Senja di Albaizin Quater, Granada
2:53 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami sangat teruja ketika diberitahu sudah berada di Granada, sebuah perkampungan terakhir komuniti Islam di Sepanyol. Kami juga difahamkan terdapat sebanyak 74 buah masjid di Granada tetapi 73 buah daripadanya sudah dijadikan gereja. Bertambahlah perasaan ingin tahu tinggalan sejarah peradaban Islam di Sepanyol ini.
Petang yang sudah sampai ke penghujungnya, remang-remang senja sudah jelas pada pandangan mata, sampailah kami ke Albaicin, Granada. Albaicin mengikut sebutan dalam bahasa Sepanyol, Albayzin dan al-Bayyāzīn dalam bahasa Arab. Albaizin merupakan kawasan kejiranan Granada dan berpusat di sekitar bukit di sebelah utara Sungai Darro.
Kawasan kejiranan ini terkenal dengan monumen bersejarahnya dan sebahagian besarnya mengekalkan pelan jalan zaman pertengahan sejak zaman Nasrid (abad ke-13 hingga ke-15), walaupun ia telah melalui banyak perubahan fizikal dan demografi selepas berakhirnya Reconquista pada tahun 1492. Albaizin diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1994, sebagai lanjutan daripada tapak bersejarah Alhambra yang berdekatan.
Granada yang bermaksud delima ialah ibu kota wilayah Granada, dalam komuniti autonomi Andalusia, Sepanyol. Granada terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada, di pertemuan empat sungai, Darro, Genil, Monachil dan Beiro.
Ada pun paparan gambar-gambar di bawah ini tidaklah khusus kepada tempat tertentu di Albaizin melainkan hanyalah rakaman sekadar yang dapat sahaja. Ketika itu ramai sangatlah pengunjung di sini dan sukarlah untuk bergambar.
Memandangkan masa yang diberi sangat singkat dan sudah menjelang senja menuju ke malam, tidaklah dapat mengambil gambar sepuas-puasnya di sini.
Video setibanya di Albaizin.
Wajah letih - seharian mengharung perjalanan dari Morocco, menyeberang Selat Gibraltar. Tertidur dalam bas, terjaga semula dan inilah wajah lesu ketika senja di Albaizin. |
Rasanya baru beberapa minit berjalan-jalan di sekitar, tiba-tiba kami dapati tour guide, tour leader dan sebahagian besar peserta rombongan sudah hilang dari pandangan! Syukurlah Amie dapat menghubungti tour leader menggunakan telefon. Rupanya mereka sudah bergerak menuju ke masjid! Tour guide meminta kami menunggu seketika sementara beliau berpatah balik untuk ,mengambil, kami.
Alhamdulillah, tour leader 'menjemput' kami untuk ziarah masjid di perkampungan Granada.
Mungkin inilah yang dikatakan pelan jalan zaman pertengahan Zaman Nasrid abad ke-13 hingga ke-15. Walaupun telah melalui perubahan tetapi kelihatan struktur dan jenis batuan masih dikekalkan. Nampak klasik! Seolah-olahnya laluan refleksologi pula.
Oleh kerana kami melalui lorong di waktu malam, tidaklah dapat bayangkan suasananya di waktu siang. Barangkali tidaklah sesibuk suasana di lorong-lorong pasar.
Lorong demi lorong kami lalui, simpang demi simpang kami jejaki tetapi perjalanan masih panjang dan jauh. Tapak kasut yang agak tebal masih dapat 'merasakan' ketajaman batu-batu yang menonjol di sepanjang jalan. Kedinginan malam mula terasa! Bibir dan pipi mula kebas. Dingin yang teramat. Entah berapa bacaan suhu ketika ini.
Sekarang kami sedang menghampiri Plaza del Cementerio de San Nicolás. Kedudukan masjid yang akan kami kunjungi letaknya bersebelahan dengan gereja San Nicolas.
40 comments
74 masjid, 73 dah dijadikan gereja = hanya tinggal 1 saja lagi kan
BalasPadamYa, betul. Sedih kan.
Padampesat pembangunan Granada
BalasPadamYa, betul. Berabad-abad usianya.
PadamSedihnya hanya tinggal 1 masjid :(
BalasPadamNampak sangat cantik dan tenang pemandangan di sini. Semoga kota bersejarah ni kembali jadi milik orang Islam.
Itulah, apabila membaca dan menghayati sejarah tamadun Islam di Andalusia memang banyak yang menyentuh hati.
PadamDalam gambar pun dah nampak cantik view kat sana, kalau in real ni berganda cantik.
BalasPadamBetul. Memang sangat cantik. Sayangnya tak boleh berlama-lama di satu-satu tempat.
Padamsubhanallah, cantik semua gambar tu kak... terutama gambar yang nampak rumah-rumah tu cantik betul.
BalasPadamCantik kan Dana. Memang terpesona sampai tak sedar sampai tertinggal dari kumpulan... ahaks!
PadamSedihnya tinggal 1 masjid saja daripada banyak2 tu..
BalasPadamMemang nampak klasik dia kekalkan jalan berbatu camtu, tapi kalau bawak beg beroda ni haru jugak rasanya hehe
Cantiknya sunset di granada. Bilalah saya nak sampai sana
Memang bunyi semacamlah kalau seret beg beroda di sini hahaaa.
PadamIn syaa Allah, akan sampai juga ke sini jika ada hasrat untuk datang.
subhanallah, cantiknyaaaa...nyaman rasa melihat
BalasPadamCantik kan... pemandangan waktu remang-remang senja.
PadamSedih mendengarnya bila hampir keseluruhan masjid dijadikan gereja. Hanya tinggal satu je untuk orang Islam. Cantik permandangan hutan batu Albaizin. Mujurlah tak jauh ketinggalan dan tour leader jemput. Kalau mencari jalan sendiri tak tahu sesat kemana dah. Struggle juga nak berjalan atas jalan dengan batu-batu besar menonjol tu. Kasut tebal pun dapat rasa ketajaman tu.
BalasPadamMemang tak sedar kami terpisah. Syukurlah boleh telefon tour leader.
PadamMemang terasalah di tapak kaki apabila berjalan atas batu-batu tu. Itulah rupanya jalan zaman dulu.
Tinggal 1 saja masjid, sedih kan. Great Mosque of Granada. Kami singgah solat dulu.
BalasPadamKami tak sempat solat di sini sebab masa yang diperuntukkan sudah agak lewat. Jadi terus ke hotel.
PadamSekarang tinggal 1 masjid saja Mbak?
BalasPadamBerarti penduduk Granada masih ada yang muslim ya tapi sedikit populasinya.
Dingin sekali udara malam disana ya Mbak sampai pipi dan bibir kebas.
Salam,
Ya, hanya tinggal sebuah dan itu pun sebenarnya ditutup sejak sekian lama dan atas permintaan masyarakat dunia, masjid ini dibuka kembali.
PadamCantiknya pemandangan waktu senja. Bangunan dia banyak bangunan lama, ye, kak Amie. Gambar yang celah-celah lorong tu, macam scene dalam movie pun ada. Kalau tak Jason Bourne, Taken. Hehe..
BalasPadamTempat ini sudah beratus tahun usianya. Memang nampak klasik.
PadamSemasa melalui lorong-lorong di sini, saya pun terbayang suasana dalam filem-filem barat.
Dia punya manhole cover pun dah macam design duit lama!
BalasPadamBetul Uncle.
PadamTu yang buat saya tertarik untuk rakam gambar.
Waktu senja pun langit nya masih cantik membiru.
BalasPadamTerpesona mata memandang ciptaan Allah.
PadamHarapnya masjid yang satu ini kekal sampai bila-bila. Cantik semua gambar yang dikongsikan. Jalan berbatu macam refleksologi tu klasik betul ye
BalasPadamMudah-mudahan masjid ini terus kekal sampai bila-bila.
PadamSambil berjalan, pujuk hati kaki akan sihat sebab melalui jalan 'refleksologi'.
Cantiknya gambar pertama dan kedua tu.....jalan berbatu tu agak2 kalau tanggal kasut mau diurut kaki kita tu ya....
BalasPadamItulah yang saya fikirkan... janganlah sampai tercabut tapak kasut hihihiii.
PadamSenja nan merah 🥰
BalasPadamAsyik mengambil gambar sampai tak sedar sebahagian rombongan sudah ke masjid.
Nampak jauh juga menapak nya tu untuk ke masjid.
Lembayung senja di Albaizin hehehee.
PadamSyukurlah dapat hubungi tour leader semula. Memang berpeluhlah kalah berjalan waktu siang (panas) ke masjid tu.
Gambar yang bahagian2 atas, linda nampak dalam cerita korea.. Lupa dha tajuk apa.. Tapi, memang dekat Granada..
BalasPadamOoo latar cerita Korea ya. Nanti saya nak Google.
PadamSedihnya kak amie..masjid tinggal satu je...SA ingat banyak masjid...
BalasPadamBetul SA. Banyak kesan sejarah tamadun Islam yang buat kita rasa sedih apabila menghayatinya.
PadamMemang sedih dengarnya, hanya tersisa 1 mesjid skr yaa.
BalasPadamSaya kalau dengar Alhambra langsung ingat drama Korea yg syutingnya di sana 😄
View nya saat senja nih memang cantiiiik sangat kak 😍😍. Saat malam tuh memang terlihat sepiii sangat yaa. Macam dah larut, padahal blm terlalu larut kan.
Tapi letak mesjidnya sebelahan dengan gereja , berarti toleransi di sana kuat juga. 👍. Jadi ingat Istiqlal yg sebelahan dengan katedral , saling berjaga di saat idul Fitri dan natal.
Kalau dik Fanny datang sini sudah tentu tidak lepaskan peluang meneroka banyak tempat cantik dan menarik di sini.
Padamsuka tengok bangunan-bangunan kat sini....
BalasPadambebas dariapda sebarang pencakar langit...
tak tergambar betapa besarnya dosa isabella dan ferdinand terhadap umat islam kat sini dulu...
Hiba sangat apabila kami dengar tour leader cerita tentang penyerahan Istana Alhambra dari Sultan kepada Ratu Isabella.
Padam