Makam Syiah Kuala yang Tetap Teguh: Kisah Sheikh Abdul Rauf di Tengah Tsunami 2004
8:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika menulis entri ini, terbayang keadaan banjir di Aceh seperti yang dilaporkan di pelbagai media sosial. Seperti diketahui umum, beberapa daerah di Aceh dilanda banjir bermula sekitar 18 November 2025 dan pemerintahan Aceh mengumumkan status darurat sejak 27 November 2025. Akibat kemusnahan yang sangat besar dan trauma peristiwa tsunamin 2004, masyarakat Aceh menggambarkan suasana banjir sebagai tsunami kedua. Diberitakan terdapat empat buah kampung seperti Sawang, Jambuai, Biruen dan Peusangan rosak teruk dibawa arus banjir.
Allahu Akbar!
Semoga penduduk Aceh terus tabah menghadapi bencana alam yang sangat besar ini sehingga menyebabkan harta benda dan rumah ditenggelami air, jalan dan jambatan banyak yang terputus selain terhentinya alat komunikasi dengan dunia luar. Tak dapat dibayangkan bagaimana segala tanah, hasil pertanian dan penternakan direndam air banjir!
Amie sambung catatan perjalanan ke Banda Aceh pada Oktober 2025 lalu.
Tsunami 26 Disember 2004 bukan sekadar peristiwa alam malah menjadi garis pemisah antara dunia sebelum dan selepas gelombang besar itu menyapu Aceh. Di tengah kehancuran yang memusnahkan kampung-kampung di pesisir, termasuk Syiah Kuala yang bertahun-tahun menjadi tanah sunyi para nelayan dan pelajar agama, terdapat satu tempat tetap berdiri dengan keheningan yang menggetarkan iaitu makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili, ulama besar yang dikenali sebagai Teungku Syiah Kuala.
Ketika gelombang tsunami menelan hilang, menumbangkan pokok dan garis pantai berubah bentuk, makam ini kekal berada di tempatnya seakan-akan menyambung pesan bahawa warisan ilmu tidak pernah hanyut walaupun bumi bergoncang.
- Syeikh
- Guru besar
- Pemimpin agama.
- Syiah Hudam = Syeikh Hudam
- Syiah Kuala = Syeikh Kuala
| Bergambar di hadapan surau. |
| Maaf, terlupa untuk catat nama beliau, penjaga Makam Syiah Kuala yang memandu kami memahami siapa Sheikh Abdul Rauf As-Singkili. |
- Ulama terbesar Aceh pada zamannya. Beliau adalah ulama yang memiliki gabungan ilmu. Fiqh (Mazhab Syafi‘i), Tafsir, Tasawuf, Hadis dan tarbiyah rohani. Beliau dianggap Alim al-‘Allamah, tokoh ilmu bertaraf antarabangsa.
- Menuntut ilmu 19–20 tahun di Timur Tengah. Beliau pernah belajar dan mengajar di Yaman, Mekah, Madinah, Jeddah, Delhi (melalui sanad tarekat). Beliau kembali ke Aceh membawa ilmu yang sangat luas, sehingga seluruh Nusantara mengiktirafnya.
- Penulis kitab besar Mir'at al-Tullab. Kitab ini adalah karya fiqh Syafi‘i yang sangat penting, ditulis atas permintaan Sultanah Safiatuddin. Ia menjadi rujukan rasmi: oleh Mahkamah Kerajaan Aceh, pengadilan adat dan institusi keagamaan di Nusantara. Kitab ini menunjukkan keluasan ilmu beliau dan menjadi warisan besar.
- Diangkat sebagai Qadhi Malikul Adil (Mufti Tertinggi). Di era Sultanah Safiatuddin, beliau dilantik sebagai Qadhi Malikul Adil iaitu satu gelaran tertinggi ulama negara Aceh.Tugasnya memberi fatwa kerajaan, menasihati istana, menyelesaikan masalah hukum masyarakat, memimpin para ulama. Kejujuran dan keadilannya terkenal di seluruh wilayah Aceh Darussalam.
- Guru kepada ribuan murid. Muridnya datang dari Sumatera, Pattani, Tanah Melayu, Minangkabau, Banten dan Sulawesi. Silsilah keilmuan dan tarikatnya terus hidup dan menjadi asas kepada banyak institusi keagamaan di nusantara.
- Memiliki keperibadian yang mulia. Dalam banyak cerita lisan Aceh, beliau dikenali sebagai ulama yang rendah hati, zuhud, sangat penyayang terhadap masyarakat, tidak gemar berpolitik walaupun dekat dengan istana, sentiasa tenang dan lembut tutur katanya. Keberkatan hidupnya membuat masyarakat sangat menyayanginya.
- Makamnya selamat ketika tsunami 2004. Walaupun kampung sekeliling rata dengan tanah, makam beliau tetap utuh. Ini membuat penduduk semakin mempercayai bahawa beliau adalah wali Allah yang dijaga.
Pendek kata, Sheikh Abdul Rauf dihormati kerana beliau ulama besar, mufti tertinggi, penulis kitab penting, guru ribuan murid, pembawa ilmu tasawuf yang lurus, berakhlak mulia, dan sangat berjasa kepada kerajaan Aceh.
| Makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili terletak di bahagian dalam. |
| Makam Sheikh Abdul Rauf As-Singkili |
| Makam Syeikh Abdul Rauf As-Singkili |
18 comments
Semoga mangsa banjir di negara jiran kita tabah... Tak sanggup tengok berita...
BalasPadamMudah-mudahan keadaan bertambak baik di sana.
PadamAllahu...kampung yang hilang tu agaknya macam kampung kampung yang ditenggelamkan untuk pembinaan mepangan agaknya....Surau tu macam surau kampung dulu-dulu...
BalasPadamKampung itu rosak teruk akibat banjir.
PadamYa, betul macam surau dulu-dulu.
Sedihnya tengok mana-mana tempat dilanda banjir. Semoga semua mangsa terus tabah dan bersabar menghadapi ujian yang cukup besar ni. Kita dari kejauhan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
BalasPadamKisah Tsunami Aceh takkan pernah dilupakan. Tragedi besar yang sangat terkesan. Apatah lagi mangsa-mangsanya.
Ohh lain ye sebutannya. Mulanya saya dah fikir macam tu juga berkaitan dengan mazhab syiah, rupanya tidak. Alhamdulillah banyak bangunan dah naik dan lebih kukuh. Dekat betul dengan pantai tu kan. Sayu rasa melihatnya. Pastinya rasa risau trauma fobia dan semua tulah kalau ombak kuat.
Ya, pada mulanya saya pun terfikir tentang mazhab Syiah juga.
PadamKita yang jauh hanya mampu mendoakan agar keadaan di negara jiran bertambah baik.
hai sis amie.. terasa lama benar ana tak melawat.. teringat kisah tsunami di Acheh dulu..
BalasPadamHai Ana.
PadamLama tak dengar cerita. Moga sihat walafiat.
Mulanya terpikir eh akak pi kat makam syiah... rupanya sebutan dan pahaman lain di Aceh ya. Kesian tengok banjir bandang di aceh dan sumatera, teruk betul banjirnya. Kesiannya, lambat betul kerajaannya membantu, mungkin faktor negara yg terlampau besar.
BalasPadamMungkin jugalah negara besar dengan penduduk padat itu faktor kesukaran untuk menghantar bantuan.
PadamMesti besar perkampungan yang hilang tu kan..Sekarang banjir di Sumatera..sedih tengok...
BalasPadamKan. memang sungguh menyedihkan. Allahu Akbar.
PadamHanya Allah jua yang mengetahui dan memelihara makam ulama ternama ini dari musibah tsunami.
BalasPadamBetul. Kuasa Allah siapa kan tahu.
PadamSebenarnya bukan hilang kak, tapi memang kondisinya rusak parah. Beberapa rumah ada, tp tertutup lumpur sampai ke atap. Yg paling parah sampai saya menulis ini, itu di kota Tamiang, Aceh timur. Padahal baru saja saya dari sana, menjemput teman saya, utk sama2 hadir reuni di Lhokseumawe, Aceh Utara . Tamiang masih susah dilalui. Krn jembatan penghubung nya putus.
BalasPadamKak, saya baru tahu malah ttg kisah makan Syiah Kuala ini. Padahal saya sempat kuliah di Universitas Syiah Kuala walau hanya 1.5 tahun sebelum pindah ke Penang.
Tak pernah dengar ceritanya. Amazed sangat dengan makamnya yg tetap berdiri yaa.
Tapi jujur saya bingung juga. Di ajaran Islam, pernah dibilang, dilarang hukumnya meninggikan makam. Apa yg dimaksud dengan meninggikan makam yaa? Dalam pikiran saya, itu makam yg dibuat lebih tinggi, bahkan lengkap dengan rumah pelindung etc. Bukannya begitu yg dilarang?
Tapi saya lihat makam Syiah Kuala ini juga ditinggikan, kalau bagi saya 😅😅. Yg berarti sebenernya boleh atau tidak 😅
Terima kasih Fanny pencerahannya. Kadang-kadang terlalu banyak info dengan istilah yang berbeza menyebabkan berlaku salah faham.
PadamMemang sebelum tsunami Makam Syiah Kuala ini dikatakan sepi. Selepas tsunami dan dibaik pulih, makam ini mula dikenali ramai.
Saya pun kurang ilmu dalam hal makam begini...hehehee.
Mohon maaf kak. Tidak ada keterangan satupun dalam buku-buku tentang Syekh Abdurrauf membawa Tarekat Naqsabandiyah. Tapi terhubungnya dengan tarekat Syattariyah nyambung dengan gurunya Syekh Ahmad Qusyasyi Madinah dsn terhubung dengan maha gurunya dari India Syekh Abdullah Assyathori
BalasPadamTerima kasih pencerahannya.
Padam