Makanan Tradisional Cocos

by - 8:54 PG

Setelah MIL dan FIL meninggalkan kami untuk selama-lamanya, banyak makanan tradisi turut meninggalkan kami secara perlahan-lahan. MIL merupakan ketua kemiti (istilah yang digunakan oleh masyarakat Cocos di Kampung Cocos, Lahad Datu), manakala FIL pula memegang jawatan sebagai Imam Qariah. Jadi, penglibatan mereka berdua dalam hal ehwal kemasyarakatan terutama di kampung sangatlah diperlukan. Dalam majlis perkahwinan, kenduri-kendara seperti di bulan Syaaban, guntingan (cukur jambul) dan sebagainya, banyaklah makanan tradisi yang dihidangkan. Dari situ Amie mula berkenalan dengan roti paseman (nama asal Roti Pak Seman), sambal katis, brengkes, kepedel, brengkes labu, brengkes ubi manis, kuih alek-alek, kuih gandus, kuih bekatul dan pelbagai lagi. 
Sayangnya, suasana tersebut hanya tinggal kenangan. Majlis masih lagi diraikan tetapi makanan tradisi mula berkurangan, digantikan dengan makanan lain yang boleh didapati melalui tempahan. Barangkali kesibukan bekerja, jadi masa untuk menyediakan pelbagai makanan tradisi di rumah sendiri sangat terhad.
24 Ogos 2019, bertempat di Dewan Masyarakat Cocos di Kampung Cocos telah diadakan pesta jualan makanan tradisi orang Cocos. Banyak gerai dibuka, dan kami ambil kesempatan mengunjunginya. Sayangnya, ketika kami sampai banyak makanan telah habis dijual.
Sempat juga beli beberapa jenis seperti di bawah ini.

Sejenis makanan tradisi orang Cocos ialah kerak nasi. Kerak ini bukan lebihan kerang dalam periuk nasi, tetapi kerak yang dibuat khas untuk dijadikan kudap-kudapan. Sewaktu hayat MIL masih ada, Amie sempat melihat sendiri MIL menyiapkan tempahan kerak dengan menggunakan dapur kayu. Kerak dinikmati bersama serunding ikan. Oleh kerana selalu sangat melihat MIL membuat serunding ikan,  secara tidak langsung Amie pun belajar daripadanya. Serunding ikan itu pula MIL gunakan ikan yang banyak isi seperti ikan tenggiri dan ikan sulig.

Gambar atas dan bawah: Serinding ikan alu-alu (atas) dan serunding ikan tuna (bawah) yang Amie beli di gerai makanan tradisi.

Selain kerak nasi dalam bentuk kepingan, ada juga dijual kerak nasi tumbuk seperti di bawah.

Kerak nasi tumbuk habis Encik Suami makan seorang.

Ini pula kerak tepung. Juga dinikmati bersama serunding.

Ini ialah cengkaruk.
Cengkaruk ini asalnya dari nasi atau nasi beras pulut yang dikeringkan dan kemudian digoreng.

Cengkaruk juga enak dinikmati bersama serunding.
Gambar atas ialah cengkaruk yang dibentuk.

Ini pula nasi kepal. Nasi yang ditambah dengan bahan lain seperti daging, dikepal dan kemudian digoreng. Menurut abang ipar pula, nasi kepal tidak digoreng.

Kemudian kami beli terasi goreng atau belacan goreng. Bentuk dan rasanya pun agak berbeza dari satu gerai dengan gerai yang lain. 

Gambar atas dan bawah: Terasi goreng.


Terjumpa Brengkes Telur. Nak juga merasa.

Walaupun sudah biasa masak brengkes ikan resepi MIL, tapi nak juga merasa brengkes ikan air tangan orang lain.

Ini ayam masak begana.
Selalu dijadikan set nasi begana kalau ada majlis kenduri.

Ini pula kepedel @ cepedel.
Kepedel selalu jadi rebutan kami kalau FIL balik dari kondangan (majlis kenduri) bawa nasi berkat.

Ini pula pecal. Pecal mereka mesti ada mee kuning!
Kuah kacangnya pula dimasak terlebih dahulu.

Kalau kita panggil pulut panggang, mereka panggil gogos!
Gambar atas dan bawah : Gogos.


Apa pula dalam bungkusan daun pisang ini?
Jom buka!
Oh! Kuih bongkok!


Apa pula dalam bungkusan di atas?
Isinya seperti di bawah ini.
Encik Suami kata, kuih bongkok juga.
Kuih bongkok versi sagu biji ke?


Gambar atas dan bawah: Epok-epok.


Gambar atas dan bawah : Getuk.
Gambar atas: Getuk pisang.
Gambar bawah: Getuk ubi.
Kata Encik Suami, getuk ubi dan getuk pisang biasanya ditumbuk, bukan dihiris seperti dalam gambar.
Hurrmmm... perubahan masa barangkali menyebabkan proses pembuatan getuk turut berubah!


Gambar atas dan bawah : Kuih KontXX Bebek. (KontXX itu alat sulit...hiks)
Gambar atas : KontXX Bebek saiz kecil.
Gambar bawah : KontXX Bebek saiz besar.
Bahan dan rasanya sama sahaja.



Ini kuih klepon ubi.

Kuih brengkes labu manis (gambar atas) memang mak-mak kemiti akan sediakan (buat) sewaktu majlis kenduri guntingan, arwahan dan sebagainya.

Selain brengkes labu manis, ada brengkes keladi. Haaa.... brengkes keladi memang sangat sedap! Tapi jarang jumpa!

Ini pula brengkes ubi manis @ keledek ungu.


Tidak ketinggalan, kuih gula.

Dan... inilah roti paseman ( Roti Pak Seman). 
Kalau kenduri bulan Syaaban, tak tahulah berapa puluh kilogram tepung MIL gunakan untuk dijadikan beratus keping roti paseman! Puaslah tangan kami menimang dan mengelek adunan roti paseman, tapi hasil kejadian roti paseman yang cantik hanya dari air tangan MIL! Maka mak-mak kemiti pun sibuk membakar menggunakan bara tempurung kelapa. Aromanya....walalalaaaaaa.....! Sedap dinikmati ketika panas dengan susu pekat! Namun tak dapat dilupakan, FIL mesti cari mentega Wood Dunn untuk dioleh dalam roti paseman. Kalau tak ada mentega Wood Dunn, FIL tak mahu makan!

You May Also Like

10 ulasan

  1. GOGOS sama panggilan orang Kokos dengan orang Bugis bagi pult panggang ya, cuma gogos bugis takde inti.

    BalasPadam
  2. Wah...byk mknn tradisi nya.

    Baru tau ada ada masyarakat Cocos di Malaysia. Selama ni bila Amie sebut, saya ingatkan ia merujuk kpd Cocos,Australia 😃

    BalasPadam
  3. ya Allah kak, bestnya dpt jumpa kuih2 tradisional yg dh susah nk di jumpai tuh...
    semua dana tak pernah jumpa atau sangat jarang dengar namanya, tp epok-epok kalau tempat dana sama dengan karipap kak

    BalasPadam
  4. Slm Amie, ajarlah buat roti paseman tu..nmpk sungguh sedap.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Contact saya nanti saya ajar 0143396173, ok

      Padam
  5. Nasa,
    oo ya... memang gogos orang Cocos bilang.

    Ujie,
    Cocos di Malaysia memang berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling, wilayah Australia. Emak dan ayah mentua saya lahir di sana (Pulau Cocos).

    Norhidana,
    ini hanya sebahagian kecil sahaja, banyak yang hampir pupus... sayang betul kan.

    Unknown,
    Hahaaaa.... sewaktu hayat MIL masih ada malas nak belajar, sekarang teringat-ingat pula. In shaa Allah, ada kesempatan akan cuba buat.

    BalasPadam
  6. Bolavita adalah Situs penyedia layanan bermain Casino Online, Slot, Sportsbook, Sabung Ayam Online, Bola Tangkas, Tebak Ikan, Togel Online, Tersedia SBOBET, 368BET, GD88, S128, SV388, Klik4d, ISIN4D, Joker123, VivoSlot, Play1628 Dan Masih Banyak lainnya.

    Nikmati bonus yang tersedia :
    - Bonus Deposit New Member 10%
    - Bonus Cashback 5% - 10%
    - Bonus Referral 7% + 2%
    - Bonus Sabung Ayam 100%

    Untuk kamu yang ingin Daftar dan Pasang Taruhan di SBOBET, Informasi Selengkapnya Hubungi :
    WA : +62812-2222-995
    Telegram : @bolavitacc
    Wechat : Bolavita
    Line : cs_bolavita

    Mau tau bagaimana Cara Bermain Judi Online Casino Deposit Via Linkaja ?

    Klik Link disamping ini : https://www.linkaja88.com/

    BalasPadam
  7. Ada resepi terasi goreng ka sis?

    BalasPadam
  8. Assalam Amie, sy suka ambik resepi dr sini... Suami org cocos, bnyk masakan cocos sy belajar dr sini... Tq Amie..

    BalasPadam