Kids Colouring Competition
12:09 PTG
Selamat menyambut Hari Malaysia.
Moga hidup kita tambah aman dan makmur!
In shaa Allah.
Cerita sudah berlalu.... 31 Ogos 2019.
Firdaus terpilih (5 orang dari Tadika Chang Quing) untuk ikut serta pertandingan mewarna kanak-kanak, amjuran The Art Studio sempena perasmian pembukaannya oleh pengetuanya, Steve Chong di Perdana Square, Lahad Datu.
Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi.
8:30 pagi, Firdaus sudah sampai untuk pendaftaran.
Banyak peserta dari tadika swasta dan murid sekolah rendah sekitar LD.
Murid-murid sekolah rendah, bawah umur 9 tahun (kalau tak silap) dari SJK (C) akan bertanding di bawah khemah, berhadapan studio.
Manakala kanak-kanak tadika pula di dalam studio, tingkat atas.
Sewaktu kami tiba, tercengang juga sebab melihat ibu bapa bawakan kerusi dan meja untuk anak-anak mereka. Kami sangka sudah disediakan meja dan kerusi....hiks!
Mungkin berlaku sedikit salah faham, jadi kumpulan dari tadika Firdaus tidak ada yang membawa kerusi atau meja! Memandangkan hanya tinggal beberapa minit untuk pertandingan, Encik Suami hanya sempat mencarikan kotak sebagai lapis kertas mewarna. Pesan Encik Suami kepada Firdaus. Buat yang terbaik dik. Tak ada kerusi dan meja bukan bermakna adik tak boleh buat!
Ketika pertandingan bermula, semua ibu bapa diarahkan untuk meninggalkan ruangan tersebut. Masa diberi selama 2 jam untuk mewarna. Jadi, kami pun jalan-jalan sekitar Perdana Square dan bila terjumpa restoran, kami masuk ke situ untuk membasahkan tekak.
Sekembalinya ke tempat pertandingan, kami tak dapat melihat hasil Firdaus disebabkan begitu ramai ibu bapa yang berasak-asak di situ. Kata Firdaus, dia mewarna Jalur Gemilang dengan bunga!
Encik Suami kata, kita tunggulah sampai keluar keputusan. Tak menang tidak apa. Namanya pun pertandingan. Jadi, sementara menunggu keputusan diumumkan, sempatlah Firdaus menyaksikan tarian singa sempena perasmian Art Studio di situ.
Cuaca sungguh terik!
Anak-anak kecil memang suka melihat acara meriah seperti ini. Walaupun panas membahang, tapi diredah juga untuk melihat aksi 2 ekor singa tersebut!
Rasmilah sudah pembukaan The Art Studio.
Panas, berpeluh, lari sana, lari sini mengejar singa.....
Patuh betul arahan.... kanak-kanak berbaris di belakang singa, dan mereka berpeluang untuk melihat serta menyentuh dan bergambar dengan singa-singa secara lebih dekat.
Merah terbakar muka Firdaus! Tak berhenti bermain kejar-kejar dengan kawan-kawan dan juga mengekori singa-singa!
Walaupun tak faham bahasa Cina (Mandarin) yang digunakan sepenuhnya semasa pengumuman para pemenang, tapi bila dengar nama Firdaus disebut, maknanya adalah tu hadiah yang dia dapat!
Tahniah Firdaus!
Dapat juga hadiah walaupun hanya tersenarai sebagai 10 pemenang saguhati.
Dia pun menagih janji!
Kalau dapat hadiah kena bawa makan di KFC.
Ayoookkk!!!!
Huuurrrmmm.....
Bila besar nanti bolehlah belek-belek entri ini sebagai kenangan ya sayang.
7 comments
wahhhhh tahniah firdaus! walaupun ada sedikit salah faham tapi menang jugak. tahniah
BalasPadamby the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah
Baby Breath,
BalasPadamTerima kasih.
Nanti saya ke blog you.
Tahniah firdaus, semangat dia dtg pagi2 dengan beg dinosor hijau dia tu...
BalasPadambukan main happy nampak senyum dpt bergambar dengan singa tuh hehehe...
Tahniah firdaus 👍
BalasPadamPart makan ayam tu, kita pun terliur tengok kak :D
Tahniah kepada si comel!
BalasPadamcerdiknye firdaus..klu muhammad mncoler mmg x srmengah..😂😂geram kkdg tgok
BalasPadamhehee.... bijak Firdaus.. hadiah dapat, kfc pun dapat. Tahniah dari acik ye Daun... rindu lama tak jenguk2 cerita Daun kat blog mama. moga Daun sihat2 selalu ye...
BalasPadam