Senja di Albaizin Quater, Granada

2:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami sangat teruja ketika diberitahu sudah berada di Granada, sebuah perkampungan terakhir komuniti Islam di Sepanyol. Kami juga difahamkan terdapat sebanyak 74 buah masjid di Granada tetapi 73 buah daripadanya sudah dijadikan gereja. Bertambahlah perasaan ingin tahu tinggalan sejarah peradaban Islam di Sepanyol ini.

Petang yang sudah sampai ke penghujungnya, remang-remang senja sudah jelas pada pandangan mata, sampailah kami ke Albaicin, Granada. Albaicin mengikut sebutan dalam bahasa Sepanyol, Albayzin dan al-Bayyāzīn dalam bahasa Arab. Albaizin merupakan kawasan kejiranan Granada dan berpusat di sekitar bukit di sebelah utara Sungai Darro.

Kawasan kejiranan ini terkenal dengan monumen bersejarahnya dan sebahagian besarnya mengekalkan pelan jalan zaman pertengahan sejak zaman Nasrid (abad ke-13 hingga ke-15), walaupun ia telah melalui banyak perubahan fizikal dan demografi selepas berakhirnya Reconquista pada tahun 1492. Albaizin diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1994, sebagai lanjutan daripada tapak bersejarah Alhambra yang berdekatan.

Granada yang bermaksud delima ialah ibu kota wilayah Granada, dalam komuniti autonomi Andalusia, Sepanyol. Granada terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada, di pertemuan empat sungai, Darro, Genil, Monachil dan Beiro. 

Ada pun paparan gambar-gambar di bawah ini tidaklah khusus kepada tempat tertentu di Albaizin melainkan hanyalah rakaman sekadar yang dapat sahaja. Ketika itu ramai sangatlah pengunjung di sini dan sukarlah untuk bergambar.





Bergambar di hadapan Tablao Flamenco Albayzin House 









Memandangkan masa yang diberi sangat singkat dan sudah menjelang senja menuju ke malam, tidaklah dapat mengambil gambar sepuas-puasnya di sini.




Video setibanya di Albaizin.





Wajah letih - seharian mengharung perjalanan dari Morocco, menyeberang Selat Gibraltar. Tertidur dalam bas, terjaga semula dan inilah wajah lesu ketika senja di Albaizin.



Rasanya baru beberapa minit berjalan-jalan di sekitar, tiba-tiba kami dapati tour guide, tour leader dan sebahagian besar peserta rombongan sudah hilang dari pandangan! Syukurlah Amie dapat menghubungti tour leader menggunakan telefon. Rupanya mereka sudah bergerak menuju ke masjid! Tour guide meminta kami menunggu seketika sementara beliau berpatah balik untuk ,mengambil, kami.


Alhamdulillah, tour leader 'menjemput' kami untuk ziarah masjid di perkampungan Granada.




Mungkin inilah yang dikatakan pelan jalan zaman pertengahan Zaman Nasrid abad ke-13 hingga ke-15. Walaupun telah melalui perubahan tetapi kelihatan struktur dan jenis batuan masih dikekalkan. Nampak klasik! Seolah-olahnya laluan refleksologi pula.



Oleh kerana kami melalui lorong di waktu malam, tidaklah dapat bayangkan suasananya di waktu siang. Barangkali tidaklah sesibuk suasana di lorong-lorong pasar.






Lorong demi lorong kami lalui, simpang demi simpang kami jejaki tetapi perjalanan masih panjang dan jauh. Tapak kasut yang agak tebal masih dapat 'merasakan' ketajaman batu-batu yang menonjol di sepanjang jalan. Kedinginan malam mula terasa! Bibir dan pipi mula kebas. Dingin yang teramat. Entah berapa bacaan suhu ketika ini.



Sekarang kami sedang menghampiri Plaza del Cementerio de San Nicolás.  Kedudukan masjid yang akan kami kunjungi letaknya bersebelahan dengan gereja San Nicolas.

40 comments

  1. 74 masjid, 73 dah dijadikan gereja = hanya tinggal 1 saja lagi kan

    BalasPadam
  2. Sedihnya hanya tinggal 1 masjid :(
    Nampak sangat cantik dan tenang pemandangan di sini. Semoga kota bersejarah ni kembali jadi milik orang Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, apabila membaca dan menghayati sejarah tamadun Islam di Andalusia memang banyak yang menyentuh hati.

      Padam
  3. Dalam gambar pun dah nampak cantik view kat sana, kalau in real ni berganda cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang sangat cantik. Sayangnya tak boleh berlama-lama di satu-satu tempat.

      Padam
  4. subhanallah, cantik semua gambar tu kak... terutama gambar yang nampak rumah-rumah tu cantik betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan Dana. Memang terpesona sampai tak sedar sampai tertinggal dari kumpulan... ahaks!

      Padam
  5. Sedihnya tinggal 1 masjid saja daripada banyak2 tu..
    Memang nampak klasik dia kekalkan jalan berbatu camtu, tapi kalau bawak beg beroda ni haru jugak rasanya hehe

    Cantiknya sunset di granada. Bilalah saya nak sampai sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bunyi semacamlah kalau seret beg beroda di sini hahaaa.
      In syaa Allah, akan sampai juga ke sini jika ada hasrat untuk datang.

      Padam
  6. subhanallah, cantiknyaaaa...nyaman rasa melihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan... pemandangan waktu remang-remang senja.

      Padam
  7. Sedih mendengarnya bila hampir keseluruhan masjid dijadikan gereja. Hanya tinggal satu je untuk orang Islam. Cantik permandangan hutan batu Albaizin. Mujurlah tak jauh ketinggalan dan tour leader jemput. Kalau mencari jalan sendiri tak tahu sesat kemana dah. Struggle juga nak berjalan atas jalan dengan batu-batu besar menonjol tu. Kasut tebal pun dapat rasa ketajaman tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sedar kami terpisah. Syukurlah boleh telefon tour leader.
      Memang terasalah di tapak kaki apabila berjalan atas batu-batu tu. Itulah rupanya jalan zaman dulu.

      Padam
  8. Tinggal 1 saja masjid, sedih kan. Great Mosque of Granada. Kami singgah solat dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tak sempat solat di sini sebab masa yang diperuntukkan sudah agak lewat. Jadi terus ke hotel.

      Padam
  9. Sekarang tinggal 1 masjid saja Mbak?
    Berarti penduduk Granada masih ada yang muslim ya tapi sedikit populasinya.
    Dingin sekali udara malam disana ya Mbak sampai pipi dan bibir kebas.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hanya tinggal sebuah dan itu pun sebenarnya ditutup sejak sekian lama dan atas permintaan masyarakat dunia, masjid ini dibuka kembali.

      Padam
  10. Cantiknya pemandangan waktu senja. Bangunan dia banyak bangunan lama, ye, kak Amie. Gambar yang celah-celah lorong tu, macam scene dalam movie pun ada. Kalau tak Jason Bourne, Taken. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ini sudah beratus tahun usianya. Memang nampak klasik.
      Semasa melalui lorong-lorong di sini, saya pun terbayang suasana dalam filem-filem barat.

      Padam
  11. Dia punya manhole cover pun dah macam design duit lama!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Uncle.
      Tu yang buat saya tertarik untuk rakam gambar.

      Padam
  12. Waktu senja pun langit nya masih cantik membiru.

    BalasPadam
  13. Harapnya masjid yang satu ini kekal sampai bila-bila. Cantik semua gambar yang dikongsikan. Jalan berbatu macam refleksologi tu klasik betul ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan masjid ini terus kekal sampai bila-bila.
      Sambil berjalan, pujuk hati kaki akan sihat sebab melalui jalan 'refleksologi'.

      Padam
  14. Cantiknya gambar pertama dan kedua tu.....jalan berbatu tu agak2 kalau tanggal kasut mau diurut kaki kita tu ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang saya fikirkan... janganlah sampai tercabut tapak kasut hihihiii.

      Padam
  15. Senja nan merah 🥰
    Asyik mengambil gambar sampai tak sedar sebahagian rombongan sudah ke masjid.
    Nampak jauh juga menapak nya tu untuk ke masjid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembayung senja di Albaizin hehehee.
      Syukurlah dapat hubungi tour leader semula. Memang berpeluhlah kalah berjalan waktu siang (panas) ke masjid tu.

      Padam
  16. Gambar yang bahagian2 atas, linda nampak dalam cerita korea.. Lupa dha tajuk apa.. Tapi, memang dekat Granada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo latar cerita Korea ya. Nanti saya nak Google.

      Padam
  17. Sedihnya kak amie..masjid tinggal satu je...SA ingat banyak masjid...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA. Banyak kesan sejarah tamadun Islam yang buat kita rasa sedih apabila menghayatinya.

      Padam
  18. Memang sedih dengarnya, hanya tersisa 1 mesjid skr yaa.

    Saya kalau dengar Alhambra langsung ingat drama Korea yg syutingnya di sana 😄

    View nya saat senja nih memang cantiiiik sangat kak 😍😍. Saat malam tuh memang terlihat sepiii sangat yaa. Macam dah larut, padahal blm terlalu larut kan.

    Tapi letak mesjidnya sebelahan dengan gereja , berarti toleransi di sana kuat juga. 👍. Jadi ingat Istiqlal yg sebelahan dengan katedral , saling berjaga di saat idul Fitri dan natal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dik Fanny datang sini sudah tentu tidak lepaskan peluang meneroka banyak tempat cantik dan menarik di sini.

      Padam
  19. suka tengok bangunan-bangunan kat sini....
    bebas dariapda sebarang pencakar langit...

    tak tergambar betapa besarnya dosa isabella dan ferdinand terhadap umat islam kat sini dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hiba sangat apabila kami dengar tour leader cerita tentang penyerahan Istana Alhambra dari Sultan kepada Ratu Isabella.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe