Asam Pedas Belulang (Kulit Lembu)
5:56 PTG
Teringin nak makan belulang (kulit lembu) masak asam pedas.
Kebetulan masih ada dua bungkus belulang yang Amie bawa pulang ke LD sewaktu balik bercuti sempena Hari Raya Qurban pada Ogos lalu.
Teringat pula Bonda suka meratah belulang (waktu kecil-kecil dulu), dan sampai sekarang belulang merupakan salah satu hidangan kegemaran Bonda! Kita pun nak ratah-rath jugalah!
Jom kita masak!
Bahan-bahan:
500 gram belulang (kulit lembu yang sudah siap dibersihkan) - potong ikut citarasa - rebus hingga empuk
4 tangkai pokok kesum
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
3 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
1 cm belacan
1/2 sudu kecil lada hitam
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum serta belulang (kulit lembu) dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
3. Tambahkan air dan masukkan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.

5. Padamkan api dapur.
Ketika entri ini ditulis, dah tak ada baki Asam Pedas Belulang dah!
Habis licin, ratah-ratah dengan Encik Suami. Kita yang terlebih rata. Anak-anak hanya ambil kuahnya saja...hiks!
2 comments
dana tak pernah rasa atau msk kulit lembu asam pds kak, kalau kt kampung mak biasa msk tumis pedas atau msk lemak cili api... kt kl ni dana tak pernah masak, sbb edy tak makan kulit lembut jd nk masak pun tak seronok.
BalasPadamkami biasa panggil "jangat"....dimasak lemak cili api dengan rebung atau terung asam...perghh...ngencesss!!!
BalasPadam