Melawat Kanggaroo di Caversham Wildlife Park
10:25 PTG
Tour Itenerary
Day 3 (29 Aug 2017 / Tuesday)
Breakfast - Mandurah Cruise - Masjid Rockingham - Eshed Market Freemantle (Freemantle Cottesloe Beach - Freemantle Prison - Freemantle Market) - Fish & Chips.
Chah tukar jadual asal, pagi ini kami ke Caversham Wildlife Park.
Adakalanya, kereta agak lewat sampai. Daripada duduk termenung memandang pokok delima dengan buahnya (yang tak boleh dipetik dan pohon zaitun yang rendang tak berbuah) eloklah ambil gambar sendiri buat kenangan. Muka pun masih segar ....hiks!
Tayang dulu gambar kanggaroo nan seekor nih!
Sementara menunggu kereta tiba, Kak Roy dan Kak Idah datang ke homestay kami. Sempatlah ambil gambar kenangan di depan rumah, di 45A Dorothy Street, Gosnells WA.
Gambar kenangan dengan Kak Idah. Moga dapat bertemu lagi di lain kembara ye Kak Idah.
Kereta masih belum tiba, tembak lagi gambar dengan buah delima nan sebijik!
Kemudian beraksi bawah pokok zaitun pulak!
Kereta pun sampai, tapi menunggu lagi dua buah kereta yang membawa ahli rombongan yang lain. Tiba-tiba hujan gerimis turun rintik-rintik!
Ketika kami tiba di Carvesham Wildlife Park, hujan masih belum berhenti! Kami redah saja untuk masuk ke dalam zoo.
Selepas melepasi pintu masuk.
Pertunjukan (tak tahu pertunjukan apa ketika itu) akan bermula pada pukul 11 pagi. Ketika ini sebehagian besar ahli rombongan sudah bergerak masuk ke tempat pertunjukan. Kami tunggu Salawati, Dayah dan Fitri tapi tidak juga muncul dari tandas. Setelah beberapa kali dipanggil oleh tour guide, akhirnya kami tinggalkan ketiga-tiga mereka kerana tour guide kata dia akan tunggu di situ.
Menunggu...
Akhirnya kami jalan dulu.
Sempat mengintip kanggaroo di kiri jalan.
Oh! Rupanya ada farm show!
Apa tu?
Jom kita saksikan bagaimana cara memotong bulu biri-biri...eh! Betulke perkataan memotong?
Sebahagian penonton yang memenuhi ruang, kebanyakannya dari Malaysia.
Pada mulanya degil juga kambing biri-biri itu, tapi si pemotong bulu meneruskan kerjanya dengan penuh profesional!
Akhirnya sedikit demi sedikit, terserlah si kambing biri-biri tanpa 'pakaiannya!
Nampak tak, ada penyangkut di dada pemotong bulu biri-biri itu? Rupanya nak potong bulu biri-biri bukan mudah.
Wokeh! Dah selesai seekor!
Banyak juga bulu biri-biri yang dimesin tadi.
Bulu biri-biri dipisahkan mengikut saiz. Cebisan kecil akan dijadikan stoking...itu yang Amie dengarlah dari penerangan pemotong bulu biri-biri.
Halus lembut rupanya bulu biri-biri ni tau!
Seterusnya, menanti waktu masuk untuk melihat binatang liar di dalam nih...
Ini bettong yang sedang tidur.
Adeeehhh... penjaga cicak ni letakkan syarat pulak! Katanya, mesti sentuh kulit cicak ni dulu sebelum tangkap gambar! Mak!!!! Sedangkan ular pun, Amie tak sanggup sentuh, inikan pulak cicak aneh! Tapi sentuh jugalah sikit, lepas tu Amie tangkap gambar.
Bergambar dengan wombat.
Sebenarnya banyak gambar binatang liar yang Amie ambil, tapi tak tahu mana yang perlu dijadikan entri. Masukkan sajalah dua tiga keping saja.
Wokeh! Teruskan perjalanan menuju ke tempat kanggaroo.
Rupanya Salawati, Dayah dan Fitri terlebih dahulu masuk ke sini. Patutlah kami tak jumpa di farm show! Ketika kami sampai, kebanyakan kanggaro baring-baring saja. Kata Salawati, mereka kekenyayang sebab pengunjung yang datang telah memberi makanan. (Makanan kanggaroo sudah disediakan, tak perlu dibeli oleh pengunjung).
Tengoklah gaya kanggaroo ni...
Tak sportinglah!
Jinak-jinak belaka.... tapi asyik duduk melingkar...hihihiiii!
Jom tengok penguin. Kecik jew dia...
Tak tahu apa nama burung ni... berdiri di pagar berhampiran dengan burung undan. Amie tertarik sebab melihat kakinya cuma sebelah. Betulke kakinya satu? Jom tengok gambar di bawah ni.
Satu jew kan kakinya?
Besarnya burung undan atau pelikan ini... penuh satu kolam!
Jalan-jalan jumpa koala. Malas nak beratur panjang sebab ramai sangat pengunjung dalam barisan. Tangkap jew gambar mana yang dapat.
Ini yellow footed rock wallaby.
Ini hairy noise wombat.
Selesailah sudah lawatan melihat hidupan liar.
Kami ambil gambar kenangan bersama peserta lain.
Perut pun tersangatlah laparnya!
Alhamdulillah.... Chah bekalkan kami makan tengahari dengan nasi goreng yang sedap. Barangkali Safiuddin, pemandu kami membeli ayam goreng yang memang lazat!
Bismillah...
Alhamdulillah. Tengahari itu kami makan nasi goreng, ayam goreng, lengkap dengan kentang goreng, whipped potato, strawberri, anggur dan jus limau.
Ayam goreng tu...nyum..nyuuummm, rasanya ala-ala KFC tapi kata Safiuddin bukan ayam KFC (sebab KFC di situ tidak halal), dia beli ayam goreng halal.
Kenangan manis yang tak mungkin dilupakan!
Ilah, Izah, Sal, Amie, Dayah & Fitri.
Saja tepek gambar di sini, sebab Dayah yang tangkap. Katanya dia suka tengok gambar ni hihiii....
Sekian, untuk catatan kali ini. Jumpa lagi dalam catatan seterusnya.
Entri berkaitan percutian di Perth:
2 comments
wahhh, seronoknyaaa.. jalan2 fi perth..")
BalasPadamPuan Wawa,
BalasPadamsesekali tukar angin he he hee