Kelas Coklat Homemade

3:32 PTG

Terima kasih CY LEGACY (Lucy  Thomas) dengan kerjasama  KAK YONG'S COOKIES (Kak Yong's Baking) kerana telah menjayakan Kelas Coklat Homemade pada 1 September 2019 di Taman Seri Perdana, Lahad Datu, Sabah. Jauhnya Cikgu Lucy Thomas datang dari Kota Kinabalu turun ke Lahad Datu untuk kongsi ilmu dengan kami.

Sebelum meneruskan celoteh kali ini, Amie nak kongsikan sedikit tentang pemakanan coklat. Sesetengah daripada kita apabila dengar sahaja 'coklat' terus mengandaikan coklat membawa pelbagai kesan negatif kepada si pemakannya. Mari kita bercakap tentang coklat dengan sedikit ilmu yang dikongsikan di bawah ini.

1.         Coklat mengandungi pelbagai jenis zat seperti serat dan vitamin.
2.         Memakan coklat boleh melegakan otot.
3.         Pemakan coklat akan berasa gembira.
4.         Aroma coklat mampu merehatkan minda pemakannya.
5.         Pengambilan coklat dapat menimbulkan perasaan yang relaks.
6.         Memakan coklat dikatakan boleh memanjangkan usia seseorang.
7.         Coklat yang boleh mencairkan darah mampu mengurangkan risiko serangan strok.
8.         Mampu mengurangkan asma kerana coklat boleh melegakan saluran pernafasan.
9.         Kandungan kimia dalam coklat boleh melegakan batuk.

      Heheee...  9 fakta tentang coklat di atas ialah isi tersurat yang perlu murid-murid cari untuk menulis rumusan karangan SPM yang pernah Amie ajar di kelas beberapa tahun yang lalu. Sekarang Amie sudah tidak mengajar kelas bahasa Melayu lagi. Semuanya tinggal kenangan.


Cantik tak pelbagai bentuk coklat yang kami hasilkan dalam kelas coklat bimbingan Cikgu Lucy?


Kami pun tak sangka dapat ilmu yang sangat bermanfaat yang dikongsi bersama.


Nak makan pun rasa sayang!


Cikgu Lucy gunakan CHOCOLATE MARVELLES sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Wah! Seronok betul kami 'bermandikan' coklat... ahaks!

Kelas bermula dengan sesi kenal-kenalan dengan coklat yang akan digunakan.



Sudah berkenalan dengan coklat, kenalah pula mendekati satu persatu peralatan yang akan digunakan semasa proses amali nanti.

Teknik pertama yang diajar ialah teknik pencairan coklat.

Hasil potongan dari kepingan Chocolate Marvelles.



Huurrmmm... selama ini hanya tahu makan coklat saja, tapi tak tahu proses atau teknik nak bagi coklat tu sedap dan boleh bubuh apa-apa sahaja inti yang disukai. Jom kita belajar bahasa Perancis iaitu PRALINE, yang dibahasa Melayukan menjadi PRALIN. Maksudnya kepingan kecil coklat. Bukankah asalnya dari kepingan coklat seberat 1 kg, dipotong-potong dan dicairkan? Ngeee.... 


Seterusnya Cikgu Lucy tunjukkan cara membuat pralin berinti pula.

Ini dia intinya, iaitu kacang tanah tanpa kulit yang sudah dipanggang.

Nampak macam mudah saja, tapi kalau nak tahu teknik sepenuhnya kenalah berguru...hiks!

Kacang tu pula bukan tersembul keluar begitu sahaja. Kenalah kemaskan elok-elok, dam kemudian simpan dalam peti sejuk. Semuanya ada tekniknya yang tersendiri. Dan lihatlah hasilnya seperti di bawah ini.....

Inilah hasilnya Pralin Berinti Kacang.

Kalau nak cantik, bubuhlah mekup... sapukan glitter powder sikit!

Ini Pralin Berinti Kacang bentuk hati yang dihasilkan oleh kumpulan kami.

Wooooo.... punyalah cantik bila kami sudah mekap-mekapkan dia!
Masuk bakul angkat sendirilah kami....ahaks!

Sesekali jeling-jeling hasil pralin berinti kacang yang dihasilkan oleh kumpulan sebelah. Wah! Tidak kurang cantiknya bentuk bola ini!


Sekarang kami belajar membuat kulit coklat atau kelongsong coklat pula.




Tak tersedar, masa berlalu begtu pantas sebab kami seronok sangat!
Walaupun melakukan sedikit salah silap, tapi itu semua proses belajar!
Tak rugi ikut kelas coklat homemade ini.

Kami berkesempatan mempelajari teknik mengisi kelongsong coklat dengan menggunakan inti peanut butter. Kalau anda kreatif, dan sukakan bahan pilihan sendiri bolehlah bubuh apa saja yang dapat memenuhi tekak. Dapat makan coklat berinti peanut butter inipun rasanya macam berada di pintu syurga.... (makan sambil pejamkan mata eerrkkk).




Inti yang satu lagi ialah inti durian yang diolah dengan beberapa bahan lain untuk tambah melazatkan rasanya! Aromanya.....pengsan 7 saat! Gambar di atas ialah gambar kelongsong coklat berisi inti durian hasil kumpulan Amie.

Kita tutup semula kelongsong coklat yang sudah berisi inti tadi.




Inilah hasilnya coklat inti durian!
Tak sabar nak makan sebiji!








Lihat perbezaan gambar atas dan bawah. Gambar atas sebelum coklat dimekap, dan gambar bawah setelah dibubuh glitter powder. Sebenarnya ikut kreativiti masing-masing nak bubuh apa pun. Tak bubuh apa pun rasanya tetap sama...hiks!

Bezanya dari segi naik serinya....ahaks!


Inilah antara hasil yang kami perolehi dari kelas coklat homemade.
Dan tidak ketinggalan, kami mempelajari teknik membuat coklat truffle pula.



Ini hasil Coklat Truffle kumpulan Amie yang sudah diberi sentuhan dan hiasan.


Hati berbunga riang!
Coklat homemade terhasil dengan jayanya!

Pembelajaran kami berjalan lancar, dari teknik pencairan coklat, membuat inti coklat, menghasilkan  kulit coklat dan mempelajari teknik membuat coklat truffle.

Tidak cukup dengan pelbagai ilmu yang dipelajari, Cikgu Lucy juga memberikan kami resepi bonus iaitu Coklat Lollipop!

Sudah tentunya Coklat Lollipop sangat disukai kanak-kanak!


Suka-suka jew bubuh hiasan!

Hasil hiasan Coklat Lolliop setiap ahli kumpulan.


Wokey!
Terima kasih sudi baca celoteh tentang coklat.
Bolehlah jami mata dengan gambar-gambar coklat hasil air tangan kami di bawah ini.






Seronok tak kalau dapat hadiah sekotak coklat homemade seperti dalam gambar?



Di bawah ini Amie kongsikan artikel tentang kebaikan makan coklat. Saja suka-suka untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang suka menambah info tentang coklat. Moga bermanfaat untuk semua. (Sebenarnya ini soalan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 - Soalan 1 - RUMUSAN).

Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan Vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawacoklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.

Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobrominayang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.

Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hjdup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sains di Sebalik Coklat’
oleh Saharil Hasril Sanin, Dewan Kosmik, September 2007)


3 comments

  1. aduhai kak, terus teringat nk cari coklat tgri ni nengok coklat2 akak tuh...

    sangat menggoda tekak menengok semua tuh

    BalasPadam
  2. Wah! Seronoknya kak amie dapat belajar buat Coklat. Lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Atau jika ada kelapangan boleh buat side income :)

    BalasPadam
  3. Norhidana,
    adeeehhh.... Encik Suami asyik suruh buat coklat inti peanut butter huhuhuuuu.

    Puan Hazel,
    memang berbaloi sungguh belajar buat coklat ni terutama kelongsongnya. Kalau rajin terima tempahan, boleh buat side income.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe