Assalamualaikum. Selamat menyambut Nisfu Syaaban. Moga kita dapat tutup buku lama dengan amalan yang sempurna, dan menerima buku baru dalam keadaan bersih tanpa cela untuk meneruskan kehidupan di hari muka. Dan marilah kita sama-sama nantikan kedatangan tetamu kita, bulan penuh berkat, bulan Ramadhan yang akan muncul lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Mudah-mudahan tahun ini kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa dengan...
Sementara ada kesempatan berlama-lama di dapur maya ini, Amie akan kongsikan beberapa menu tertunggak yang tersimpan dalam folder. Petang ini sekali lagi Amie kongsikan Kuih Bakar Kemboja (guna acuan kemboja pecah 6), yang lebih dikenali dengan nama Bahulu Kemboja di kampung kami dan juga di beberapa tempat lain. Asal-usul kenapa dinamakan Bahulu Kemboja bolehlah klik : DI SINI. Untuk menghasilkan Kuih Bakar Kemboja ...
Mari ringan-ringankan jari-jemari mengadun tepung. Kita gunakan bahan-bahan yang ada di dapur, dan kemudian nikmati ketika masih panas...oppps! Jangan baru keluar dari kuali terus masuk mulut! Nanti melocot bibir tuh....kihkihkihhhhh! Haaa...kan terkeluar perkataan Jawa...melocot! Dah nama pun Cucur Jawakan? Macam-macam nama diberi untuk kuih cantik ini. Topi Mexico pun namanya juga, selain Penjaram di LD. Jom nikmati Cucur Jawa a.k.a Penjaram dengan secawan...
Masak sekali harung memang menjimatkan masa dan tenaga. Ikan Masin Goreng dengan Terung adalah antara lauk makan tengahari yang paling mudah untuk disiapkan. Biasanya kalau balik kerja, Amie capai apa sahaja yang ada di dapur. Nasi tanak, lauk pun siap! Dalam pinggan lauk memang akan ada 2 atau 3 dalam 1...hiks! Kata penjual ikan masin, nama ikan masin ini karahu. Buka kerapu, katanya....
Selamat berhujung minggu. Hari ini Amie masak hidangan tengahari lebih awal. Bila dah masuk dapur, sambil kemas sedikit-sedikit sambil sediakan sarapan, sambil juga siapkan bahan untuk masak tengahari. Memandangkan kali ini Amie nak masak sup kaki ayam, perlu sedikit masa lebih untuk merenihnya, jadi Amie fikir eloklah masak sekali harung di sebelah pagi. Seperti biasa, kalau ada betik mengkal memang Amie suka masak...
Bertemu kembali. Terima kasih kepada followers yang baru kerana sudi memeriahkan dapur kecil ini. Terima kasih buat pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Petang ini Amie kongsikan resepi yang sangat mudah tapi keenakannya tidak terkata! Cukuplah dijadikan sebagai lauk makan tengahari, dan sudah tentu mampu menambahkan lagi beberapa senduk nasi ke dalam pinggan! Apa sebab Amie kata resepi sangat mudah tapi enak sekali? Tak...
~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg)
Jejak Kenangan Yang Tertinggal di New Delhi - Agra - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg
Rasanya tidak ada apa lagi yang hendak ditulis dalam entri terakhir ini melainkan melihat jejak-jejak yang ditinggalkan sepanjang perjalanan kami selama 7 hari 5 malam bermula dari KLIA - New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg. Ikut perjalanan Amie dan Kamsiah menjadi 9 hari 6 malam sebab perjalanan dari Lahad Datu - Tawau - KLIA - Tawau. Amie tambah lagi satu hari,...