masa berlalu.
Kini Hamzah sedang membesar. Keletahnya membuatkan hati rasa terhibur. Semoga sentiasa sihat ya sayang Tok Mi dan Tok Baba. Jadi anak soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Kini Hamzah sedang membesar. Keletahnya membuatkan hati rasa terhibur. Semoga sentiasa sihat ya sayang Tok Mi dan Tok Baba. Jadi anak soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
0 comments