Alhamdulillah.Di bulan yang mulia ini, kita kongsikan kejayaan KDMRS Muslim (Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia dalam usaha menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Dusun. Al-Quran terjemahan ini menjadi saksi kepada sampainya mesej Islam kepada masyarakat Dusun dalam bahasa mereka sendiri.Semoga usaha murni ini akan terus membuahkan hasil untuk langkah yang seterusnya. Menurut peneraju utama, iaitu Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Tuan Haji Nicholas Slyvester Muhammad...
Biasanya hanya transit sahaja di KKIA sebelum sambung penerbangan ke Lahad Datu, atau ke Kuala Lumpur. Terakhir daftar masuk melalui KKIA sewaktu terbang ke Brunei Darul Salam pada Oktober 2019. Dan pada 28 Mac 2022 bersama Nora, kami dafatar masuk untuk penerbangan masing-masing. Nora akan menaiki pesawat AirAsia ke Tawau dan Amie akan menaiki pesawat MASwings tujuan ke Lahad Datu.Amie tiada sebarang masalah...
Dalam tempoh sebulan ini kita jadi burung hantu. Malam berjaga hingga ke pagi. Tidur waktu siang. Mata pun dah tak ada rupa mata orang lagi. Dapur maya pun sudah tidak berasap. In syaa Allah, menjelang hari raya nanti, keadaan kembali normal. Mudah-mudahan dapat sediakan juadah di pagi raya.Apa yang penting, sempat tulis entri supaya kebiasaan itu masih berjalan seperti biasa walaupun pengisiannya ringkas...
Sewaktu mesyuarat di Kota Kinabalu, tiba-tiba sakit gigi pula! Selera makan ada tetapi rasa sakit itulah yang membantutkan selera. Tak boleh pula dibiarkan perut kosong. Tenaga sangat perlu untuk menyiapkan tugasa yang diberi. Setelah tamat mesyuarat pada petang itu, Nora cadangkan makan yang lembut-lembut saja! Nora temankan kita masuk Burger King di Suria Mall.Bagus beli burger ikan, kata Nora. Kita pun pilih Hokkaido...
Masih cerita jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Kali ini, sebaik sahaja kami selesai mesyuarat dan meletakkan barang masing-masing di bilik, kami jalan kaki menuju ke Jalan Gaya. Jauh jugalah kami melangkah sampai berpeluh-peluh. Dapatlah melakukan senaman kaki di petang hari. Kali ini Mewah bawa kami ke tempat makan kegemaran suami dan anak bujangnya kalau mereka datang ke Kota Kinabalu. Petang itu kami...
Petang Khamis 14 April 2022.Di bawah rintik-rintik hujan dari langit dan hujan air mata sebaik sahaja meletakkan tititpan di rumah Ruhaya SAHABAT TAK AKAN PERGI, kereta terus menghala ke jalan besar. Tiba-tiba terbaca mesej NINJA VAN berada di hadapan rumah menghantar bungkusan. Kita patah balik ke rumah untuk menerimanya. Kita bawa bungkusan yang diterima bawa jalan-jalan mencari buah tembikai untuk dibuat jus pembasah tekak...
Lima hari lepas kita buat paparan entri TIKET BALIK RAYA dengan tawaran harga yang tidak masuk akal. Abang Farid tolong semak harga tiket untuk Fuad dari Johor Bahru ke Tawau. Harganya, lebih dari cukup pakej tawaran melancong ke Turki selama 10 hari 7 malam! Fuad kata, kawan-kawan serumahnya yang dari Sabah tidak dapat balik beraya kerana ada kekangan kewangan untuk beli tiket dengan harga...
Rabu, 2:52 petang, 13 April 2022.Kita terbaca sepintas lalu ucapan tahniah di FB rakan kita, Ruhaya Naaim. Kita terus mesej , tanya : Pindah atau bersara? Maklumlah akhir-akhir ini ramai rakan sekerja yang mohon untuk bersara awal.Khamis, 1:07 pagi, 14 April 2022. Rohaya jawab mesej : Balik ke Bangi, Amie.Amie: Oooo. Alhamdulillah. Tahniah. Sedih pulak aku. Bila baliknya?Ruhaya : Friday Petang, Amie.Amie: Selamat jalan...