Ulang Tahun Tiga Bujangan
6:43 PTG
Sekadar coretan kenangan di petang hari.
September sudah berlalu.
Ada kenangan di bulan September.
Bukan kenangan untuk diri sendiri, tetapi kenangan buat Encik Suami dan anak-anak kami.
3 bujangan kami menyambut ulang tahun pada bulan yang sama setiap tahun, September.
Mereka bertemu, berkelahi, bergurau senda pada Aidil Fitri lalu di LD, dan kemudian bertemu kembali pada Aidil Adha, Ogos di kampung laman. Kampungku nan tercinta, Bukit Hijau, Jeram, Selangor.
Inilah tiga bujang kami yang lahir pada bulan September selang tiga tahun. Bermakna tahun 2019 ini, Farid berumur 24 tahun, Fuad 21 dan Fairuz 18.
Dan rezeki Allah, datang si kecil Firdaus 12 tahun kemudian, selepas kelahiran Fairuz. Tarikh lahirnya bukan pada bulan September, tetapi pada bulan Mac, 22 menyamai tarikh Seniman Agung P. Ramlee.
Tiap kali tibanya hari ulang tahun bujang-bujangan kami, memang tak menang tanganlah kami membuat persediaan untuk mereka. Bila meningkat remaja, masing-masing lebih gembira menyambut hari ulang tahun dengan menambah bilangan tetamu, selain sanak saudara, mereka jemput rakan-rakan sebaya. Mereka seronok, kami pun tumpang seronok sama!
Itu semua kenangan lalu.... yang indah, yang meriah tapi kini hanya mampu menatap gambar sahaja.
Awal September, Farid sudah 'menghadiahkan' hari jadi adik-adiknya. Fuad dan Fairuz dikirimnya RM100 setiap seorang. Walaupun belum bekerja, dan masih bertungkus-lumus menyiapkan penyelidikan untuk ijazah sarjananya, tapi masih dapat selitkan RM buat adik-adik kesayangannya.
Awal September, Farid sudah 'menghadiahkan' hari jadi adik-adiknya. Fuad dan Fairuz dikirimnya RM100 setiap seorang. Walaupun belum bekerja, dan masih bertungkus-lumus menyiapkan penyelidikan untuk ijazah sarjananya, tapi masih dapat selitkan RM buat adik-adik kesayangannya.
14 September 2019. Ulang tahun Fuad. Tengah malam, ketika semua lena, ucapan dititipkan buatnya.
Seawal pagi, selepas waktu Subuh.... Fuad buat video whatsapp. Semua HP dihubungi. Firdaus tak dapat dihubungi sebab tak ada HP...ahaks! Barangkali dia teringat tahun-tahun sebelumnya, kemeriahan menyambut ulang tahun bersama keluarga. Kami pun ucapkanlah ulang tahun buat bujang kedua ini yang jauh nun di Parit Raja.
Sebelah malamnya pula, dikongsikan gambar burger.
Katanya, kawan-kawan turut meraikan ulang tahunnya di Wacha Burger, di Jalan Parit Botak.
Okey dik!
Sudah 21 tahun umurmu.
Jangan lupakan kewajipan sebagai seorang Muslim, solat jangan tinggal. Belajarlah rajin-rajin. Kurangkan tidur. Selalu berolahraga. Berjimat cermat ketika berbelanja.
19 September 2019.
Bujang ketiga, Fairuz pula genap 18 tahun.
"Mommy! Hari ini hari jadi saya. Kita makan KFC ya?"
Itulah ayat pertamanya sewaktu membuka pintu kereta, sekembalinya dari sekolah.
Aduhai.... dengan muka letih, berpeluh, berminyak-minyak, tak sempat balik rumah, kami terus ke KFC.
Selamat ulang tahun dik!
Belajar rajin-rajin! Jangan asyik tidur, game..... memanjang! Solat jangan dilambat-lambatkan! Kerja sekolah kena siapkan sebelum tidur. Banyakkan latih tubi! Hujung tahun nanti STPM Semester 1.
Hurrrmmm... terasalah pulak kita ni kaki bebel!
Tak tinggal gambar budak kecil Firdaus. Abang yang sambut birthday, dia yang bersungguh-sungguh makan KFC...hiks!
30 September 2019.
Ulang tahun bujang sulung kami yang ke 24.
Katanya, dia sambut sendiri birthdaynya merangkap makan tengahari di McD.
Tiada bebelan panjang sempena ulang tahunnya. Sekadar ucapan pendek di tengah malam: Jadilah abang mithali buat adik-adik.
Tiada bebelan panjang sempena ulang tahunnya. Sekadar ucapan pendek di tengah malam: Jadilah abang mithali buat adik-adik.
Malamnya pula, kawan meraikannya makan-makan di Nandos.
Esoknya, kawan-kawan yang lain pula meraikannya di Seoul Garden.
Ada sepotong kek sempena ulang tahunnya. Katanya seorang rakan keturunan Cina belanja sempena birthdaynya.
Sekian.
Coretan rasa di senja nan hening.
Angin... sampaikan salam rinduku buat anak-anakku di seberang sana!
6 comments
Assalam Amie..
BalasPadamSelamat ulang tahun kelahiran untuk ketiga-tiga anak bujang Amie.semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat serta di beri kesihatan yang baik.Sama umur dengan anak-anak saya.Aamiin.
Salam Amie,
BalasPadamSelamat menyambut hari kelahiran buat Anakanda Farid, Fuad dan Fairuz. Moga menjadi anak yang soleh, harapan ibu dan ayah.
Menjadi contoh yang terbaik antara sendiri dan adik beradik.
Tahniah Amie ! mempunyai anak-anak yang berjaya semua nya dalam pelajaran dan In Sya ALLAH dalam hidup.
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !
mesti meriah kalau dapat sambut bersama-sama ye kak, tapi mereka masing-masing jauh nun di sini. alhamdulillah semunya gembira di sambut hari jadinya bersama kawan atau keluarga, si kecik tu mestilah dia yang lebih kak. Kalau ada kek mesti dia kata kek dia juga hehehe...
BalasPadamشركة مكافحة النمل الابيض بالخرج
BalasPadamشركة مكافحة النمل الابيض ببريدة
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
Suzana,
BalasPadamwaalaikumussalam... terima kasih.
Ya, sama umur dengan anak-anak Suzana. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.
FHA,
terima kasih.... Alhamdulillah atas doanya. Aamiin ya Allah!
Norhidana,
Betul tu... zaman anak-anak membesar depan mata tidak seharusnya dilepaskan begitu saja. Bila mereka sudah dewasa, merantau jauh, agak sukar untuk sering berkumpul bersama-sama.
Thank you so much for this wonderful Post and all the best for your future. I happily found this website eventually. Informative and inoperative, Thanks for the post and effort! Please keep sharing more such a blog. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...
BalasPadam